Secebis luahan rindu dari seorang adam buat insan yang dirindui. Semoga kau tenang disana sayang.
Rindu yang paling sakit adalah rindu kepada insan yang sudah tiada di dunia ini. Rindu yang tidak terungkap.
Al-Fatihah buat sayangku, Farisa Aina.
Ku dengar bunyi deruan ombak menghempas pantai Ku panjangkan pandangan melihat dimana letaknya cinta abadi
Angin bayu bertiup lembut singgah menyapa lembut pipiku Alangkah indahnya jika kau bersamaku Waktu indah menikmati senja berlabuh
Aku tak menyangka hadirmu cuma persinggahan buat seorang lelaki Engkau pergi langsung tak bersuara Pergi bukan dengan kerelaanmu Tapi kerana kasih Allah menjemputmu
Kini kau telah pergi Pergimu tak akan kembali Hanya pusara menjadi saksi Lambang cintamu yang abadi
Deraian air mataku tak pernah kering membasahi dedaun kelopak mataku Bila aku berada di pantai ini dimana saat pertama kali Kita melakar cinta yang suci
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
25/10/1995-15/10/2016 Al-Fatihah hadiahku buat mu sayangku.