Jimin POVAku sedang bermain pedang seorang diri di luar istana. Inilah cara aku berfikir, temangkan diri, dan cara aku bersendirian. Malangnya, aku tak lagi seorang apabila--
Shing!
"Kamu siapa?"
Gadis itu kelihatan sangat terkejut dan takut. Gadis itu kemudiannya pengsan di situ. Giliran aku pula menjadi terkejut.
"Y-yah.... Ireona.. Janganlah main2. Beta tak buat apa2 pun."
Aku menampar2 lembut muka gadis itu. Namun, tiada sebarang respons atau petunjuk yang perempuan ini akan sedar dalam masa terdekat.
Aku terpaksa membawa gadis ini ke dalam bilik aku sendiri tanpa pengetahuan orang lain. Si pembaca pulak jangan fikir bukan2 pulak.
After some time..
"AAaaaaaaahhhhhh!!!!!!"
"Kau dah bangun?"
"Yah! Boleh kau lempar pedang tu tadi? Macam mana kalau aku cedera?!"
"Yah! Boleh kau menjerit kat putera?! Aku ni putera ke-5 tahu tak!"
"Kisah apa kalau kau putera sekali pun? Sesiapa yang cuba cederakan aku, Layak untuk mati!"
"Aish, pompuan ni kan..."
"Apa, apa, apa? Pompuan ni apa?"
"Comel..."
"H-hyung?"
"Yoongi! :D"
"Yoongi? Kau ni memang tak reti nak hormat putera ke?"
*tunjuk lidah*
"Biarlah dia ni. Dari dunia lain kut pompuan ni..."
Jungmi POV
Jap, apa Yoongi cakap? Dunia lain? Dia tahu ke yang aku bukan dari sini?
"Heish.. Apa awak mengarut ni? Dunia luar? maldo andwae.. Macamlah benda macam tu wujud.. Mengarut je."
"Ada ke saya cakap benda tu wujud? Saya gurau aje. Sekarang macam awak yang layan saya macam saya daripada dunia lain."
Hish.. Putera dingin akan tetap jadi putera dingin.
"Sekejap.. Rantai tu?"
"Yang ni? Saya jumpa kat bilik awak, saya tebawak balik. Pastu saya tak tau macam mana, saya pakai rantai ni."
"Awak boleh buka rantai tu?"
*geleng*
Selepas menanyakan soalan itu, dia berlalu pergi dari sini. Dia tak nak balik ke rantai ni?
"Yah! Putera Yoongi! Awak tak nak ke rantai ni?"
Dia langsung tak jawab soalan aku. Ish, memang patut pun aku chop dia sebagai putera dingin. Dasar putera dingin.
Yoongi POV
Jungmi pakai rantai tu..
Yoo Jungmi pakai rantai tu..
Patut ke aku jadi gembira atau marah atau sedih? Atau kecewa?
Rantai itu.. Hanya boleh dipakai kalau dia ditakdirkan untuk aku. Tapi tak semestinya untuk jodoh. Mungkin untuk tolong aku atau mungkin cuma seseorang yang istimewa? Haish, boleh dibuat pening aku kalau macam ni.Praaaangg! *bunyi something pecah*
Bunyi itu menhentikan lamunan aku. Aku segera pergi ke arah dari mana bunyi itu datang.
"Hyung-nim! Hyung-nim tak apa2 ke? Macam mana pulak hyung boleh jatuh?"
Putera ke-6 menjerit-jerit apabila melihat abang sulung kami terjatuh dan menyebabkan pasu itu pecah. Nampaknya penyakit Seokjin hyung menjadi semakin teruk.
"Tak.. Hyung ok je. Hyung pening sikit tadi. Tak tau pulak boleh terjatuh."
"Tipu! Hyung ingat kitorang tak tau pasal penyakit hyung?"
Taehyung! Perlahankan suara! Macam mana kalau ada pembantu istana dengar? Kita tak nak benda ni tersebar!"
"Yoongi, kamu bagitau adik2 pasal penyakit hyung? Hyung dah cakap, jangan cerita kat adik2."
Tak, oppa.. Dinda dan kanda yang lain tau daripada mulut abeoji sendiri. Janganlah marah Yoongi oppa."
Puteri Eunbi muncul daripada who knows where dan menenangkan keadaan.
"Oppa tak boleh sorokkan selamanya. Lambat-laun nanti kami akan tau jugak. Tabib cakap, oppa dah tak lama dah. Mungkin oppa akan mangkat sebelum abeoji."
Eunbi membawa Seokjin hyung ke biliknya sama-sama dengan Taehyung.
Di sebalik dinding aku nampak Jungmi yang sedang menyorok. Aku mendekatinya perlahan-lahan.
"Awak dengar?"
*angguk* , *geleng* , *angguk perlahan*
"Awak jangan cerita kat orang, tahu?"
"Ye, saya tahu.. Hish, ingat kita ni bodoh ke?"
Dia terus berlalu pergi lepas mengucap kan kata2 itu.
Tipulah kalau aku tak rasa dia comel.
Jungmi POV
Hish, dia ingat aku ni tak reti nak tutup mulut ke? Ingat aku ni jenis yang suka nak cakap lepas aje? Lagipun, aku tau bukan dari situ. Aku tahu dari--
"Jungmi!"
"Aissh.. Kkamchakgia. Ee.. Tuanku tak patut buat macam tu. Patik nanti kena serangan jantung baru tahu."
"Eish.. Takkan sampai camtu. Terkejut sikit aje."
"Putera Jungkook nak apa?"
"Nak jalan2 je dengan Cik Jungmi."
"Patik takde mase nak jalan2 dengan tuan putera. Patik nak balik."
"Balik? Cik Jungmi tinggal di mana?"
"Tuanku pasti akan terkejut kalau dengar saya tinggal di mana.."
"Jauh ke?"
"Jauh sangat2."
"Beta tau.."
"Kat mana?"
"Rogayahland."
"Tf.. Rogayahland tu ape?"
"Ohh.. Bukan eh? Habis tu kat mana?"
"Di Bumi."
"Bumi? Bumi tu kat mane? Tak pernah dengar pon."
"Dekat--"
Sebelum sempat aku habiskan ayat, sekeliling aku kian berubah.
Dan, aku kembali ke bilik aku. Berdiri di depan cermin aku.
Di Bighitland
"Jungmi-ah! Awak di mana? Jungmi!"
Good luck PT3.. K, bye!
YOU ARE READING
[🌹] mirror °yoongi
أدب الهواة+apa yang aku hajatkan berkali-kali akhirnya dimakbulkan.