Rose's pov
Aku mundar mandir di ruang tamu. Aku tak mampu nak buang Syazwan dari kotak fikiran aku. Harini dia akan jemput aku untuk keluar. Berdebar-debar aku rasa sebab dia lelaki pertama yang ajak aku keluar semenjak aku buta ni.
"Auch !" Tempikku setelah tersepak kerusi. Ya, kerusi. Mungkin.
Kaki aku rasa melekit dan pedih. Ya tuhan mana umi ni. Takkanlah sampai berdarah kalau aku sepak kerusi.
"Umii !!"
Berkali-kali aku panggil tapi tak ada yang menyahut. Aku cuba duduk dan meraba-raba kaki aku. Berdarah teruk. Apa yang aku sepak ni ?
"Assalamualaikum !" Jerit seseorang.
Syazwan.
Bad timing, cik kaki. Really bad.Aku jawab salam dia. Beberapa ketika aku senyap. Memikirkan apa patut aku buat. Patutkah aku minta tolong ?
Ya,patut. Tapi aku malu ! Dah banyak kali susahkan lelaki tu.
"Rose,kau kenapa ni ?!" Syazwan meluru masuk setelah beberapa lama Rose diam.
"Tt...tak tau. Saya tersepak sesuatu lepastu tetiba berdarah." Kataku yang tiba-tiba rasa malu dengan apa yang berlaku.
"Kenapa careless sangat. Dah jom aku bawak pegi klinik." Katanya.
Aku sekadar menurut. Aku berusaha untuk bangun sendiri tapi Syazwan beria-ria nak bantu.
Aku tak pasti kenapa aku boleh percayakan lelaki yang aku baru kenal ni. Syazwan, kau siapa sebenarnya ?
Apabila kami tiba di klinik, Syazwan jugalah yang bantu aku. Aku dah mula rasa malu sebab tak mampu nak balas budi baik dia.
Kaki aku dicuci dengan cecair apa entah oleh Dr.Fikri. Segan, of course. Aku memang tak tau apa-apa pasal lelaki, apatah lagi disentuh begini.
"Don't worry Wan. Aku dah buang kaca yang masuk dalam kaki dia. Dua tiga hari lagi baiklah tu." Kata doktor itu.
Syazwan risau ke ? Ish. Mustahillah
"Thanks Fik. Gelabah aku tadi."
"Barang baru ke Wan ?" Tanya Fikri.
Syazwan ketawa lalu mereka berbual tanpa ingat kat aku. Guys. Aku buta. Ingat tak ? Aku cuba turun dari katil yang aku duduk ni. Katil ke? Ntahlah.
"Rose selipar terbalik tu." Tegur Syazwan.
Manalah aku tahu, tak perasan. Lagipun kaki sebelah dah berbalut. Aku tersengih malu.
"Syazwan, maaf susahkan awak." Kata aku setelah kami kembali ke keretanya.
"Takdehal."
"Nak bawak saya pergi mana ?"
"Kan harini aku janji nak bawak kau keluar ? Nyanyuk ke ?" Katanya.
"Dengan kaki macamni?"
"Yes. Janji tetap janji."
"Nak pergi mana ?" Tanyaku lagi.
"Erm. Somewhere."
Aku tak sedap hati. Kaw kaw punya tak sedap hati.
"Awak takde niat jahat dekat saya kan ?"
Dia diam. Umiiii tolong Rose. Rose takut.
"Kalau ada pun kenapa ?" Katanya.
Ya Allah lindungi aku. Aku betul-betul tak mampu nak buat apa-apa. Aku diam sebab aku takut. Aku dapat rasa aura jahat tu datang. Kenapa aku bodoh sangat ni ? Ya Allah kenapa aku bodoh bab lelaki.
YOU ARE READING
Butanya Cinta Kita
Romance"Syazwan.. Aku perempuan buta.. Aku takkan dapat bahagiakan kau."-Rose. "So ? Aku tak pernah mintak kebahagiaan pun dari kau. Ikut cakap aku atau aku buat keluarga kau sengsara." - Tengku Syazwan. Hanya kerana dendam hidup Rose si gadis buta sudah t...