Suasana di Cuvee Penang yang membingitkan itu sedikit pun tidak dihiraukan oleh dua jejaka di meja bar itu. Mereka turut rancak bergoyang mengikut rentak muzik sambil meneguk air kencing syaitan itu.
”Bro, kau serius ke dengan awek pilihan atuk kau tu. She’s look innocent je. Decent girl. Kesianlah dapat kau ni.”
Danial meneguk segelas besar beer ibarat meneguk Milo ais sahaja.“Serius la kut. Not bad la pilihan atuk aku tu. Comel, cantik, sesuailah dibuat bini kan...” Dia memerhati kan umat-umat akhir zaman sedang terkinja-kinja menikmati muzik yang dimainkan DJ itu. Tubuhnya turut digoyangkan di atas stool.
“Habis tu Mona tu kau nak campak mana?” Tanya Danial. Mona atau nama sebenarnya Maimunah itu sering kali mengekori sahabatnya itu. Malam ini pula tidak nampak bayang. Datang bulan agaknya.
“Mona? Come on la. Takkan aku nak kutip dia buat bini. Buruk-buruk perangai aku pun mestilah aku nak awek stok-stok baik ala muslimah. Aryana tu memang la tak bertudung, tapi nampak macam budak baik la.”
Hish, tak kuasa dia nak ambil Mona atau perempuan-perempuan yang pernah dia usung ke katil selama ni menjadi isterinya. Entah berapa ramai jantan keparat yang menyentuh mereka. Lantas untuk apa dia mengambil mereka sebagai isteri sedangkan maruah diri pun tidak terjaga.“Eleh...nak stok baik konon. Lepas kahwin kena ikat la kau... layan bini.” Danial mencebik. Menyampah. Diri sendiri ibarat syaitan. Tapi bab memilih isteri mahu yang suci murni sahaja. Kalau tidak difikirkan sahabat dan juga partner in crime, mungkin Hakim ini disembur oleh dia habis-habisan.
“Hell no! Marriage can’t tie me downlah. Ini Hakimlah. Cucu Tuk Awang. Takkan tunduk pada perempuan.” Dia mendabik dada. Perempuan yang mencari dia. Bukan dia yang mencari perempuan.
Kecuali Aryana. Aryana tiket untuk dia mengaut harta datuknya. Syarat yang datuknya kenakan kalau ingin mewarisi harta orang tua itu adalah mengahwini Aryana. Dan bonus baginya, pilihan datuknya itu menepati cita rasanya. Cantik.“Tuk Awang kaki masjid. Cucu Tuk Awang kaki kelab,” ejek Danial. Dia mengekek ketawa.
Klepek! Satu sekehan hinggap di dahinya.“Kau ingat kau suci murni sangat ke?” Marah Hakim. Danial menggosok dahinya yang mendapat habuan tadi.
“Baru sebut tadi. Tu muncul dah Munah kau.” Danial menjuih mulut ke arah satu figura yang dibaluti dress singkat yang sedang menghampiri mereka.
“Sayangg... keluar tak ajak I pun.” Perempuan bernama Mona itu memaut lengannya. Jarinya membuat pusingan di paha lelaki itu.
“Hurm... tak ajak pun. You datang juga kan,” dia menjawab acuh tak acuh. Hanya membiarkan Mona menggesel bagaikan kucing Parsi. Dia asyik menepuk paha mengikut rentak muzik.
“You ni... I rindu you lah...” Mona berbisik di telinganya. Wanita itu menggigit kecil telinga Hakim manakala tangannya asyik mengusap paha yang berlapik seluar itu.
“So, you want me, huh?” Bisik Hakim kembali. Wajahnya sudah dipaling kepada wanita itu. Tanpa menunggu dia memagut keras bibir wanita bernama Mona itu. Tangannya mula menjalar ke belakang tubuh wanita itu.
Langsung tidak dipeduli mereka berada di mana. Pedulikan! Bukan mereka sahaja yang berkelakuan begitu. Malah lebih dari itu pun ada.
“Jom. My place,” ajak Mona. Kolar baju Hakim ditarik. Bibir bawah digigit menggoda.
Hakim hanya menurut. Yang pasti nafsunya perlu dilayan malam ini.“Bro, aku gerak dulu.”
Danial hanya menggeleng. Hakim tetap Hakim. Saban malam tak pernah puas dengan perempuan.****
AKU tersenyum sendiri. Membelek cincin di jari. Akhirnya aku kini rasmi menjadi tunangan Hakim.
“Cantik anak mak ni. Patut Hakim tak sanggup lepas,” emak memuji.
Jarang emak memuji aku. Malah kadang-kadang aku rasa macam aku tidak pernah wujud dalam hidup emak. Sakit demam aku, malah keputusan peperiksaan aku dulu pun emak tidak pernah ambil peduli. Habis SPM, emak menggesa aku mencari pekerjaan. Sedangkan keputusan aku melayakkan aku ke mana-mana universiti. Dalam keluarga kami, hanya along yang belajar di universiti. Itu pun setakat diploma. Selepas itu along juga digesa mencari pekerjaan.Hanya sebab aku dapat menambat cucu Tuk Awang, barulah emak nampak kewujudan aku.
Aku melemparkan senyuman tipis kepada emak.
Emak berlalu pergi melayan tetamu.
Hakim kulihat sedang bersembang dengan ayah. Jangan ayah buat yang tidak-tidak, sudah. Aku lihat ayah semakin berubah. Semakin kerap ke masjid. Tetapi perangai malas bekerja itu tetap jua begitu...Hakim mengenyitkan mata padaku saat mata kami bertembung. Membahang mukaku. Malu sungguh. Tak agak-agak betul tunangku itu.
“Alang, angah call.”
Adik tiba-tiba muncul dengan handphoneku. Aku meminta diri kepada tetamu emak yang hadir dan berlalu ke bilik.“Assalamualaikum angah. Kenapa tak balik? Sampai hati...” Rengekku sebaik panggilannya kusambut.
“Waalaikumussalam. Angah sibuk kerjalah. Macam mana majlis?” Tanya Angah dengan nada biasa-biasa. Aku tahu angah tipu. Aku tahu angah masih kecil hati dengan emak dan ayah. Pernah angah balik, tetapi dihalau ayah. Kononnya angah ni anak tak sedar diri sebab angah pulang dengan berperwatakan lelaki. Aku sendiri tak menyangka angah berubah sedrastik itu. Cuma, aku harap angah tidaklah tersasar jauh.
“Yalah tu... Majlis alhamdulillah, lancar,” ceria suaraku memberitahu. Siapa yang tidak ceria di hari bahagia seperti ini.
“Alang, dah fikir masak-masak nak kahwin dengan Hakim?” Tanya Angah dengan nada serius.
Terus jantungku berdetak laju. Aku terlalu bahagia hingga aku hampir terlupa yang aku ni sepertinya tidak layak untuk Hakim.
Tetapi aku ada terdengar di radio ceramah seorang ustaz. Katanya, aib jangan dibuka. Dengan cara Hakim layani aku, aku percaya dia boleh menerima aku seadanya.
YOU ARE READING
Akulah.. ARYANA ( Sudah Terbit )
RomanceSinopsis : TERBIT APRIL 2017 (under TROP publication.) Rm24sm/Rm27ss PERKAHWINAN aturan keluarga antara aku dan Hakim bukanlah seindah yang kuimpi walaupun dialah yang kupuja dalam mimpi indahku. Siapa sangka kisah silam waktu kecilku menghantuiku h...