Aryana 14 tahun...
“Ayah... jangan buat alang macam ni.” Buat kesekian kalinya aku merayu lagi.
Sejak kali terakhir ayah menyentuhku. Aku telah bersiap sedia. Pisau rambo yang angah beri aku bawa ke hulur ke hilir.Hari ini, emak ke jemputan kenduri kahwin bersama adik. Aku pula senggugut. Jadi, aku malas hendak ke sana. Amri pula seperti biasa, tidak pernah lekat di rumah. Aku fikir ayah bersama emak. Rupanya sangkaanku meleset.
Aku yang sedang mandi tersentak apabila pintu bilik air dikuak dari luar. Memang pintu bilik air di rumah buruk kami ni rosak. Sudah berkali-kali aku pesan pada emak supaya baiki. Tetapi alasan emak tentu saja tiada wang hendak membaikinya.
Ayah memandang tajam dengan senyuman sinis. Terlupa pula aku untuk membawa pisau ramboku bersama. Ayah sedar tentang itu bila melihat aku tergapai-gapai mencari sesuatu untuk dijadikan senjata.
Sepantas kilat badanku sudah berada di dalam dakapannya.“Hang tak payah merayu. Hang berlagak kan... dok bawak pisau ke hulu ke hilir. Aku rindu hang,” bisik ayah dengan suara yang bernafsu.
Dia membelai leherku sambil sebelah tangan lagi mengepit kedua belah tanganku dari belakang. Kain basahanku direntap olehnya.Aku terkaku. Bila ayah mula menjalankan tangannya, merayap di seluruh tubuhku. Bibir kukemam kejap. Jijik bila diperlakukan begitu.
Ayah tersenyum sinis. Terasa kemenangan di pihaknya.“Kenapa ayah pilih alang? Apa salah alang, ayah...”
Dia memalingkan tubuhku menghadapnya. Lalu aku teringat akan pesanan angah.‘Jangan bagi sesiapa pun sentuh. Walau ayah sekalipun. Jaga badan alang elok-elok’.
Terus aku meraung hingga terduduk. Kenapa aku biarkan ayah memperlakukan aku sesuka hatinya?“Hei diamlah! Bodoh!” Ayah mula berang melihat aku menangis.
“Aku pilih hang sebab hang ni cantik macam mak hang dulu. Tapi dia la ni hodoh. Gemuk. Aku mintak selalu tak dapat. Asyik penat! Penat! Penat! Sekarang anak dia la kena layan aku.”
Dia mencengkam daguku kuat. Ayah kejam! Emak gemuk begitu kerana beranak saban tahun. Emak penat kerana terpaksa bekerja keras mencari rezeki. Namakan apa saja kerja emak tidak pernah buat untuk menyara keluarga. Dari sebelum subuh hingga ke tengah malam emak gigih mencari duit. Ayah hanya tahu minta sahaja. Kerjanya pemalas. Makan, tidur, melepak. Melahap anak sendiri. Itu sahaja kerjanya. Puihh!“Ayah kejam!” Jeritku kuat. Aku tak peduli lagi. Biar emak tahu. Biar semua orang tahu.
“Hang jangan bagi aku marah!”
Dia menampar wajahku hingga kepalaku terhantuk di kolah air.
Pandanganku mula berbalam-balam. Kepala berpinar-pinar. Ayah menolak aku hingga aku terbaring. Dia memagut bibirku kasar. Aku cuba meligas melepaskan diri. Namun kedua-kedua lenganku terkunci di lantai sejuk bilik air itu oleh tangannya.
Air mataku mengalir laju. Angah... tolong alang! Alang tak mampu jaga diri alang.“Ayah... jangan... alang tak boleh.” Aku merayu lagi. Aku tahu tiada gunanya aku menjerit.
Muka ayah sudah ke bahagian bawahku sebelum dia tersentak.“Kenapa hang tak bagi tahu hang datang bulan?” Rengusnya kasar.
Serentak itu dia melepaskan pegangannya. Aku bangun lalu mencapai tuala. Membalut tubuhku yang ditelanjangkan olehnya tadi.“Ayah tak ada hak untuk sentuh Yana lagi. Yana tak akan benarkan.”
Entah mana datangnya kekuatan aku pun aku tidak pasti. Cuma aku nekad, aku tidak akan mengalah. Biar aku dihunus sehingga mati pun aku tidak peduli lagi.“Hang!” Ayah mengangkat tangan.
“Pukullah. Yana akan adu pada mak, pada cikgu, pada ketua kampung. Ayah nak bunuh Yana? Bunuhlah! Ayah akan masuk penjara sebab bunuh Yana.”
Kata ganti nama sudah bertukar.
Ayah tergamam. Ayunan tangannya terhenti di udara.Aku terdengar suara adik bercakap-cakap dengan emak dari luar rumah.
Ayah meluru keluar.
Aku terduduk. Menghela nafas lega...
