Secebis luahan rindu dari seorang adam buat insan yang dirindui. Semoga kau tenang disana sayang.
Rindu yang paling sakit adalah rindu kepada insan yang sudah tiada di dunia ini. Rindu yang tidak terungkap.
Al-Fatihah buat sayangku, Farisa Aina.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hari itu mengubah segalanya Kepercayaan, kehidupan, serta cara aku menilai apa-apa Tanggal lima belas Oktober dua ribu enam belas Bermulanya perasaan yang luruh Gugur segala apa yang aku pegang Hilang segala yang aku ganggang
Hari ini mungkin kau melihat aku Bukan seperti aku yang biasa kau lihat Sama ada aku tidak merelakan Atau sebenarnya ini sesuatu yang ditakdirkan Tapi sesuatu yang tak pernah hilang Betapa dirimu aku sayang Walaupun kau dan aku terpisah dari alam nyata
Aku mahu kau bahagia di sana Tempat yang aku tak pasti di mana Aku tidak lagi gembira Tapi ini tidak akan membenarkan aku lupa, cinta antara kita Cinta kita adalah selamanya
Mereka semua tak pernah tahu Apa yang telah aku lalu Membuka mulut lebih mudah dari memasang telinga Mengutuk lebih senang dari mendengar cerita
Detik itu Seluruh kepercayaan aku telah berubah Tapi satu yang masih kekal utuh Cinta aku terhadapmu