CHAPTER 19

271 9 0
                                    

PAGI itu telah diadakan satu mesyuarat kecil oleh Tengku Hafiy selaku CEO syarikat dengan semua pegawai-pegawainya dari setiap jabatan. Tidak ketinggalan Tengku Harrys dan Irish juga turut ada bersama. Mesyuarat yang berlansung selama lebih kurang satu jam setengah itu hanya berakhir pada pukul 11.15 pagi.

"Baiklah, semua boleh bersurai. Cuma saya minta construction and finance department untuk tinggal sebentar. Ada sedikit taklimat yang saya ingin berikan."

Mendengarkan arahan tersebut, semua yang ada mula bersurai.

"Alright. Saya nak maklumkan tentang satu tugasan luar yang akan kamu semua hadiri," jelas Tengku Hafiy memulakan taklimatnya sebaik yang lain beredar keluar. Semua yang ada di situ berpandangan sesama sendiri.

"Tugasan luar? Ke mana, Tengku?" soal Henry, salah seorang jurutera syarikat.

"Kamu semua diminta melawat tapak projek pembinaan hotel lima bintang di Johor Bahru. It's emergency. Saya baru terima berita yang mengatakan ada sedikit masalah dengan projek tu. Isn't it, Saiful, Hazman?"

"Yes, Tengku!" sahut Encik Saiful dan Encik Hazman serentak. Sebagai ketua jurutera Haiyan Holdings, Encik Saiful merupakan salah seorang yang memantau projek itu dari sini. Walhal dalam sebulan, pasti dia akan turun ke sana bersama Encik Hazman selaku ketua arkitek syarikat untuk memastikan projek pembinaan tersebut berjalan lancar.

"For your information, pembinaan untuk fasa ketiga projek tu ada sedikit masalah yang mana ia telah ditimbulkan oleh salah seorang pegawai kita di sana. Beliau sudah pecah amanah pada wang syarikat. Akibatnya, bangunan fasa ketiga yang dah dua puluh lima peratus siap tu mengalami keretakan dan sebahagiannya telah runtuh semalam."

"Apa??!" beberapa suara kedengaran terkejut menerima berita itu.

"Terkejut bukan? Saya sendiri tak percaya bila dapat berita ni pagi-pagi tadi. Tapi nak tak nak, kamu kena percaya jugak." Tengku Hafiy menambah lagi. "Jadi sekarang, kamu semua telah diarahkan oleh Tengku Haiyan untuk pergi ke sana. Siasat masalah-masalah yang timbul dan selesaikan semuanya secepat yang mungkin. Kita dah tak banyak masa, guys! Klien minta kita siapkan projek tu mengikul tempoh yang dah ditetapkan."

"Bila kami kena pergi, Tengku? Dan berapa hari?" soal Encik Naufal pula.

"Esok. Berapa hari tu saya tak pastilah. Bergantung pada keadaan. Kalau semua masalah cepat diselesaikan, cepatlah kamu balik. Tapi saya diberitahu Encik Naufal juga akan menghadiri seminar penting di Melaka hujung minggu ni, bukan?"

Seraya itu Encik Naufal menganggukkan kepalanya.

"Okay, beliau akan dikecualikan. Jadi, Puan Faridah dan Irish yang akan follow Tengku Harrys ke sana untuk selesaikan masalah berkenaan kos projek. Encik Saiful, Encik Hazman dan Mr. Henry, macam biasalah. Kalau bangunan tu sampai dah runtuh macam tu, memang banyaklah yang kamu kena selesaikan. Especially regarding the materials and suppliers. That's very very important! Setakat ni ada apa-apa masalah?"

Pertanyaan Tengku Hafiy itu disambut dengan gelengan dari mereka. Semuanya seakan patuh dengan arahan yang telah diberikan.

"Baiklah, kalau tak ada apa-apa semua boleh bersurai. Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar sepanjang kamu berada di sana. Harrys?"

"Yes."

"Kali ni abang tak boleh nak ikut. Ada mesyuarat penting dengan Kementerian. Jadi, abang letak sepenuhnya tanggungjawab pada kau untuk selesaikan kes ni. Dan jangan lupa, sebagai leader kau kena jaga mereka semua ni sepanjang berada kat sana. Make sure everything could be solved and the project is running smoothly as usual."

🍂 BaYanGaN GuRaUaN (Published) 🍂Where stories live. Discover now