Semoga ayah tidak akan berani menyentuhku lagi…****
AKU memandang cermin besar di hadapanku. Aku akui cantik sentuhan tangan Kak Elly. Betullah kata orang, the power of make up. Berubah habis wajah aku. Ditambah dengan rambutku disanggul tinggi. Agaknya bagaimanalah aku berkahwin nanti. Sebut fasal kahwin, aku dipagut resah. Lelaki seperti Hakim, dapatkah dia menerima aku yang kotor sebagai surinya?
Hatiku berat ingin menolak apabila mengenangkan tentang diriku yang jijik ini. Namun, separuh lagi hatiku begitu suka dengan lamaran itu. Siapa yang tidak suka dilamar oleh lelaki yang dipuja dari zaman sekolah lagi. Aku semakin keliru.
“Bolehlah tolong I... Jadi model lelaki I. You sesuai betul jadi model. Mana tau nanti ada agensi nak ambil you jadi model. Ataupun producer nak ambil you jadi actor. You tak suka? Nanti glamor you...”
Aku terdengar Kak Elly memujuk pelanggan kacak yang datang tadi. Kak Elly ni... biar betul. Sudah cukuplah aku yang jadi model bidan terjun. Ni diajak pula entah siapa turut serta. Haih!
Aku mengintai lagi.“What? No! Ni semua you punya fasal. Tak fasal-fasal I terkait dengan benda mengarut ni. I dah cakap I tak sedia dengan semua ni. I tak pernah cakap nak kahwin dengan you pun. Dahlah. I nak balik. Sorry cik, saya tak berminat.”
Tegang sahaja suaranya. Kakinya mula melangkah membawa ke pintu. Ketika itu, Abang Saleh, jurukamera tetap butik muncul di muka pintu. Langkah lelaki itu terhenti.“Eh, Saleh. Kau buat apa kat sini?”
Lelaki itu menegur Abang Saleh. Abang Saleh terkejut. Tak lama kemudian. Mereka saling berpelukan.“Lama siot tak jumpa kau. Aku cameraman kat sini. Tu, aku kerja dengan kakak sepupu aku, Elly Jazlin. Kau tak kenal dia?” Abang Saleh menunjuk ke arah Kak Elly yang tersengih-sengih.
“Leh, mari sini kejap.” Kak Elly berbisik sesuatu di telinga Abang Saleh. Abang Saleh mengerutkan dahi sambil memandang ke arah lelaki kacak itu.
Dia menapak kembali ke arah lelaki tadi. Mereka berborak seketika.
Perempuan yang bersama dengannya tadi sudah cemberut wajahnya sambil berpeluk tubuh.“Yana. Keluarlah... Saleh dah sampai ni,” panggil Kak Elly.
Aku dengan berhati-hati keluar dari bilik persalinan.Lelaki kacak itu tergamam. Abang Saleh ternganga. Kak Elly tersenyum teruja. Manakala perempuan tidak kukenali itu melopong.
Aku menunduk segan bila semua mata memandang ke arah aku. Aku memintal-mintal jemariku yang tersarung dengan sarung tangan satin putih itu. Menunduk memandang karpet. Pipiku terasa membahang. Hish... macam kena kahwin pulak.
“Ehem. Aku... aku setuju jadi model,” ujar lelaki kacak itu kepada Abang Saleh. Memecah kesunyian dan serta-merta melebar senyuman Kak Elly.
Aku memanggung kepala. Terkejut dengan persetujuan lelaki itu. Maknanya aku terpaksa bergambar dengannya? Peluh dingin mula membasahi dahiku.
Renungan lelaki itu menyabung tajam ke mataku. Serta-merta dadaku berdegup kencang. Apakah rasa ini? Aku memegang dada. Mengusir debar akibat panahan mata itu.“You terima? Jadi you kena bergambar dengan dia? No, I tak setuju. Dah, jom kita balik.”
Pasangannya menuding jari ke arahku. Kemudian langsung menarik lengan lelaki itu. Namun lelaki itu tetap tidak berganjak.“You balik hotel dulu. Nanti dah sudah, I balik,” arah lelaki itu pada pasangannya.
Perempuan itu merengus. Langsung dibawa langkah keluar dari butik. Bergegar lantai akibat bunyi hentakan tumit tingginya.“So, apa patut I buat?” Tanya lelaki itu pada Kak Elly. Kak Elly menarik lengannya ke tempat pakaian lelaki disediakan.
Manakala aku diajak ke bilik studio oleh Abang Saleh. Susah payah aku menyeret gaun kembang itu ke studio.
Nanti aku kahwin. Aku nak pakai simple je. Tak nak gaun kembang. Cantik tetapi merimaskan!
YOU ARE READING
Akulah.. ARYANA ( Sudah Terbit )
RomanceSinopsis : TERBIT APRIL 2017 (under TROP publication.) Rm24sm/Rm27ss PERKAHWINAN aturan keluarga antara aku dan Hakim bukanlah seindah yang kuimpi walaupun dialah yang kupuja dalam mimpi indahku. Siapa sangka kisah silam waktu kecilku menghantuiku h...