"Adus mana nak cari modal ni. Barang dah habis jual tapi duit tak nampak."
Rashdan mula mengorek hidungnya yang tiba-tiba berasa gatal.
"Abang!" Luth yang datang dari arah belakang menyergah Rashdan sehingga membuatkan lelaki itu tercekik jari di rongga hidungnya akibat tusukan yang melebihi norma kemampuan.
"Aduh! Kau ni Luth. Datang ni bagi lah salam ke, apa ke! Adab mana adab?"
"Lah ingatkan abang sedar Luth masuk tadi. Apa guna bunyi loceng kat pintu masuk tu?"
"Ekk? Hah ni kan kau cuti, ada apa kau datang ni?"
Luth meletakkan sampul berisi wang tunai sebanyak 7 ribu di atas meja lalu diunjurkan kepada Rashdan.
"Nah 7 ribu. Tunai. Baki dia abang tolak gaji okay."
Rasa hairan mula menjengah ke dalam fikiran Rashdan.
"Mana kau dapat duit sebanyak ni? Kau jual dadah ke? Jual ganja? Air ketum? Tisu magik?"
"Ishh abang ni. Saya ada la simpanan sikit-sikit. Lepas tu saya jual X-Box saya tu. Dengan cd games sekali habis saya lelong."
"Ya Robbi. Habis tu mak kau tahu tak ni?"
"Ishh abang ni. Saya balik ke rumah pun tak. Alah biar lah. Duit saya. Bukannya duit dia."
"Habis tu macam mana kau nak 'survive'? Kau ada duit tak ni? Kau jangan macam-macam. Karang aku dah belanja buat beli barang kedai karang waktu tu la kau merengek nak ambik duit ni balik."
"Abang ni nak duit ke tak?"
Sepantas kilat Rashdan mencapai sampul tersebut lalu disimpan di dalam laci.
"Abang pun satu. Saya tengok boros sangat. Belanja makwe tu la, makwe ni la. Simpan la sikit duit tu. Buat bekal waktu susah karang."
"Eh kau ni! Nak mengajar aku pulak. Aku ni dah tua lah. Aku belanja diorang tu sebagai aset untuk masa depan aku jugak. Mana tahu sangkut salah seorang jadi jodoh aku nanti."
"Hah itu lah dia. Kalau perempuan tu sayang abang hanya kerana abang berduit, karang waktu abang miskin, pada kedana mampus lah abang ditinggalkan. Perempuan ni kita tak boleh ajar sangat dengan duit-duit ni bang. Karang diorang jadi pisau cukur. Padan lah muka abang."
"Ahh bising lah kau ni." Rashdan mulai rimas saat sedar dirinya dibahasakan oleh Luth yang pada hematnya masih mentah di dalam kehidupan. Entah dah akil baligh ke belum budak ni.
"Abang saya dah boleh main lagu 'Stairway To Heaven'. Siap dengan goreng sekali hah." Ujar Luth sambil menunjukkan jarinya yang sedikit terluka akibat terlalu lama memetik tali gitar.
"Luth dengar cakap abang ni. Seni muzik ni macam cinta. Macam hati. Jangan dipaksa sangat. Tak pernah baik sudahnya. Hah tengok lah! Main gitar sampai luka jari jari ni."
"Alah abang ni. Orang teruja lah. Abang hadiahkan lah amplifire sebiji. Sekali dengan kabel gitar, siap dengan auto tune punya barang. Apa benda beli gitar mahal-mahal ni 'free gift' pun takda."
"Alah kau ni. Cucuk je lah dekat speaker hi-fi tu. Tak payah lah nak acah-acah pro sangat."
"Ishh orang tua ni. Kedekut cakap je lah kedekut. Lubang hidung pun dah besar sebelah dah tu."
"Arghh!! Tensen aku! Hah pergi lah dekat store belakang tu. Ambik barang yang terpakai tu. Amplifire tu kau ambik jenama 'Marshall'. Yang terpakai! Bukan yang baru!"
"Hah macam tu lah. Luth pergi ambik tau."
Sepeninggalan Luth, Rashdan memerhatikan lubang hidungnya di balik pantulan cermin.
"Celaka betul. Mana ada lubang hidung aku besar sebelah! Buat aku risau je."
YOU ARE READING
Seniman
RomancePercintaan dua jiwa. Dan kerana muzik menemukan mereka berdua. Takdir sudah tertulis. Tetapi ceritanya masih belum diketahui. Luth watak seorang lelaki. Yang memberontak saat terpalit konflik di dalam keluarganya. Bertemu dengan Yasmin. Wanita yang...