Kehilangan

775 61 20
                                    

Assalamualaikum sayangku Farisa Aina.

Disini aku selitkan sedikit cebisan rindu dari insan yang terlalu mencintai mu.

Aku baru saja kehilangan insan yang paling aku cinta yang paling aku sayang. Tak tergambar dengan kata kata betapa tergurisnya hati aku disaat berita pemergian dia mengetuk halwa telinga aku :'(.

Bukan aku nak salahkan takdir tapi hati ini masih berat untuk redha atas semua ini. Secara tiba tiba kau pergi, tanpa ada kata Selamat Tinggal. Terlalu berat untuk aku terima yang tempat untuk aku mencurah kasih sudah pergi. Pergi yang tak akan kembali.

15 Oktober 2016 pada pukul 1.45 pagi. Aku dikejutkan dengan panggilan kecemasan yang membawa khabar berita duka untukku. Perginya seorang kekasih tercinta Nur Farisa Aina. Seorang insan yang amat disenangi ramai dengan perwatakkan ceria dia, perangai hyper dia, manja dia, walaupun sedikit kasar tapi ada santun nya. Tiga tahun kita bercinta berusaha mengukuhkan diri untuk membina masjid, dalam masa sekelip mata kau pergi.

Allah sayang, jujur aku kaku, sungguh aku kaku. I can't describe how I feel right now. Sekelip mata, sepantas kilat kau berlalu pergi. Aku tak duga langsung, tak sangka. Sampai aku rasa tak boleh nak terima tak boleh nak redha atas pemergian kau. I can't imagine my life after this. Orang yang selalu ada dengan aku, yang selalu dengar rintihan hati aku, dah tak ada dah pergi. Tapi aku redha.
Aku tahu kau penat, kau nak rehat. Kan sayang? Berehatlah cintaku.

Sayang? Aku masih terasa kau disisi. Dan aku teringat kau kata "awak yang pertama, saya harap awak juga yang terakhir" dengan airmata kau yang jatuh. Allah makbulkan permintaan awak sayang, betapa beruntungnya aku kerana menjadi kekasih terakhir kau. Allah, terima kasih pinjamkan aku kekasih sebaik dia walaupun hanya sementara aku bersyukur dipinjamkan kekasih seperti dia.

Pada haritu aku fly dari Penang ke Pahang sebab kita dah janji nak jumpa pada haritu kan sayang? Kebetulan aku dapat cuti, sebab office tutup untuk renovate.

Sayang? Kau ingat tak masa kita keluar pergi makan kau cakap kau takde selera nak makan. Kau cakap kau lapar tapi kau takde selera langsung. Kau cakap "saya rasa Allah dah tarik selera makan saya". Ya Allah sayang, aku tak expect apa apa pun, langsung tak. Berapa jam sebelum kau pergi, kau sempat ajak aku jalan jalan, tak pernah pernah kau belikan aku anak patung, pada haritu kau belikan aku anak patung, kau kata "kalau awak rasa rindu awak peluk cium la bear ni", seharian kita bergurau senda, bermanja.

Petang tu aku hantar kau balik rumah terus aku pergi check in hotel dekat bandar Kuantan. Malam tu lepas isya' kau call aku, yang aku tahu sayang aku ni paling payah nak call aku dulu, mesti nak aku yang mula call, tapi haritu kau call dulu, kita oncall cerita pasal throwback awal kita kenal.

Dah puas oncall kau kata "bie jom tidur sayang penatlah, lagipun esok bie nak balik Penang dah". Terkejut aku sayang bila kau panggil aku bie, and first time kau bahasakan diri kau 'sayang', sebelum ni nak kena paksa dulu baru nak panggil. Dalam hati aku ni berbunga setaman dah. Sebelum kau tidur tu kau mengadu dada kau sakit, kau rasa penat sebab malam tu hujan sejuk pulak tu. Aku faham sangat bila kau keluar berjalan, balik tu kau mesti akan penat. Aku pun suruh kau pam lepastu tidur sebab aku tahu kau ada penyakit asma. Kebiasaannya bila kau tidur kau akan okay, tapi tak disangka sangka sayang, kali ini kau tidur dan terus tidur.

Sayang, betul ke kau dah pergi betul ke kau dah tak ada? Susah aku nak percaya, jujur susah.

Pukul 1.45 pagi tu abah sayang call, abah kata "Ayish datang hospital tengok Kekna, dia semput". Tak sempat nak tanya banyak abah dah letak, aku fikir mesti Farisa Aina nak kena pam ni, sebab bila kau lelah teruk inhaler kau memang tak boleh pakai, kau akan pergi klinik or hospital untuk pam. Tapi hati dah berasa pelik, kenapa abah perlu sampai call aku? Aku bersangka baik je, maybe sebab esok aku dah gerak balik Penang kot. Padahal cuma aku je yang tak tahu kau dah tak ada masa tu sayang :'(. Abah tak bagitahu masa abah bawak kau pergi hospital kau hembuskan nafas terakhir kau dalam kereta, kau tak sempat sampai hospital pun sayang. Bila aku dapat tahu kau dah takde, dunia aku rasa gelap. Gelap segelapnya. Terduduk aku merintih pada yang sudah pergi. Aku sempat menyalahkan diri aku, iyelah aku yang beria ria nak jumpa kau, ajak kau kesana kemari, tapi abah tenangkan aku, dia kata "semua ni dah suratan dan ketentuan Allah. Tak guna menyalahkan diri sendiri, semua ini kehendak Allah. Bersabar dan redhalah"

Surat Untuk Farisa AinaWhere stories live. Discover now