Aryana 12 tahun...
“Alang, bangun.” Angah mengejutkan aku dari tidur. Dia berbisik perlahan.
“Emm...apa?” Aku menggosokkan mata. Masih lagi mengantuk.
“Bangunlah... Dengarlah angah nak pesan ni.”
Angah menarik tangan aku supaya bangun.
Aku bangun dan bersila. Aku kerling pada adik bongsu aku yang berusia lapan tahun yang sedang pulas tidur. Along tak ada. Along bersekolah asrama.
Aku pandang angah... Dia sedang mengemaskan beg sandangnya.“Angah nak pergi mana ni?” Soalku dengan tanda tanya. Angah seperti hendak lari dari rumah.
“Alang dengar sini...ambik ni.”
Dia menghulurkan aku sebilah pisau rambo. Entah dari mana angah mendapatkannya.“Alang, dengar sini cakap angah. Mulai hari ni alang kena jaga diri dan adik. Angah kena pergi.”
Angah pegang bahu aku. Kemudian tanganku ditarik. Dia meletakkan tanganku di dadaku yang baru sahaja timbul sebagai anak remaja.“Ini... jangan bagi siapa-siapa sentuh walau ayah sekalipun.”
Ditarik pula tanganku ke celah paha. Di aset perempuanku.“Ini pun. Jangan bagi siapa-siapa sentuh dan tengok. Semua tu hanya suami yang boleh tengok. Kalau ada yang cuba pegang dan sentuh, alang lari dan jerit. Pisau ni alang pegang. Bila orang jahat tu tak nak dengar cakap, alang acu pisau ni kat dia. Alang kena jaga betul-betul tubuh badan alang.”
Aku terkedu.“Tapi...”
“Syyy... angah kena pergi. Nanti mak dan ayah sedar. Tolong pesan pada adik benda yang sama. Ingat ya, alang.”
Aku mengangguk. Angah yang baru berusia 15 tahun itu menyelinap keluar secara senyap-senyap. Aku hanya terpaku melihat dia hilang dari sebalik pintu.Tapi angah... ayah dah sentuh alang. Lebih dari tu ayah dah buat. Angah jangan risau. Lepas ni alang tak kan beri ayah peluang untuk sentuh alang lagi. Alang janji. Angah... jaga diri.
Aku mengunci pintu dan kembali tidur. Memeluk adik. Pisau rambo yang bersarung itu aku selitkan bawah bantal.
Semoga esok akan ada bahagia untuk aku...
Angah... alang rindu angah...
Air mata kerinduan aku seka perlahan.LOCENG pintu butik perkahwinan dan spa tempat aku bekerja itu berbunyi. Aku yang sedang mengelap cermin terbantut dari melakukan kerjaku.
Kak Elly, pemilik butik tersebut muncul dari luar pintu cermin butik tersebut. Dia tersenyum. Kak Elly memang cantik. Artis... mestilah cantik kan. Walaupun Kak Elly seorang pelakon, dia tidak sombong. Kak Elly itu orang kampung aku. Dia yang tawarkan kerja pada aku selepas aku tamat SPM dulu. Kak Elly jarang ke sini sebab mengikut suaminya yang bekerja di Kuala Lumpur.“Macam mana kampung? Okey?” Tanya dia.
“Okey.” Sambil aku mengangkat jari. Membuat tanda ‘okey’. Aku menarik senyum. Sekadar sahaja.
“Ada banyak booking pakej tak? Pastikan jangan tertindih jadual. Jenuh kita nak arrange orang nanti.”
“Faham kak. Minggu ni ada dua pengantin. Satu ambil pakej A. Satu pakej C. Yang Pakej A nak buat kat dewan. Yang C kat rumah.” Aku terangkan pada Kak Elly tentang tempahan yang dibuat pelanggan.
“Okey.”
Kak Elly memang serahkan kedai pada aku untuk aku uruskan soal tempahan. Urusan selepas itu semuanya dia dan pembantu-pembantunya yang uruskan.
Butik Kak Elly tidaklah sebesar butik-butik mewah yang lain. Butik tempat aku mencari rezeki ini salah satu cawangannya saja. Gaji aku pun sekadar cukup-cukup makan sahaja. Di sini hanya ada dua orang pekerja. Aku dan juga Kak Hasnah, tukang jahit di situ. Itu pun kadang-kadang sahaja Kak Hasnah datang. Selalunya dia menjahit di rumah.
Yani dan aku memang tidak bekerja di tempat yang sama. Dia bekerja di kilang berdekatan rumah sewa kami. Jadi, gelaran kembar mungkin sudah tidak relevan lagi untuk kami.“Akak ada gaun baru ni. Yana tolong pakai. Akak nak Yana jadi model la.”
“Ha! Yana jadi model?” Membulat mataku mendengar permintaan Kak Elly itu. Biar betul Kak Elly ni.
“Ya. Boleh kan? Model akak tak dapat datang. Gaun tu akak nak bawak balik KL dah esok. Tunggu sekejap. Akak pergi ambil di kereta.” Dia berlalu pergi.
