Bab 3 : Sambungan

8 0 0
                                    

Bab 3 : Sambungan

"Eh apa ni tarik-tarik orang, sakit lah!" Yasmin mendengus kasar.

Luth mulai kaget. Wanita di hadapannya itu ternyata seorang buta.

"Diam pulak. Eeee menyusahkan aku je lah." Lantas Yasmin menghulurkan tongkatnya untuk.menuntunya bergerak pulang.

"Lain kali belajar terima kesalahan diri sendiri. Kalau rasa diri tu tak boleh nak dikritik, jangan berangan nak jadi anak seni." Bebel Yasmin sehingga suaranya hilang ditelan hiruk pikuk kota.

*****

Teh ais di yang berada dihadapan Luth dibiarkan begitu sahaja. Selera minumnya putus. Sudah lah buskingnya pada petang ini tidak mendapat sambutan. Dicemuh pulak oleh seorang gadis buta.

"Apa hina sangat ke aku ni? Teruk sangat ke suara aku ni? Memang aku takda bakat dalam bidang muzik agaknya."

Semangatnya mulai pudar. Malam sudah pun beranjak berganti dengan subuh. Dingin yang mengcengkam tubuhnya langsung tidak memberi kesan kepada Luth.

"Dey tambi. You duduk sini sudah empat jam. Satu air saja minum, itu pun belum habis. Apa you sudah fikir mau bunuh diri ka?"

"Eh mamak ni. Bising pulak. Mampus lah kat aku. Aku bayar kot." Keras monolog Luth sambil menjeling ke arah pelayan.

"Allahuakhbar allahuakhbar." Kedengaran sayup-sayup suara azam berkumandang.

Meliar mata Luth seakan-akan tidak percaya saat mendengar laungan azan. Manakan tidaknya, dia berasa seperti baru sahaja tadi di duduk di meja itu.

Tetapi melihat akan rupa teh ais yang dipesan olehnya sudah bertukar wajah dek kerana bercampur ketul ais yang sudah pun cair sepenuhnya, Luth mulai sedar yang sudah berjam-jam dia bertapa di kedai mamak tersebut.

Ditinggalkan not seringgit dua keping di atas meja. Lantas Luth berlalu pergi. Dilihat wajah mamak yang menghantar kepemergiannya seakan-akan memerli Luth ketika itu.

"Kau tunggu la. Esok lusa aku santau kau sampai berbuih mulut. Baru tahu!" Desis hatinya sendiri.

Langkah Luth sewaktu pulang ke bilik sewanya akan melalui Bukit Bintang. Dilihat subuh itu berpusu-pusu warga kota yang mulai membanjiri jalan raya menaiki kenderaan menuju ke tempat kerja.

"Adus. Macam ni lah gamaknya kalau hidup di dalam sistem kapitalis. Keluar awal pagi, balik tengah malam. Apa hidup ini hanya untuk lahir, kerja dan mampus?"

Setibanya di bilik sewa, lantas Luth merebahkan badannya di atas katil.

"Aduss katil ni asal sedap sangat ni? Aku tak solat lagi lah."

Ya, saat itu seperti biasa godaan katil lebih hebat berbanding tikar sembahyang yang dipandang sepi. Pandangan mata Luth mulai perlahan-lahan terpejam erat. Akhirnya nafsu berjaya lagi memenangi pertandingan menentang iman seperti hari-hari yang sudah berlalu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 16, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SenimanWhere stories live. Discover now