CHAPTER 05

344 10 0
                                    


IRHAN mengetuk pintu bilik Irish setelah disuruh oleh Izzul untuk memanggil kakaknya itu. Dalam hati tertanya-tanya mengapa alongnya ke sini pagi-pagi Sabtu begini. Biasanya Sabtu petang atau malam baru lelaki itu pulang bersama keluarganya. Itu pun jika ada kelapangan.

"Ya Irhan, ada apa?"

"Along panggil akak."

"Hmm? Along? Eh! Kenapa pulak along datang pagi-pagi ni?" Irish sedikit terkejut. Jam di dinding dikerling sekilas. Waktu baru menjangkau pukul 8.00 pagi ketika ini.

"Tak tahulah. Adalah tu hal penting dia datang nak jumpa akak."

Irish termenung seketika memikirkan hal apa yang begitu penting hingga membuatkan Izzul datang ke mari dalam waktu sebegini.

"Hey! Termenung pulak dia. Cepatlah! Along dah tunggu tu!" Irhan menepuk kedua belah tangannya di hadapan muka Irish bila melihatkan tiada reaksi dari kakaknya itu.

"Yelah, yelah.

Irish mengikuti langkah Irhan menuju ke dapur. Kelihatan Izzul sedang bersembang dengan kedua orang tua mereka sambil menjamah sarapan pagi. Adik bongsunya, Irfan yang menuntut di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang tiada di rumah ketika ini disebabkan semester baru telah bermula.

"Along, dari mana? Dah lama sampai?" tanya Irish sambil menyalami lelaki itu lalu melabuhkan duduk di kerusi antara Izzul dan Irhan.

"Baru je tadi. Dari rumah terus ke sini."

"Oh! Irhan kata along datang nak jumpa Irish. Ada apa, ya?"

"Kata dah start cari kerja. Dah ada yang bagi jawapan?"

"Adalah jugak. Tapi kebanyakan offer bahagian sales and marketing. Tak berminatlah."

"Hmm... kesianlah syarikat-syarikat tu long kalau Kak Irish yang jadi pegawai pemasaran diorang! Nak buka mulut dengan orang yang baru dia kenal pun susah, ni nak promote kat orang yang dia tak kenal? Memang tak jalanlah jawabnya!" seloroh Irhan membuatkan ketawa yang lain berderaian.

"Tak apalah. Mungkin belum rezeki Irish." Encik Izzuddin bersuara memujuk anaknya.

"Yang tu bukan rezeki Irish. Tapi yang ini Insya-ALLAH rezeki Irish mungkin," ujar Izzul sambil menghulur sampul surat berwarna putih kepada Irish.

"Surat apa ni, long?"

"Kan along ada tolong surveykan kerja untuk Irish. Lepas Irish bagi resume hari tu teruslah along tanyakan kawan-kawan kalau ada kekosongan kat syarikat diorang. Lupalah tu!"

Seraya dia menoleh pada Izzul sambil tersenyum. "Sorry! Lupa langsung!"

"Memang pun!" Izzul menumbuk lembut pipi Irish. "Ni syarikat terawal yang bagi jawapan. Yang terawal jugak bagi surat suruh datang temuduga. Hari ni dengan esok along tak ada. Nak balik JB sebab sepupu Kak Long kahwin. Minggu depan pulak along kena outstation empat hari, Khamis sampai Ahad. Ni yang along datang pagi-pagi nak bagi surat ni sebab temuduga hari Isnin minggu depannya. Takut tak sempat pulak nanti."

"Syarikat mana ni, long?" tanya Irish yang masih meneliti surat tersebut.

"Syarikat keluarga kawan along masa kat U dulu. Kebetulan memang syarikat along klien tetap dia. So, sambil menyelam minum airlah!"

🍂 BaYanGaN GuRaUaN (Published) 🍂Where stories live. Discover now