"Kamil kau dah check wayar ker?" Soal Luth meminta kepastian."Dah dah." Angguk Kamil sambil membetulkan kaca matanya.
Kelihatan beberapa orang anak muda sudah mengerumuni mereka berdua. Kamil yang memegang gitar basist sudah bersedia menunggu isyarat daripada Luth untuk memulakan nyanyian mereka.
Perkarangan Sogo pada sore itu agak sesak disaat warga kota berlumba-lumba untuk pulang.
"When you here before." Dendangan lagu Creep nyanyian asal Radiohead menjadi pembuka lagu pada petang itu.
Suara Luth yang sedikit nyaring dan disangka merdu oleh dirinya ternyata salah sama sekali. Anak-anak muda yang mengerumuni mereka sebentar tadi sudah berlalu pergi. Dan ada diantara orang yang lalu lalang mentertawakan Luth ketika menarik korus lagu tersebut.
"Arghh dammn!" Luth memberhetikan nyanyiannya.
"Apa buruk sangat ker suara aku ni Mil?"
Kamil ketawa berdekah-dekah. Soalan itu seperti diluah mati emak, ditelan mati bapak. Tetapi memandangkan Luth beria-ria mengajaknya untuk busking di hadapan Sogo pada hari ini, Kamil hanya menuruti permintaan sahabat baiknya itu.
"Agak la. Kalau orang sakit dengar kau nyanyi boleh terus meningal lah."
"Arghh babi! Dah aku nak goreng lagu The Looner. Tak mau nyanyi dah."
Tanpa sedar gerak geri Luth dan Kamil diperhatikan oleh seorang perempuan muda yang sedari tadi duduk bersila di hadapan mereka.
Ternyata petikan gitar Luth pada petang itu agak sumbang. Mungkin kerana konsentrerasinya yang sedikit terganggu dan keyakinan dirinya untuk membuat persembahan sedikit jatuh dek kerenan tidak mendapat sambutan oleh orang ramai.
"Sudah lah. Nyanyi tak sedap, main gitar pun tak power. Ada hati nak buat persembahan. Bagi jadi tempe je lah. Goreng pun sedap." Ujar wanita muda itu lantas berlalu pergi.
Ketajaman kata-kata yang mampu menghiris kalbu dan sanubari Luth itu membuatkan dirinya tidak berpuas hati.
"Mil kau pegangkan gitar aku kejap."
Sepantas kilat Luth mengejar sosok tubuh yang menghinanya sebentar tadi.
"Hey perempuan!" Sekuat hati Luth menarik bahu perempuan tersebut.
Bersambung.
YOU ARE READING
Seniman
RomancePercintaan dua jiwa. Dan kerana muzik menemukan mereka berdua. Takdir sudah tertulis. Tetapi ceritanya masih belum diketahui. Luth watak seorang lelaki. Yang memberontak saat terpalit konflik di dalam keluarganya. Bertemu dengan Yasmin. Wanita yang...