Novel : Seniman
Bab 2 : Sambungan
Luth sedang khusyuk membetulkan tune bunyi gitar di tanganya. Dipetik tali satu persatu. Setelah berpuas hati dengan kualiti tune yang dicarinya, dicucuk kabel ke dalam gitarnya. Maka bunyi petikan gitarnya terdengar jelas di amplifire berjenama Marshal.
Kedengaran jelas irama keroncong memenuhi perkarangan kedai. Luth begitu asyik memetik gitarnya sehingga tidak menyedari akan kehadiran Rashdan.
"Benar kah. Tiada bagi ku, ruang di hati mu, untuk ku bertapak."
Nyanyian sumbang lagu Keroncong Untuk Ana yang didendangkan oleh Luth memaksa Rashdan menutup suis amplifire.
"Oiii kau nyanyi sumbang gini, takda bezanya dengan kau suruh abang pergi bunuh diri."
Luth mengerutkan dahinya.
"Alah kacau betul la abang ni. Orang baru nak menghayati, nak ambik feel."
"Pergi jahanamlah dengan menghayati kau ni. Kord pun salah. Strumming pun acah-acah. Ni bukan keroncong dah ni. Meninggal M Nasir dengar kau jahanamkan lagu dia dengan tanpa rasa bersalah."
"Hehe. Okay maafkan saya bang."
"Semalam ada stok kabel gitar sampai kan. Kau dah susun belum?"
"Dah bang. Siap letak tanda harga hah."
"Eh mana kau tahu harga jualan dia?"
Rashdan mulai gusar. Seingat dia, langsung tidak di ajar kepada Luth untuk diletak tanda harga ke atas barang jualannya.
"Astaga, asal tak tanya abang dulu, semua kau letak harga 100.00 ringgit ni dah kenapa? Ni baru harga 80.00 ringgit. Cepat lah aku naik haji tahun ni."
Rashdan menepuk dahinya.
"Maaf bang. Tengok abang macam penat sangat semalam. Jadi saya rujuk je lah dengan harga kat dalam kabinet tu."
"Sayang, terima kasih lah atas keprihatinan kau tu. Eh sekarang dah hujung bulan. Ni hah gaji kau. Dah boleh dah beli bunga api ke, mercun bola ke sebagai tanda kegembiraan."
Rashdan menghulurkan sampul berisi wang kepada Luth. Tetapi Luth dengan selamba menolak sambil menggeleng kepalanya.
"Tak payah lah bang. Abang simpan je lah."
"Aish ambik lah Luth. Mana ada benda percuma dalam dunia ni."
"Saya tak kata pun percuma. Apa kata kita tukarkan gaji saya dengan sebiji gitar."
"Alah kau ambil lah gaji kau ni. Gitar tu kira lain lah."
"Alah bang. Tak pa. Sambil nak ada gitar sendiri. Senang saya nak praktis dekat rumah nanti."
"Hurmm kalau gitu kau pilih je lah gitar apa yang kau nak. Nanti kita bincang macam mana."
"Gitar apa pun takpa ke bang?"
"Ye. Kau punya pasal. Pilih lah cepat sementara mood aku masih baik ni."
"Tu bang saya dah berkenan dengan yang itu bang."Luth memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah sebiji gitar berwarna Biru Indigo.
"Ah sudah mampus aku."
Rashdan meneguk air liurnya. Tekaknya tiba-tiba berasa kering. Dikorek hidungnya serakus yang mungkin. Sehingga tidak terasa akan kehadiran jarinya yang memenuhi rongga hidungnya.
"Gibson Memphis ES-335 ni harganya dekat 16,000 lah setan. Setahun gaji kau pun belum tentu lagi berbayar."
"Alah. Abang rilek je. Hal duit tu nanti pandai lah saya usahakan. Okay terima kasih bang."
Sepantas kilat Luth mencapai gitar idamanya itu lalu berlalu pergi.
Rashdan berasa seperti mahu pitam. Dunia sudah pun dirasa kelam. Seakan matahari sudah pun terbit dari arah barat.
"Luth!" Jeritannya terhenti di anak tekak. Melihat bayang Luth yang sudah berlalu pergi.
YOU ARE READING
Seniman
RomancePercintaan dua jiwa. Dan kerana muzik menemukan mereka berdua. Takdir sudah tertulis. Tetapi ceritanya masih belum diketahui. Luth watak seorang lelaki. Yang memberontak saat terpalit konflik di dalam keluarganya. Bertemu dengan Yasmin. Wanita yang...