Novel : Seniman
Bab 2 : Sambungan
Luth memetik tali gitar acoustic berjenama Valencia. Meskipun tidak tahu akan kord gitar petikannya itu tetap menghasilkan irama lagu "The Looner" ciptaan Garry Moore.
Rashdan hanya memerhatikan gelagat anak muda tersebut. Sudah dua bulan Luth berkerja secara sambilan di kedai peralatan muziknya.
Dua bulan yang lepas Luth dengan wajah yang muram datang ke kedainya. Katanya mahu belajar bermain alat muzik. Kebetulan Tasha yang merupakan kenalanya sewaktu belajar, terus sahaja Rashdan bersetuju untuk menerima Luth bekerja di kedainya.
Rupa-rupanya anak muda itu bergaduh besar dengan ibunya sendiri. Sehingga enggan pulang ke rumah.
******
"Luth kenapa tak mahu pergi ke kuliah. Tadi pensyarah Luth ada telefon ibu khabarkan yang Luth sudah sebulan ponteng kelas."
Luth memasamkan mukanya. Ibunya sendiri tidak faham akan dirinya. Sejak dari dulu lagi dia sudah beritahu yang dia tidak minat untuk belajar jurusan undang-undang. Untuk jadi seorang peguam seperti ibunya. Itu cita-cita ibunya. Bukan cita-cita dia. Luth mula memberontak. Memandang dengan penuh pengharapan agar ibunya memahami kehendak dan cita-citanya.
"Luth tak minat lah bu. Tak kena dengan jiwa Luth."
"Luth! Ibu yang besarkan Luth dari kecil. Ibu tahu apa yang terbaik untuk Luth. Kenapa Luth ni degil sangat!"
"Ibu bukan tuhan yang tahu masa hadapan Luth. Sedangkan ibu sendiri boleh salah pilih suami sehingga tinggalkan kita berdua, ini kan pulak nak atur kehidupan Luth."
"Pang!!" Tamparan hinggap ke pipi Luth sebagai jawapan kepada kemarahan Tasha.
"Luth! Ibu tak pernah ajar anak ibu untuk jadi kurang ajar seperti ini. Kala Luth rasa Luth dah besar, dah boleh sara diri sendiri. Keluar! Keluar Luth dari rumah ini."
Ego yang mula memasak jiwa Luth terus membuatkan anak muda itu tidak berfikir panjang. Terus sahaja dia menuju ke arah pintu keluar. Tasha teresak-esak menangis di atas sofa. Berat mulutnya untuk memanggil Luth agar tidak pergi meninggalkan dirinya sehingga Luth hilang dari pandanganya.
******
"Weh Luth. Kau cakap kau tak pernah main gitar. Abang tengok kemain handal kau scalling. Pandai lah tu."
"Bang. Memang sungguh saya tak pandai. Bila abang nak ajar saya main gitar ni?"
"Lah kau tak tanya. Hari-hari aku kat sini jadi tunggul tunggu kau minta diajar."
"Lah segan la saya bang."
"Adab berguru. Biar kita cari guru. Jangan guru cari kita. Nah ambik gitar ni." Ujar Rashan sambil mengorek lubang hidungnya yang dirasakan seperti ada benda yang menghalang kelancaran pernafasanya.
"Hobi abang memang suka korek hidung ke? Sehari tak sah kalau tak korek?"
"Ah kau apa tahu. Ni lah punca ilham nak mari ni!"
YOU ARE READING
Seniman
RomancePercintaan dua jiwa. Dan kerana muzik menemukan mereka berdua. Takdir sudah tertulis. Tetapi ceritanya masih belum diketahui. Luth watak seorang lelaki. Yang memberontak saat terpalit konflik di dalam keluarganya. Bertemu dengan Yasmin. Wanita yang...