Bab 10

8.5K 205 28
                                    

“Kau ni aku tengok relaks je. Kau dah hafal belum lafaz nikah? Malam tadi dahlah berapa kali kau round. Gila kau boleh steady lagi. Kalau aku mahu pengsan.”
Danial memerhatikan sahabatnya yang segak berbaju Melayu putih dengan samping tersemat elok di tubuh sasa itu. Tampak segar. Entah dari mana lelaki itu mendapat tenaganya. Sedangkan malam tadi mereka berparti hampir ke subuh hari.

“Alah... Kacang je semua tu. Ini Hakimlah. Kau tak payah risau.” Dia menjawab sambil lewa. Songkok dicapai lalu disarung ke kepala.

Dia langsung tidak menghafal lafaz nikah. Baginya semua itu mudah. Ini Hakim! Masakan perkara seperti itu tidak dapat dilakukannya.

“Dah, jom,” ajaknya.

AKU semakin gelisah. Masuk ni sudah kali ke enam Hakim cuba melafazkan kabul. Tidak juga lepas-lepas.
Aku semakin gemuruh. Peluh dingin mula merembes di seluruh badanku.  Aku pandang emak, along, angah dan adik. Emak mengusap perlahan tanganku yang sejuk beku. Aku pejamkan mata...

Arya... tarik nafas... lepas... lepas tu bayangkan yang indah-indah.
Aku terkenang momen indah bersama lelaki kacak itu.

Mata kubuka perlahan dan bertembung dengan anak mata Hakim. Kelihatan wajahnya yang tegang. Aku lemparkan senyuman manis. Lalu kuajar dia cara bernafas dari jauh. Dia kulihat menarik nafas dan melepasnya perlahan.

“Aku terima nikah Aryana Binti Azmi dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.” Akhirnya buat kali ke tujuh barulah lancar lafaz kabul daripada Hakim. Dia tersenyum lega.

“Thanks sayang tolong abang tadi,” kata Hakim usai selesai semuanya.

“Tak ada apalah. Ada kawan ajar. Katanya, kalau gemuruh... tarik nafas dan lepaskan perlahan. Lepas tu bayangkan yang indah-indah.”
Yang peliknya mengapa aku berdebar bila teringatkan lelaki itu. Itu pun di hari pernikahanku.

Hish... ingat Yana! Kau dah jadi isteri orang. Tak baik fikir lelaki lain!

“Malam ni ikut abang tidur hotel ya.”

“Huh?” Aku terkejut. Serta-merta badanku menggigil memikirkan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

“Kenapa ni sayang? Pucat semacam je.” Hakim menggenggam tanganku. Dahiku dicium sekilas.

“Tak... tak ada apa,” jawabku gugup. Langsung membahang wajahku. Gugup kerana upacara batal air sembahyang tadi pun masih belum habis kesannya lagi. Ditambah pula sikap romantis Hakim di khalayak ramai ini.

“Wooo! Lek lu... tunggu malam ar bro.” Danial muncul dengan sengihan.

“Biarlah. Orang ada bini kut. Bukan macam kau.” Hakim membidas selamba.

“Aku ada bini ke tak ada, sama je. Macam kau tak biasa.” Danial ketawa kecil. ‘Aksen pulak kau ya, Hakim. Rahsia kau semua dalam tangan akulah’.

Aku lihat Yani duduk di hujung kanopi, hanya memerhati aku dari jauh. Entah kenapa sejak aku bertunang dengan Hakim. Hubungan aku dan Yani semakin jauh. Yani seolah-olah menjauhkan diri dari aku.

“Abang... Yana nak jumpa kawan kejap ya. Abang borak la dengan Danial dan kawan-kawan abang.”
Hakim hanya mengangguk. Aku menapak ke arah Yani.

Akulah.. ARYANA ( Sudah Terbit ) Where stories live. Discover now