Dengan nama Tuhan Yang Maha Pengasih yang masih merahmati hidupku untuk aku utuskan warkah cinta ini buat kekasih yang aku rindui. Semoga Allah merahmati hidupmu dan hidupku serta bahagiakan kita oleh kerana cintaNYA.
Walau sudah banyak kata kata yang telah aku kirimkan kepadamu, namun sarat rindu yang aku tanggung ini tetap tidak pernah surut dari hatiku. Bagai habis sudah ikhtiarku untuk diterangkan gelora rindu ini. Namun ia tetap hangat di dada.
Kekasih...
Setiap malam aku merenung ke dada langit dan kulihat bintang bintang rindumu bergermerlapan di sana. Betapa aku bahagia kerana aku tahu saat itu bukan hanya aku malah dirimu juga turut merindui, kerana terlalu banyak bintang yang bersinar di langit tinggi.Kekasih...
Bahasa apa yang patut aku bicarakan bagi mempersembahkan rindu di dada ini? Kini hanya tinggal tutur mata yang buat menulis lembaran rindu yang jika diperkisahkan nescaya tidak akan tamat selamanya. Sehingga tiba saat yang telah ditetapkan Tuhan untuk aku, dirimu dan kisah cinta kita ini. Dan di waktu itu kita akan pasrah dan redha segalanya yang telah ditakdirkan Tuhan.Kekasih...
Sekarang telah tiba saat itu buat kita, aku bermohon pada Tuhan agar Dia menjemput kita dengan penuh rasa cinta dan rindu di dada. Biarlah cinta dan rindu kita ini menjadi saksi betapa agongnya Pencipta yang telah menganugerahkan bagi kita suatu rasa yang tidak hilang oleh masa dan sebabnya juga kita dicipta.Kekasih..
Yang pergi tetap pergi dan yang hidup mesti meneruskan hidup. Sayang hendaklah dirimu ketahui bahawa cinta dan rinduku menjangkaui tanah yang menutupi bumi.Kekasih..
Aku rindu.
YOU ARE READING
Surat Untuk Farisa Aina
RandomSecebis luahan rindu dari seorang adam buat insan yang dirindui. Semoga kau tenang disana sayang. Rindu yang paling sakit adalah rindu kepada insan yang sudah tiada di dunia ini. Rindu yang tidak terungkap. Al-Fatihah buat sayangku, Farisa Aina.