Novel : Seniman
Prolog
Hujan yang sedari tadi turun mencurah-curah tidak berhenti-henti memaksa Luth untuk berteduh di bawah jejantas. Luth memandang ke arah Yasmin. Yasmin pula entah kepada siapa dia yang dia pandang.
"Adus cantik jugak minah ni walaupun buta."
"Min hujan lebat ni. Takpa ke kalau kita redah ni? Habis basah kuyup nanti."
"Redah je lah. Kalau dengan Luth jangan katakan hujan, banjir pun Min sanggu redah tahu." Ujar Yasmin sambil membuat gaya ahli bina badan di hadapan Luth.
Luth meraba kocek seluarnya mencari kunci motor kapcainya. Lantas dia memasukan kunci ke dalam lubang suis lalu dihidupkan motornya itu.
"Cepat lah Min. Karang lambat pulak kita sampai ke rumah." Gesa Luth.
"Awak lupa ke?"
"Apa dia?"
"Saya kan buta. Perempuan buta ni mana lah nampak arah jalan nak ke mana. Motor awak letak kat mana. Kiri ke, kanan ke, tapi kalau awak saya tahu lah ada kat mana."
"Kat mana Min?"
"Kat hati saya lah." Ujar Yasmin sambil membuat aksi Gyiowmi.
Luth mula menggaru-garu helmet yang dipakainya dek kerana malu saat orang ramai yang memandu kereta melihat aksi Yasmin membuat Gyiowmi di bawah jejantas tempat di mana mereka berdua berteduh dari hujan.
"Awak ni bukan saja buta. Gila pun sama. Cukup pakej. Mujur lah saya ni nak kat awak. Kalau tak, mampus sampai ke mati takda orang nak kat awak!"
Luth menarik tongkat milik Yasmin lalu membawanya menuju ke motornya.
"Eleh siapa yang mengorat siapa dulu?" Soal Yasmin.
Tiba-tiba Yasmin tersepak akan batu besar yang berada di atas jalan. Nyaris tubuh badannya jatuh tersembam di atas jalan. Luth secara automatik berjaya mendakap tubuh genit wanita tersebut.
Hujan yang semakin lebat menggila membasahi bumi. Lagu 'Mohabatten' secara automatik terpasang. Suasana romantik secara tiba-tiba nyarak menyala.
Orang ramai mula bertepuk tangan. Ada yang membuat lompat bintang bagi meraikan romantika pasangan yang tak ubah seperti merpati dua sejoli itu. Ada juga yang membuat ombak meraikan Luth dan Yasmin yang masih tegar posisinya tak ubah seperti pasangan yang sedang menari.
"Luth, kita dah sampai rumah ker?"
YOU ARE READING
Seniman
RomancePercintaan dua jiwa. Dan kerana muzik menemukan mereka berdua. Takdir sudah tertulis. Tetapi ceritanya masih belum diketahui. Luth watak seorang lelaki. Yang memberontak saat terpalit konflik di dalam keluarganya. Bertemu dengan Yasmin. Wanita yang...