No one's POV
"Annyeong omma."
"Oh, Jungmi. Ada dengan Yoongi.."
"Eo. Jungmi tak kisah kalau Yoongi is my brother. Kalau dah cinta tu, dah cintalah.""Yoongi. Ommoni nak cakap sikit."
"N-nae.."
Puan Yoo membawa Raja Yoongi ke dalam biliknya untuk berbincang. Dia fikir yang Yoongi akan melepaskan Jungmi di sana. Dan Jungmi akan balik seorang diri. Mungkin dalam keadaan gila?
"Kenapa tak berpisah lagi dengan anak ommoni tu.''
"Habis Yoongi bukan anak ommoni?"
"Penjelasan.. Apa Yoongi nak buat? Jungmi bukan jenis yang akan melepaskan sesuatu dengan mudah. Lebih lagi kalau dia dah sayang sesuatu itu."
"Yoongi.. Tak nak Jungmi benci Yoongi. Yoongi tak sanggup."
"Habis? Nak buat macam mana?"
"Don't worry.. I have a plan. I know what I'm doing."
"Apa pun, Jungmi mesti lupakan Yoongi. Dan Jungmi selamat.''
"Arasseo.."
Yoongi menapak keluar dari bilik Puan Yoo. Dedaun pintu bilik itu ditutup rapat olehnya.
"Korang cakap apa tadi?"
Tiba-tiba Jungmi muncul entah dari mana.
"Eo? Erm.... takde pape... tadi cakap nak try hipnotation. Jomlah buat. Kat bilik kau."
Yoongi menolak tubuh genit Jungmi masuk ke dalam biliknya.
+++
"Ready?"
Jungmi mengangguk. Tak pernah dia cuba perkara sebegini. Yelah, takde sebab nak berbuat sedemikian. Hipnotation hanya untuk yang mengalami stres. Jungmi boleh dikatakan mempunyai hidup yang senang.
"Baring ke belakang perlahan-lahan..."
Jungmi mengikut sahaja arahan Yoongi. Dia tahu yang dia perlu mengikut arahannya. Jika tidak, semua perbuatan ini sia-sia.
"Ingat kenangan yang pernah awak lalui dengan saya. Satu persatu. Jangan paksa diri kalau tak ingat."
Yoongi pula perlu sopan dan membahasakan diri 'saya'. Mungkin agak janggal. Tapi itu bukan perkara yang perlu difikirkan. Hipnotation ini perlu berjaya.
Dalam minda Jungmi dimainkan setiap saat yang dia ada bersama insan bernama 'Min Yoongi' ini. Waktu kali pertama Jungmi nampak dirinya di taman, waktu kali pertama berjumpa.
Setiap apa yang berlaku. Tidak mengira kenangan manis atau pahit. Semasa dia ditampar Putera Seokjin untuk melindungi Yoongi, dan masa Yoongi memujuk Jungmi supaya tidak menangis selepas dimarahi abangnya.
Juga apabila Jungmi meluahkan perasaan kepada Yoongi di hadapan Jimin. Dan pada hari yang sama, mereka dibuai mimpi di atas satu katil yang sama. Jungmi tersenyum sendiri.
Namun dalam setiap senyum, ada satu lagi insan yang menahan tangisan air mata daripada jatuh mengalir di atas pipi.
"Adakah kenangan itu indah?"
"Yang paling indah..."
"Sekarang... setiap satu kenangan awak ada bersama Min Yoongi...."
Yoongi terhenti, menahan sebak.