Roslan mencari-carik celah giginya menarik sisa Daging Masak Hitam yang masih melekat kuat. Sambil berbaring di atas sofa, Roslan di datangi oleh Luth yang separa bogel hanya memakai pampers sambil menggigit puting botol susunya.
"Yeahh anak babah mari sini."
Luth berlari-lari anak menuju kepadanya. Perlahan dicapai Iphone 4 milik ayahnya yang berada di atas meja lalu ditekan-tekan skrinya walaupun Luth sendiri tidak mengerti fungsi gadget tersebut. Anak kecil yang berumur enam tahun itu masih tidak mengerti akan fungsi gadget tersebut. Bagaimana untuk membuka. Agar cahaya terang yang menyala dari skrin menyinari mukanya.
Anak kecil itu mengacukan telefon itu kepada ayahnya. Roslan sudah mengerti akan kehendak anaknya. Lantas di bukan aplikasi pemain MP3 yang berada di dalam telefonnya.
Di cari judul lagu 'Still Got The Blues' nyayian Garry Moore. Lalu dipasangkan oleh Roslan. Untuk.menambah kekuatan muzik, diletakan telefonnya di atas lapangan yang menyambungkan telefonya dengan pembesar suara.
"Jreenngggggggg." Alunan petikan gitar membuai mereka dua beranak.
Tasha yang datang dari arah belakang hanya mampu tersenyum sinis melihat keletah Luth yang mengayakan gaya seorang pemain gitar dengan hanya menggunakan botol susunya.
Nyata botol yang masih terisi sedikit susu terpalit mengenai muka Roslan yang masih sedap berbaring di atas sofa.
"Arggghhh budah ni! Tak boleh tengok aku senang." Tempik Roslan.
Tasha terpaku saat melihat Roslan menengking anak mereka. Tetapi Luth masih bersahaja. Tidak mempedulikan kemarahan ayahnya itu. Dirinya masih senang menghayati petikan gitar.
Luth si anak kecil tidak mempedulikan akan keadaan sekelilingnya. Alunan irama muzik sudah menusuk ke dalam jiwanya. Luth hilang di dalam keasyikanya menjiwai irama tersebut.
YOU ARE READING
Seniman
RomantikPercintaan dua jiwa. Dan kerana muzik menemukan mereka berdua. Takdir sudah tertulis. Tetapi ceritanya masih belum diketahui. Luth watak seorang lelaki. Yang memberontak saat terpalit konflik di dalam keluarganya. Bertemu dengan Yasmin. Wanita yang...