CHAPTER 27

276 9 0
                                    


TENANG sahaja pemanduan Izzul menyusuri jalanraya malam ini, walaupun sebenarnya dia sudah lewat untuk sampai ke tempat yang dituju. Irish yang berada di sisi dikerling sesekali. Adiknya itu hanya mengunci mulut sejak mereka bertolak dari rumah tadi. Sekejap-sekejap dia memandang hadapan. Sekejap lagi tertunduk bermain dengan jari-jemarinya. Bila sudah bosan, dia membuang pandang semula ke luar tingkap. Adakalanya sukar untuk mentafsirkan apa yang bermain di fikiran Irish. Adiknya itu lebih suka memendam sendiri.

Lamunan Izzul terhenti apabila dikejutkan dengan nada dering dari telefonnya. Nombor si pemanggil jelas tertera di skrin. Pantas dia menjawab panggilan tersebut melalui handsfree. Irish di sebelah sekadar mendengar.

"Hafiy call. Tanya kenapa kita tak sampai-sampai lagi," jelas Izzul. Sejurus itu dia melihat jam di tangan. "Pukul berapa majlis tu mula?"

"Pukul 9.00 malam."

"Hmm... sekarang dah 9.15. Mungkin dalam 9.30 baru kita sampai sana. Memang lambatlah kita sampai ni, Rish. Sorrylah. Along tak sangka pulak nak jadi macam ni."

"Tak apalah, long. Janji boleh sampai sana, cukuplah."

Izzul mengerling Irish. Sebuah senyuman manis dihadiahkan oleh adiknya. Laju sahaja tangannya mengusap kepala gadis itu. Sudah agak jarang dia dapat melihat senyuman itu. Sejak lebih dua tahun yang lalu. Senyuman itu bagaikan telah mati. Mati bersama kisah duka yang dilalui oleh gadis tersebut. Beberapa minit kemudian, kereta Hyundai Sonata putih itu kelihatan memasuki perkarangan Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Izzul meminta adiknya untuk turun dahulu dan menunggunya di lobi hotel sementara dia meletakkan kereta. Irish akur lalu menapak ke ruang lobi dan melabuhkan duduknya sebentar di sofa yang tersedia di situ.

"Irish!"

Pantas Irish berpaling. Berdiri semula dia sebaik terpandangkan lelaki itu. "Abang Hafiy. Maaf terlambat."

"Tak apa. Janji sampai. Izzul mana? Irish datang dengan dia, kan?"

"Ada. Along pergi parking kereta sekejap."

Lelaki itu tengangguk-angguk. Sekilas dia melihat jam di tangan. Dan ketika itu dia terdengar namanya dipanggil dari belakang.

"Zul. Sampai pun kau!"

"Sorry, bro! Aku terlewat sikit. Bukan sikit. Banyak aku rasa!"

"Ah, tak ada hallah! Awal-awal pun bukan ada apa. Dah, jomlah masuk! Mari, Irish!"

Mereka bertiga menapak ke dalam dewan di mana berlansungnya majlis makan malam tahunan Haiyan Holdings Berhad. Melangkah masuk sahaja sudah terasa bahang kemeriahan acara gilang-gemilang itu. Tengku Hafiy lansung membawa kedua beradik itu duduk di meja yang tidak jauh dari kedudukan pentas. Irish mengambil tempat di sisi Izzul, manakala Izzul duduk bersebelahan Tengku Hafiy. Mujurlah Insyirah, Natasya serta Kak Maisarah turut berada di meja yang sama.

"Kenapa lambat, Cik Irish?" Insyirah berbisik pada Irish yang baru melabuhkan duduk di sebelahnya.

"Ada hal sikit. Emergency."

"Oh, patutlah."

"Yang lagi bertiga tu mana?" Irish bertanyakan tentang keberadaan Zaryn, Farisya dan Elaine. Serentak itu Insyirah menunjuk arah ke meja yang terletak selang dua meja dari tempat mereka duduk. Laju sahaja tangan ketiga-tiga gadis itu melambai-lambai ke arahnya. Dan Irish membalas kembali lambaian tersebut bersama satu senyuman.

Majlis makan malam itu berlansung dengan suasana yang agak tenang. Sambil menikmati hidangan, para tetamu dihiburkan dengan persembahan dari artis-artis jemputan serta para pekerja Haiyan Holdings sendiri. Celoteh dan jenaka dari pengacara majlis juga membuatkan hadirin-hadirin semua tak kering gusi. Nyata masing-masing kelihatan gembira dan teruja.

🍂 BaYanGaN GuRaUaN (Published) 🍂Where stories live. Discover now