Ugly Truth

775 46 14
                                    

"Hah Rose ni pakaian untuk kau, jadi cleaner ni kena tahan maki sikit tau, iyelah kita ni walaupun buat kerja suci orang pandang nak tak nak je, nanti tugas Rose boleh tengok dekat jadual esok nanti Kak Sherry update. Datang esok tau pukul 8."

Rose menghadam, iyelah.

"Okay, see you." Rose tersenyum manis lalu dia berangkat pergi.

Gusar dihati masih sama. Ah kesahlah ? Allah kasi murah rezeki kau masih nak pertikai.

Rasanya masih awal untuk pulang kerumah. Nak lepak pun kawan tak ada. Langkah diatur ke 7E untuk beli apa yang dia hendakkan tadi. Entah berapa lama dia termenung demi memilih coklat terbaik. Haih duit pun kering haruslah pilih secara serius !

Akhirnya dia memilih Cadbury Oreo yang pertama kali dia lihat seumur hidupnya. Rose mengeluarkan purse dan dia terpandangkan kad ATM yang diberi oleh ayahnya.

Rasanya dia patut jumpa Hakimi kot.

"Terima kasih." Kata pekerja itu sambil tersenyum manis.

Rose keluar lalu menelefon Hakimi. Hutang ini perlu diselesaikan selagi hidup.

"Assalamualaikum." Sapa Rose.

Hakimi tersenyum. Aih, lembut betul suara.

"Waalaikummussalam." Suara excitednya perlu dikawal supaya nampak cool. Ceh.

"Aku nak jumpa kejap. Ada nak bincang sesuatu." Kata Rose serius.

Penggunaan kau-aku oleh Rose itu membuatkan dia bagai ditusuk sembilu. Pedih.

"Hmm, aku sibuk ni. Kejap lagi ada nak kena attend meeting." Kata Hakimi. Saja jual mahai. Sebenarnya meeting itu sudah berakhir sebentar tadi. Tali leher yang merimaskan itu dilonggarkan. Haih saje je nak borak lama-lama.

"Aku nak jumpa kejap je, lima minit tak sampai kut. Tak nak tengok pun muka kau." Kata Rose.

Hambik kau. Acah jual mahai sangat.

"Hmm yelah. Kat mana ?"

Rose memandang sekeliling. Restoran tu pun boleh gak.

"Restoran Pelangi. Dekat bangunan.. err Syarikat Golden." Kata Rose tidak sure.

"Okay, 10 minutes." Kata Hakimi lalu Rose mematikan panggilan serta merta.

Hakimi melengah-lengah di pejabatnya. Alah depan tu je kedainya. Sejengkal aje.

Namun memikirkan si Rose yang tidak penyabar terus dia memulakan langkah.

"Rita, aku nak keluar kejap. Kalau Syazwan datang suruh dia tunggu."

"Keluar jelah Tuan, sekarang memang lunch hour." Kata Rita.

Hakimi menjeling. Ingat aku tak tau ke ?

****
Rose memesan air dan duduk ditempat paling takda orang. Sebenarnya dia sangat tidak suka dengan tempat sesak. Keramaian di restoren ini sangat luar biasa, mungkin sebab waktu rehat pekerja ?

Hakimi menarik kerusi dihadapan Rose. Rose mula tidak selesa. Ah cik hati, jangan macam ni ! Kau tak layak untuk sesiapa. Sedarlah.

"Apa yang nak dibincang ?" Kata Hakimi pura-pura tidak berminat.

Rose diam tetiba mati kata bila berhadapan. Namun dia harus kuat. Kad kredit diletakkan di atas meja.

"I want to pay back." Rose berkata tenang.

Hakimi diam.

Butanya Cinta Kita Where stories live. Discover now