Aku masih lagi terkedu. Aku? Aku jadi model? Gila apa Kak Elly ni? Liur kutelan kesat.Aku membantu Kak Elly yang terkial-kial membawa masuk gaun pengantin kembang itu. Cantik!
“Akak... Kenapa Yana? Kak Elly lah jadi model. Akak kan cantik. Yana tak cantik.” Aku menolak. Liur kutelan perlahan. Kadang-kadang Kak Elly ni boleh tahan bossynya. Dah namanya pun majikan.
“Ish. Akak dah tua. Dah gemuk. Siapa cakap Yana tak cantik. Yana comel macam Rainie Yang tau.”
Serta merta pipiku membahang. Bukan Kak Elly seorang yang pernah berkata begitu. Ramai yang membandingkan aku dengan artis tersohor dari Taiwan itu. Mungkin sebab tahi lalat aku yang sama dengan Rainie kut. Entahlah. Aku rasa aku ni biasa-biasa sahaja.“Meh sini. Akak mekapkan.” Kak Elly menarik aku supaya duduk di kerusi berhadapan meja solek. Kotak yang berisi alat solekan dia letak di tepi. Kemudian dia mula menconteng wajahku.
Alahai Yana. Pasrah jela kau...
Selesai menyolek wajahku dia menyuruh aku ke bilik persalinan. Menyalin pakaian. Mengenakan gaun tadi.
Aku memandang wajahku di cermin. Gaun kembang yang tersarung di badanku aku teliti. Cukup-cukup muat di badan.Leher dan bahuku terdedah. Termasuk jua separuh bahagian belakang tubuhku. Malu pula aku berpakaian seperti itu. Aku mengaku. Aku ni tidak bertudung. Malah ilmu agamaku hanya sekadar tahu sahaja. Itupun dari apa yang aku pelajari di sekolah. Emak dan ayah memang tidak menitik beratkan soal agama dalam pendidikan kami adik beradik.
“Yana ni cantik... tapi sayang... muka selalu muram.”
Kak Elly tiba-tiba muncul dan berdiri di birai fitting room. Aku senyum hambar padanya.
Cantik pun kalau kotor nak buat apa kak, desis hatiku.“Tunggu kejap tau. Nanti cameraman sampai. Kita ambil gambar kat studio. Hai... kalau ada model lelaki kan best.” Usai itu, Kak Elly menghilang ke hadapan pula.
Sedang aku menunggu. Handphoneku berbunyi tanda pesanan WhatsApp masuk. Handphone itu aku capai. Lantas aku slidekan. Terpampang satu pesanan masuk di skrin.+Hai... Ni Aryana ke?
-Ya. Siapa ni?
+Ni saya. Hakim. Aryana sibuk?
-Err... sibuk juga. Tengah kerja.
+Oh... Oklah. Sorry mengganggu. Bye. :)
Mataku terkelip-kelip memandang tepat ke skrin telefon pintarku itu. Bagaikan tidak percaya Hakim menghubungi aku. Pasti emak yang memberi nombor telefonku kepadanya.
Baru sahaja aku ingin membalas, bunyi bising orang bercakap di luar mematikan hasratku. Aku melangkah ke tepi birai fitting room itu. Langsir kuselak sedikit, mengintai untuk melihat apa yang berlaku.
Kelihatan satu pasangan memasuki ke butik kami. Kak Elly berjabat tangan dengan mereka.“Elly Jazlin kan? Artis drama yang top dulu kan? Wahh...cantiknya you bila jumpa di luar ni,” puji wanita cantik dan anggun yang baru memasuki ke butik tadi. Pasangannya hanya tersenyum tipis.
Kak Elly tersenyum.“Mana ada, biasa saja cik. Silalah. Cik boleh survey pakaian pengantin yang menepati kehendak cik. Dan Kami juga menawarkan pakej perkahwinan yang berpatutan.”
Kak Elly beramah dan mempromosi servis kami. Selalu aku yang melakukan tugas itu. Tetapi... Oleh kerana hari ini aku terpaksa menjadi model bidan terjun. Terpaksalah Kak Elly yang melayani pelanggan.“Okey. Kami nak survey baju pengantin dulu. Kan sayang?” Wanita itu memaut lengan pasangannya. Jelas wajah tidak rela si jejaka.
Kak Elly memandang atas bawah jejaka bertubuh lampai itu. Amboii... Kak Elly ni... pandang anak teruna orang. Aku tergelak kecil seorang diri melihat gelagat Kak Elly. Habis ditenung, dia mengelilingi pula pemuda itu.
“You ni model ke?” Soal Kak Elly pada jejaka kacak itu.
Terjongket kening lelaki itu akibat soalan kak Elly.
YOU ARE READING
Akulah.. ARYANA ( Sudah Terbit )
RomanceSinopsis : TERBIT APRIL 2017 (under TROP publication.) Rm24sm/Rm27ss PERKAHWINAN aturan keluarga antara aku dan Hakim bukanlah seindah yang kuimpi walaupun dialah yang kupuja dalam mimpi indahku. Siapa sangka kisah silam waktu kecilku menghantuiku h...