*140 gm tepung gandum
*1 1/2 sudu teh baking powder -diayak sekali bersama tepung gandum
*110 gram gula halus
*75 ml susu segar atau susu cair
*2 biji telur gred c
*1 sudu kecil ovelette-agen gebu
*1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi
*Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing-masing
*mangkuk kertas(papercup)
*pewarna ikut suka hati
*choc rice(optional filling:letak dasar cupcake baru sedap)-Pukul telur dan gula halus sehingga kembang
-Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan dengan susu segar
-Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla dan putar sebati hingga nampak kembang dan gebu
-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
-Masukkan setiap warna didalam piping bag atau plastik bersih.
-Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
-Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik piping kemudian picit.
-Picitkan lagi adunan yang sama sehingga hampir penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
-Amaran#jangan isi sehingga bibir cupcake takut melimpah ruah
-Kukus 10-15 minit sehingga masak.
-Sejukkan.Nota:
☆Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.☆Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.
☆Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati
ps:Minum petang dengan kopi gantang panas-panas..:)
YOU ARE READING
RESEPI
Non-Fictionpelbagai resepi masakan mudah untuk orang malas macam aku yang telah mencuba dan merasa tiada paksaan untuk membaca tiada paksaan untuk mencuba pesanan penaja : gambar adalah asli.:)