*2 cawan tepung gandum
*1 sudu kecil serbuk penaik
*4 biji telur gred c
*1 cawan gula halus
*1 sudu kecil esen vanilla
*1 sudu besar ovellete
*4 sudu besar susu pekat manis
*4 sudu besar minyak jagung
*pewarna hijau dan kuning-Panaskan periuk pengukus terlebih dahulu
-Ayak tepung dan serbuk penaik didalam bekas yang sama
-Masukkan telur,gula halus dan ovellete kedalam mesin pemutar.
-Putar sehingga tekstur seperti aiskrim vanilla.Gebu
-Kemudian masukkan susu pekat dan putar sekata.
-Masukkan minyak jagung dan putar sehingga gebu dan putih pucat.
-Bahagikan kepada beberapa bahagian(bergantung citarasa sendiri)
-Masukkan pewarna di setiap mangkuk.Gaul rata
-Sapukan mentega pada loyang 8 inchi. Tuangkan adunan berselang warna hingga habis kepada loyang
-Kukus selama 40 minit. Angkat apam setelah masak dan keluarkan dari loyang. Potong bila apam telah sejuk.ps : Juadah paling malas dan paling sedap ketika jamuan raya.:D
YOU ARE READING
RESEPI
Non-Fictionpelbagai resepi masakan mudah untuk orang malas macam aku yang telah mencuba dan merasa tiada paksaan untuk membaca tiada paksaan untuk mencuba pesanan penaja : gambar adalah asli.:)