Assalamualaikum rindu,
*sayang! Ingat lagi ni? Kenangan masa kali terakhir kita sambut birthday kau sama sama kan. Aku rindu :')Today is your birthday sayang!!!
Sayang dah tua, dah 21 tahun.Sayang, aku ada dekat pahang dah ni tau. Semalam aku tak sempat nak publish post aku ni tepat pukul 12.00 a.m sebabnya aku tengah drive masa tu :'(. Sorry tau sayang. Aku cuti sebab aku nak celebrate birthday kau sama-sama. Hehe tipu je, sebenarnya abah sayang yang suruh aku datang, katanya ada buat tahlil sikit. Lepas isya' orang surau datang la. Ramai sayang dekat rumah kau. Abah sayang suruh aku duduk dalam bilik sayang stay satu malam. Happy sangat rasa, walaupun kau tiada disisi. Happy bila ramai ahli keluarga sayang, kenalan sayang yang bagi kata sokongan kata semangat untuk aku, aku akui aku lemah tapi aku gagahkan jugak diri ini. Macam sayang cakap "Hey! Big guy no cry lah, big gay je yang cry ni". Masatu aku menangis sebab mama sayang tak restui hubungan kita.
*tenang je bilik sayang. Rasa macam sayang ada je dekat sini. Sayang ni pemalas kan, jam dah mati pun tak reti tukar battery. Em bukan jam je, sayang pun. Nak jadi macam jam ni boleh? Boleh jumpa sayang :'(Sayang tahu tak, sekarang ni mama sayang la yang paling banyak bagi kata semangat dekat aku, mama sayang lah yang paling banyak memujuk aku. Masa aku sampai tadi mama sayang la orang paling gembira sekali. Mama peluk aku mama menangis. Tak putus putus mama sayang suruh aku berdoa bersabar atas pemergian sayang. Ni mesti adik sayang yang bagi mama baca coretan aku dekat wattpad ni. Siap budak tu nanti. Sayang aku ada berita gembira! Berita yang kau nak sangat sangat dengar. Mama sayang dah restui hubungan kita sayang! Mama dah anggap hubby sayang ni sebagai anak dia. Ada ke mama cakap aku ni mengingatkan dia pada sayang? Tahulah perangai kita sama kan sayang? Hehe. Mama mintak maaf dan menyesal kerana pernah menentang hubungan kita suatu masa dahulu atas sebab aku masih tidak stabil ekonominya. Tapi restu itu dah tak lagi bermakna sayang. Apa makna restu tetapi tidak bersatu? Tak mengapalah sayang. Aku tak simpan walau sekelumit pun dendam, aku ikhlas memaafkan, sebab aku percaya qada' dan qadar Allah :')
Eh asyik sangat bercerita lupa nak tanya . Sayang, apa khabar? Sihat? Seronok tak kat sana? Akhirnya, ajal yang Allah rahsiakan daripada kita, terbongkar juga kan sayang. 15/10/2016 kau pergi tinggalkan dunia ni. Hilang. Sungguh aku rasa sangat kehilangan. Sunyi. Amat sunyi sekali. Rasa sunyi dia lain macam la sayang. Lain sangat sangat. Apa yang sudah menjadi kebiasaan menjadi luar kebiasaan. Aneh rasanya. Aneh yang memeritkan. 100% corak kehidupan aku berubah.
Sayang, mesti penatkan masa bertarung dengan nyawa sendiri. Sama ada nak teruskan hidup atau pergi? Kuat nya kau sayang, kalau aku tak ku terfikir bagaimana sakitnya sewaktu nyawa ditarik dari tubuh badan. Tapi mama sayang kata, sayang pergi dengan tenang setenangnya. Mama sempat ajar sayang mengucap. Patut la wajah sayang tersenyum je ye sampai nampak gigi jongket kau tu. Senonoh betul kesayangan aku ni. Alhamdulillah.
Aku tahu kau penat sayang, aku tahu kau letih :'(. Beribu kali kau mengadu kau cepat penat, kau sukar bernafas, aku fikir itu normal bagi pesakit asma. Rupanya ada sesuatu yang Allah dah anugerahkan untuk insan terpilih seperti kau sayang. Hasil post mortem yang lalu sungguh memberi impak yang besar buat aku serta keluarga kau. Sebab Kematian : Non-hodgkin lymphoma desease sejenis kanser darah yang sudah pun berada di tahap 4. Tahap yang paling kritikal. Even, abah dengan mama pun tak tahu menahu pasal hal ini. Kata sahabat aku doktor Faiz, maybe kau sendiri pun tak tahu kau ada penyakit kanser darah ini, sebab setelah diteliti tiada rekod rawatan yang dibuat, menunjukkan yang kau memang tak pernah rujuk mana mana hospital tentang penyakit ini. Lagipun kanser ini menyerang secara tiba tiba tanpa menunjukkan sebarang tanda tanda. Tidak aku sangka sayang.
Akhirnya kau pergi juga. Aku masih tertanya-tanya adakah aku redha? Aku nak kau ada disini. Sentiasa ada. Aku nak kau pandang aku, bukan aku yang pandang kau sayang. Tapi apakan daya. Tak mengapalah lah sayang, kau rehatlah di sana ya.
Masih terasa lagi perasaan aku bila tengok jasad yang dulunya tak reti duduk diam akhirnya kaku juga. Kaku. Perasaan yang tak dapat aku ungkapkan. Air mata mengalir, tanpa kerelaan aku. Puas aku paksa diri aku supaya tidak menangis. Aku tak nak nanti kau sedih. Tapi aku ni tak kuat manalah sayang. Harap kan badan je tough, tapi hati aku tak tough sayang. I can't be tough, I can't be strong :'(. Kau kena tolong aku, tolong semua family kau untuk kuat balik okay? Nanti kat sana dapatlah kau jumpa arwah nenek kan? Ha sayang lepak lepak la dulu dengan nenek, nanti aku menyusul pulak. Cepat dengan lambat je sayang :).
Berehat lah cintaku. Damailah disana bersama Penciptamu. Sesungguhnya dunia tempat kau berpenat, akhirat jualah tempat kau berehat. Nanti kalau perlukan aku, roger dalam mimpi aku tau. Rindu kau sayang. With love, your love ♥---TFF♚---
YOU ARE READING
Surat Untuk Farisa Aina
De TodoSecebis luahan rindu dari seorang adam buat insan yang dirindui. Semoga kau tenang disana sayang. Rindu yang paling sakit adalah rindu kepada insan yang sudah tiada di dunia ini. Rindu yang tidak terungkap. Al-Fatihah buat sayangku, Farisa Aina.