Novel : Seniman
Bab 2 : Keseorangan
"Eyarghhhhhh! Batman!" Jerit Luth ketika berada di dahan pohon rambutan setinggi 10 meter lantas terjun menuju ke tanah.
"Prakkk." Daratannya yang tidak begitu kemas membuatkan tangannya mendarat dahulu sebelum kakinya sempat tiba mencecah tanah.
"Aduh!" Jeritan Luth membuatkan Karim dan Leman berlari ketakutan. Tanganya sedikit bengkak dan merah kesan daripada terseliuh dihempap oleh badanya sendiri.
Menangis Luth berjalan menuju ke rumahnya. Tasha yang baru sudah menyapu sampah di halaman terkejut melihat keadaan Luth.
Lantas berlari masuk ke dalam rumah lalu mengambil penyangkut baju.
"Hah nakal lagi! Buas lagi!" Kali ini tangisan Luth bertambah parah.
Bertalu-lalu libasan penyangkut baju pula yang hinggap ke badannya.
"Sakit ibu sakit, Luth janji tak buat lagi." Rintih Luth.
Selepas berasa puas baru lah Tasha membawa Luth pergi ke klinik berdekatan.
********
Dalam cahaya kesamaran Luth cuba melelapkan matanya dengan tanganya yang berbalut. Tetapi rasa sakit yang masih terasa membuatkan tidurnya tidak nyenyak.
Kedengaran pintu biliknya dikuak oleh Tasha yang berjalan menghampirinya. Perlahan bajunya diselak oleh Tasha lantas dikenakan minyak gamat ke seluruh badanya ke atas kesan akibat dirotan.
"Ibu sayang Luth sebab tu ibu rotan Luth. Ibu taknak Luth nakal, ibu taknak bila besar nanti Luth jadi manusia tak berguna. Kalau ibu dah takda nanti, ibu harap Luth pandai jaga diri sendiri."
Kedengaran perkataan yang diungkapkan oleh ibunya diselang-seli dengan tangisan yang menghibakan. Luth yang masih lagi berpura-pura tidur berasa sangat selesa dengan usapan ibunya itu.
"Ibu!" Teriak Luth sangat terjaga dari mimpinya.
Dikesat air matanya yang tumpah membasahi pipi. Bunyi kipas siling tiga belah menemaninya pada malam itu.
Sudah tiga bulan Luth lari dari rumahnya. Umurnya yang kini 23 tahun sudah membolehkan Luth berdikari sendiri. Selayaknya Luth berlari dari masalah yang menghimpitnya. Yang membuatkan keluarganya berantakan. Bapanya sudah jarang-jarang berada di rumah. Ibunya pula menjadi seorang yang perengus semenjak bapanya beroleh anak yang ketiga bersama dengan bini barunya. Terasa benar hati ibunya saat bapanya sudah jarang pulang ke rumah mereka.
Entah mengapa malam ini tuhan menghadirkan rasa rindu yang menggila terhadap ibunya hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.
Dicapai telefonya lalu dilihat gambar hiasan yang menghiasi telefonya.
"Luth rindu ibu!"
YOU ARE READING
Seniman
RomancePercintaan dua jiwa. Dan kerana muzik menemukan mereka berdua. Takdir sudah tertulis. Tetapi ceritanya masih belum diketahui. Luth watak seorang lelaki. Yang memberontak saat terpalit konflik di dalam keluarganya. Bertemu dengan Yasmin. Wanita yang...