"Ibu ni nama je peguam. Sibuk dok bela nasib orang di luar sana, tapi nak bela nasib sendiri pun gagal."
Begitu becok mulut Luth menuturkan kata. Remaja berusia 13 tahun itu sudah bijak di dalam bersuara.
"Luth tak faham. Dalam soal cinta yang tidak pernah adil, hanya orang yang selalu berkorban akan merasi nikmat manisnya cinta." Ujar Tasha sambil tanganya lincah memotong bawang.
"Yelah. Cakap dengan ibu mana pernah menang. Nak nak peguam pulak tu. Hah Luth dah tanak nasik dah. Nak pergi tengok One Piece jap."
******
Usai makan malam, mereka sekeluarga menonton televisyen di ruang tamu. Rancangan yang mampu menyatukan mereka sekeluarga yang ketika itu sedang berantakan kerana kedatangan orang ketiga sudah pastilah rancangan Pawn Star.
Melihat aksi lawak bersahaja brader botak dikenakan oleh anak, pekerja hatta bapanya sendiri ketika urusan perniagaan dijalankan sudah mampu membuat mereka sekeluarga bergelak ketawa. Meskipun jauh di lubuk dasar hati masing-masing menyimpan kesedihan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
"Luth bancuhkan abah air nescafe. Kurang manis tau!" Arah Roslan.
Luth menunjukan reaksi seperti ingin protes. Tetapi sempat disedari oleh ibunya.
"Ehem" pendek deheman Tasha mengisyaratkan Luth agar tidak melawan.
Dengan malasnya Luth menuju ke arah dapur. Kedengaran perbualan di antara ibu dan ayahnya itu. Walaupun agak perlahan telinga capang Luth masih mampu menangkap setiap bait ayat yang dituturkan.
"Acha, kalau abang kahwin lain Acha izinkan tak?"
Seperti kilat yang menghentam bumi, Tasha menundukan pandanganya dari terus melihat ke arah Roslan. Sudah dua tahun dia menunggu soalan yang akan diungkapkan oleh Roslan itu. Semenjak lelakinya itu diketahui sudah berpaling arah. Hatinya sudah dibelah dua. Bukan hak milik mutlak Tasha sepenuhnya lagi. Tetapi baru sekarang Roslan berani bertanyakan soalan yang sedemikian terhadapnya.
Fikir Tasha tempoh persediaan selama dua tahun untuk dia menerima hakikat bahawa dirinya akan dimadukan oleh Roslan sudah cukup lama. Tetapi malangnya, hati perempuan sepertinya cukup lembut, mudah tersentuh dengan rasa cinta, lalu jika dipatahkan rasa cinta ini, biarlah seribu tahun sekalipun dia bersedia, tetapi hakikatnya hatinya tidak akan pernah kuat.
"Abang dah tak sayang Tasha dengan Luth ke?" Tasha seakan mencuba meminta dirinya dikasihi oleh Roslan.
"Sayang." Pendek jawaban yang diberikan oleh Roslan. Seperti acuk tidak acuh.
"Kalau sayang mengapa mahu diduakan? Tidak cukup kah yang satu ini?"
"Susah abang nak terangkan. Abang cuma bertanya. Dapat izin atau tidak. Abang tetap akan teruskan perkahwinan abang dengan Hayati tu. Cuma abang fikir lebih elok abang berterus terang dengan Tasha."
Luth mula naik berang saat mendengar permintaan ayahnya itu. Lantas ditenung lama air nescafe yang dibancuh olehnya itu. Lantas digaru-garu ketiaknya. Lalu serdak daki yang terkumpul di tanganya di masukan ke dalam air nescafe tersebut.
Luth meletakan air yang dibancuhnya dia atas di tepi Roslan. Ibunya sudah tiada. Mungkin masuk ke dalam bilik sambil berendam air mata. Melihat begitu rakus bapanya meneguk air yang bercampur daki miliknya, Luth berasa puas.
Roslan menjelir sedikit lidahnya.
"Wah dah pandai anak abah bancuh air."
YOU ARE READING
Seniman
RomancePercintaan dua jiwa. Dan kerana muzik menemukan mereka berdua. Takdir sudah tertulis. Tetapi ceritanya masih belum diketahui. Luth watak seorang lelaki. Yang memberontak saat terpalit konflik di dalam keluarganya. Bertemu dengan Yasmin. Wanita yang...