sambungan bab 1

14 0 0
                                    

Novel : Seniman

Sambungan bab 1

"Ibu kenapa manusia tak makan manusia bu??" Soal Luth usai menonton National Geographic di televisyen.

Tasha yang sedang khusyuk melipat kain melihat ke arah Luth. Penatnya masih belum hilang setelah seharian bekerja di pejabat, terus sahaja mengambil Luth di rumah pengasuh selepas pulang dari kerja. Setibanya di rumah, Tasha mengerah kudrat yang tersisa untuk mengemas rumah yang tak ubah seperti tongkah pecah. Tetapi atas dasar kasih sayang, Tasha melemparkan senyuman kepada Luth lantas berkata.

"Manusia tak makan daging manusia sebab daging manusia busuk sayang. Lagi pun bertentangan dengan ajaran Islam. Haram di makan daging manusia oleh umat Islam."

"Ohhh. Ibu, ibu nak tau tak. Semalam kan Luth nampak papa wassap dengan perempuan. Siap ada lambang love-love lagi."

Merah padam muka Tasha cuba menahan marah. Lantas naik darahnya.

"Luth nak tengok tak manusia makan manusia?" Soal Tasha sebaik sahaja mendengar bunyi kereta milik Roslan tiba di perkarangan rumah.

Malam itu adalah malam kecelakaan buat Luth. Umurnya baru sahaja masuk sembilan tahun. Tapi beban yang ditanggung oleh anak kecil itu tersangat lah berat.

Perutnya berbunyi kelaparan mintak diisi. Tetapi ibunya sedari petang, Maghrib hinggalah ke Isyak masih belum sudah berperang dengan ayahnya.

Kedengaran bunyi periuk terbang mengenai dinding. Malah caci maki di antara dua orang dewasa itu semakin rancak.

Dan akhirnya Luth sendiri menjadi mangsa. Sudah laparnya, telinganya pula kenyang disumbatkan dengan mendengar maki hamun. Dia hanya mampu menjadi pemerhati.

"Ah!! Hal-hal orang dewasa selalu sahaja menjadi rumit. Katanya berakal dari aku budak hingusan ini. Tetapi bila bertengkar habis hilang akal dan pedoman." Dalam monolog Luth memikirkan keadaan ayah dan ibunya itu.

"Dasar jantan tak guna!"
"Dulu kemain la sayang lah, cinta lah tapi sekarang?"
"Tak sangka begitu cepat awak berubah hati!"

Akhirnya pertelingkahan di antara Roslan dan Tasha berakhir dengan tangisan Tasha yang bersandar di kabinet dapur. Manakala Roslan keluar berlalu pergi.

Luth berlari-lari anak mendapatkan ibunya. Rasa kasihan mula menjarah saat melihat kesan lebam di muka ibunya akibat di pukul oleh ayahnya. Lantas dipeluk erat ibunya itu lalu berbisik di telinga ibunya.

"Ibu, Luth lapar."

SenimanWhere stories live. Discover now