CHAPTER 37

309 9 0
                                    


HANYA tinggal kira-kira sebulan sahaja lagi sebelum majlis pertunangan Tengku Harrys dan Irish akan berlansung. Kedua-dua belah keluarga sudah mula membuat persiapan. Dan hari ini Tengku Dafina merancang untuk membeli-belah barangan yang diperlukan untuk majlis tersebut bersama Puan Qarina serta Irish. Cuma dengan anak bujangnya itu sahaja yang masih belum dimaklumkan tentang rancangannya ini.

"Kak Ros, ada nampak Harrys?"

Mak Ros yang ketika itu sedang mengelap almari cermin di suatu sudut, lansung menoleh. "Tak ada pulak, Tengku."

"Dewi, kamu ada nampak ke?"

"Itu Mas Harrys kayanya lagi berjogging, Ibu Tengku. Habis minum pagi tadi dia terusan keluar."

"Hmm, tak apalah. Nanti kalau dia balik tolong bagitahu saya cari dia ya, Dewi."

"Iya, Ibu Tengku."

"Mama cari Harrys ke?"

"Lorr! Ini dia, Ibu Tengku. Baru dibilangin, udah muncul!" tingkah Dewi bila melihat anak majikannya itu mucul di muka pintu utama villa dengan berpakaian sukan.

"Ha... panjang pun umur kamu, Harrys. Baru balik?"

Tengku Harrys membalas dengan sebuah anggukkan. Dia kemudian melandaikan tubuh di atas sofa sebelum menghidupkan televisyen di ruangan itu. "Dari luar tadi dengar sebut-sebut nama Harrys. Kenapa?"

Tengku Dafina bergerak menghampiri anak bujangnya itu lalu mengambil tempat di sebelah. "Harrys ada keluar ke mana-mana ke hari ni?"

"Tak ada kut," jawab lelaki itu bersahaja.

"Jom, teman mama."

"Ke mana?"

"Tanya ke mana pulak? Pergi cari barang tunanglah. Tinggal sebulan je lagi majlis, kan?"

Tengku Harrys sekadar diam membisu. Matanya lansung tidak dikalih dari kaca televisyen di hadapan.

"Hey, Rys! Diam pulak dia. Kamu tak nak cari barang-barang hantaran kamu ke?"

"Mama pilih jelah mana yang mama berkenan. Harrys ikut je."

"Eh, macam tu pulak? Kamu tu muda. Mama ni dah tua. Kang mama pilih ikut citarasa mama nanti kamu tak suka."

"Tak adalah. Harrys tak kisah. Lagipun Harrys ada kerja nak kena siapkan hari ni."

"Betul ni kamu tak nak ikut? Tak menyesal?" soal Tengku Dafina meminta kepastian. Sekali lagi Tengku Harrys membalas dengan satu anggukkan. "Hmm, okaylah. Nanti mama suruh Irish je yang pilihkan barang-barang kamu tu."

Seraya itu Tengku Dafina bangkit dari sofa untuk naik ke tingkat atas bersiap-siap. Namun belum pun sempat dia bangun, tangannya pantas disambar oleh Tengku Harrys hinggakan dia terduduk semula.

"Ishh! Kamu ni kenapa, Harrys?!"

Tengku Harrys tidak mengendahkan soalan itu. Matanya dikecilkan, merenung tepat ke wajah mamanya. "Irish?"

"Ha, yelah! Sekejap lagi mama nak keluar dengan Irish dan maknya. Nak beli barang-barang untuk majlis kamu berdua nanti."

Mendengarkan nama itu, Tengku Harrys lantas mematikan televisyen dan kemudian terus bangun menuju ke tangga.

"Hah! nak ke mana pulak tu?"

"Naik ataslah. Bersiap. Tadi kata nak Harrys temankan."

🍂 BaYanGaN GuRaUaN (Published) 🍂Where stories live. Discover now