CHAPTER 21

252 12 0
                                    


"MACAM mana perkara ni boleh berlaku? Setahu saya pembinaan fasa pertama dan kedua sebelum ni semuanya berjalan lancar mengikut jadual. Jadi kenapa fasa ketiga ni boleh timbul masalah macam ni?" Encik Saiful bertanyakan pada semua pekerja-pekerja syarikat yang telah ditugaskan untuk menyelia dan memantau perjalanan projek pembinaan hotel bertaraf lima bintang itu. Sebaik melawat tapak projek pagi tadi, Tengku Harrys mengarahkan semua pekerja atasan untuk berkumpul di bilik mesyuarat Haiyan Corporation, iaitu anak syarikat Haiyan Holdings yang beroperasi di Johor Bharu bagi membincangkan masalah-masalah yang berlaku.

"Memang pembinaan untuk fasa pertama dan kedua semuanya berjalan lancar, Encik Saiful. Masuk fasa ketiga ni kami tak sangka materials yang kita gunakan rupanya tak berkualiti sampai bangunan di bahagian belakang yang dah dua puluh lima peratus siap tu mengalami keretakan dan sebahagiannya telah runtuh," jawab Encik Khalis selaku Pengarah Urusan Haiyan Corporation.

"Bukan ke syarikat pembekal yang bekalkan semua materials tu adalah pembekal yang sama untuk fasa sebelum ni? Jadi macam mana isu bahan-bahan tak berkualiti untuk fasa ketiga ni boleh timbul? Rasanya kita dah maklumkan pada mereka dalam kontrak bahawa segala apa bentuk materials yang kita gunakan untuk projek ni dari awal hingga ia siap perlu mengikut semua standard yang kita dah tetapkan tanpa ada sebarang perubahan pun selagi kita sendiri tak ubahnya." Kali ini Encik Hazman pula bersuara.

"Betul, Encik Hazman. Semua materials yang kita pesan dengan pihak pembekal untuk fasa ketiga ni dah ikut standard asal macam fasa yang sebelum ni. Kami tak pernah ubah apa-apa pun. Tapi pihak pembekal dakwa pegawai kita yang ubah semua pesanan tu dan minta mereka hantar bahan-bahan yang harganya lebih murah. Bila kami check semula data-data dalam rekod pembelian, tak ada apa yang berubah pun. Sama je macam yang asal. Itu yang timbul sikit kemushkilan. Jadi kita semua sedia maklum bila bahan-bahan yang dihantar tu adalah lebih murah, dah tentulah kualitinya pun rendah berbanding bahan-bahan yang kita dah gunakan sebelum ini. Sebab tu daya ketahanannya pun kita boleh lihat sendiri macam mana," terang Encik Shamrin pula, salah seorang arkitek syarikat yang bertanggungjawab sepenuhnya mengendalikan projek hotel tersebut.

Untuk seketika, suasana di dalam bilik itu menjadi hening. Masing-masing menunggu giliran Tengku Harrys untuk bersuara. Sejak masuk ke dalam bilik ini lelaki itu hanya mendiamkan diri sahaja.

"Macam mana dengan pegawai kewangan tu sekarang?" akhirnya kedengaran juga suara lelaki itu membuka mulut.

"Pihak polis masih menjejaki Mr. Raymond, Tengku." Encik Khalis menjawab pertanyaan tersebut.

"Memang tak dapat lansung cari dia?"

"Itu masalahnya, Tengku. Lepas kejadian bangunan runtuh berlaku semalam, Mr. Raymond terus hilang macam tu je. Kami dah cuba contact banyak kali tapi tak dapat. Rumah dia pun dah kosong!" terang Zila yang merupakan pembantu Mr. Raymond, satu-satunya orang yang bertanggungjawab untuk semua permasalahan yang timbul ketika ini.

"Hmm, biasalah. Orang dah buat salah, cepat jelah dia lari. Kita baru nak start enjin kat sini, dia dah sampai Perlis dah!"

Dalam keadaan yang tegang itu, sempat lagi Encik Saiful berjenaka. Semua yang berada di bilik itu spontan tertawa.

"So sekarang macam mana, Tengku?" tanya Henry setelah keadaan kembali tenang.

"Biar polis buat kerja mereka dulu. Sekarang ni apa yang perlu kita buat, kita kena bina semula fasa ketiga hotel tu dan selesaikan masalah dengan syarikat pembekal. Kita dah tak ada banyak masa. Kena siapkan setiap fasa projek mengikut schedule yang dah ditetapkan. Encik Shamrin, awak bawa Encik Saiful pergi jumpa syarikat pembekal lepas ni dan bincang semula dengan mereka. Bagitahu yang kita tak pernah arahkan untuk terima sebarang pesanan selain dari apa yang kita dah tetapkan dari awal dalam kontrak. Sepatutnya masa mereka terima arahan tu, they should discuss with us first. Bukan bulat-bulat terima arahan tersebut. Kecuali mereka memang dah bersekongkol dengan Mr. Raymond. Dan tengok? Apa dah jadi dengan bangunan tu sekarang bila mereka hantar bahan-bahan yang tak berkualiti macam tu?" ujar Tengku Harrys. Ada sedikit ketegasan dalam nada suara lelaki itu kali ini. Dia yang tadinya hanya duduk tenang di kerusi, kini sudah tegak berdiri menghadap semua pekerja-pekerjanya.

🍂 BaYanGaN GuRaUaN (Published) 🍂Where stories live. Discover now