Kata-kata Darren terngiang-ngiang di fikiran Rose. Rose berdebar-debar. Bukan kerana dia suka, cuma dia tidak selesa dengan lelaki. Mana-mana lelaki pun.
Dia mengeluh. Another player ke ? Ah, sudah. Mungkin lelaki itu mahu menyakitinya? Rose mula risau jika dia terjatuh lagi kedalam gaung yang sama sekali lagi.
"Ish, dahlah, dia gurau le tu." Rose menyambung kerjanya mengelap meja.
***
5 tahun dahulu, Darren Cheng atau nama islamnya Muhammad Darwish, menangis memeluk seorang lelaki berkopiah yang baru sahaja mengislamkannya sebentar tadi. Darren yang dahulunya seorang Atheist sudah lama berminat dengan agama Islam.
Keluarga Darren tidak menentang keputusannya kecuali ibu bapanya. Akhirnya Darren dihalau keluar dari rumah. Semenjak itulah, Darren tinggal bersama keluarga angkatnya dan diterima dengan baik sekali kerana dia sangat handal dalam perniagaan. Walaupun tiada jaminan dia akan memiliki syarikat itu, dia tetap bersyukur kerana diberi peluang sebagai seorang yang berjawatan tinggi.
Anak sulung kepada keluarga angkatnya iaitu Arman berumur 40 tahun merupakan pengarah filem dan langsung tidak berminat dengan bidang perniagaan. Hubungan mereka juga sangat baik.
Manakala Suha iaitu anak kedua dari keluarga ini berumur 38 tahun, dan belum berkahwin. Sebenarnya dia crush on Darren, tapi tulah mood itu terspoil dengan sendiri apabila Darren menggelarkannya Kak Suha.
Darren juga terkenal dengan ketampanannya, dia pernah menjadi wajah kulit majalah fesyen dan memenangi beberapa award kerana sukses dalam bidang permodelan. Tak dinafikan, dia tersohor kerana abang angkatnya Arman yang merupakan pengarah dan pelakon.
Adam merupakan anaknya, Darren pernah terlanjur dahulu. Entah siapa mak nya. Adam disershkan kepada Darren beberapa tahun lalu kerana wanita itu mahu berkeluarga dan bakal suaminya tidak boleh menerima Adam. Sudahnya, dia merelakan sahaja. Lagipun dia juga sunyi.
Bapa angkatnya pula menerajui Syarikat Manis, yang mempunyai lebih sepuluh cawangan kafe di Malaysia. Syarikat tersebut juga mengeluarkan bijian kopi yang berkualiti dan juga minuman kotak atau tin. Namun, isteri beliau meninggal dunia akibat kanser payudara beberapa tahun lalu.
Hanya dia dan Darren lah yang menjadi harapan syarikat ini memandangkan anaknya yang lain tidak berminat dengan perniagaan. Suha pula berminat dalam perguruan tapi dipaksa untuk menguruskan cawangan Manis's Cafe yang baharu.
Dato' Ahmad berfikir jika bukan anak-anaknya, siapa lagi yang akan mewarisi harta dan legasinya.
"Papa ? Fikir apa tu ?" Tanya Darren setelah masuk ke pejabat Dato' Ahmad.
"Tak adalah, fikir pasal anak-anak. Entah apa nasib syarikat kita ni." Kata lelaki tua itu lalu mengeluh berat.
"Jangan risaulah papa, si Arman nanti dia sedarlah tu. Dia ingat dia muda lagi lah tu." Kata Darren sambil ketawa.
"Kamu jelah harapan papa, jaga syarikat kita ya Darren."
"Iya pa, Jangan risaulah, walau saya tak ada saham sekali pun saya tetap akan jaga macam nyawa. Dekat sinilah hiduo saya bermula pa. God knows how much i owe you. Thanks again." Kata Darren.
"Without you, this syarikat is nothing. Look at what happened when you came ? Masa dulu, kita ada 3 je cawangan. Bila Darren yang handle, beranak pinak bisnes kita. Our drinks always sold out too."
YOU ARE READING
Butanya Cinta Kita
Romance"Syazwan.. Aku perempuan buta.. Aku takkan dapat bahagiakan kau."-Rose. "So ? Aku tak pernah mintak kebahagiaan pun dari kau. Ikut cakap aku atau aku buat keluarga kau sengsara." - Tengku Syazwan. Hanya kerana dendam hidup Rose si gadis buta sudah t...