Life must go on , but heart ?

486 43 5
                                    

Assalamualaikum baby girl.

Sayang, maafkan aku sebab masih merindu. Maafkan aku sebab masih menangis. Maafkan aku sayang. Tiap hari aku berdoa agar Allah kuatkan hati aku, tabahkan hati aku dan kuatkan iman aku. Aku kecundang, aku kecundang tanpa kau disisi. Apakan daya aku. Yang hidup perlu teruskan hidup.

Sayang, aku rindu conversation kita

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sayang, aku rindu conversation kita. Aku rindu suara kau. Aku rindu gelak tawa kau. Aku rindu nak menyanyi dekat kau :(. Tiap hari aku dengar lagu "Tajul - Sedalam-dalam Rindu". Sebab tu permintaan lagu terakhir yang kau mintak aku dengar. Tu lagu terakhir kau mintak aku nyanyi. Sumpah sekarang aku rasa apa itu sedalam dalamnya rindu.

"Bila kau hadir di dalam diriku
Indahnya bagai irama dan lagu
Bila kau jauh terasa merindu
Wajahmu terbayang di hatiku

Biarpun engkau jauh di mataku
Serasa bagai purnama merindu
Begitu sedalam dalam cintaku
Sayangnya pada dirimu

Sungguh ku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang bertahta di hatiku
Jangan kau pergi meninggalkan diriku

Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu

Tiada lagi ku berasa sangsi
Walaupun tanpa dirimu di sisi
Cukup sekadar diriku di uji
Namun kau tetap di hati"

Setiap kali aku bukak balik our chat setiap kali tu jugak bergenang air mata aku. Macam macam kisah ada kita kongsi, kisah gembira kisah sedih kisah kelakar. Paling aku terkilan nak baca adalah chat masa kita gaduh. Tak sanggup aku nak baca, ibarat belati menghiris hempedu. Tak kuat aku ya Allah. Kalau aku tahu kau nak pergi selamanya, sumpah demi Allah aku takkan marah marah kau, aku takkan maki maki kau dengan kata kata yang tak sepatutnya, aku takkan buat hati kau terguris, aku takkan biar air mata kau menitis kerana aku.

*terima kasih sayang sebab kau tunaikan janji kau :'(

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*terima kasih sayang sebab kau tunaikan janji kau :'(. Btw aku rindu ayat rempitz kau tu :'(

Bodohnya aku terlalu ikutkan emosi bila kita bertengkar. Sedangkan kau tetap berlembut, tetap terus memujuk walaupun hakikatnya kau tak salah. Walaupun pergaduhan itu berpunca dari aku kau tetap mengalah. Berdosanya aku ya Allah :(.

Sayang, kalau diberi keajaiban kau pulang, walau untuk satu hari, aku bersumpah takkan sakitkan hati kau, aku bersumpah akan jadikan kau wanita terbahagia didunia. Aku menyesal. Sungguh aku menyesal.

Sayang, aku menyesal bila aku sering abaikan panggilan dari kau bila kita bertengkar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sayang, aku menyesal bila aku sering abaikan panggilan dari kau bila kita bertengkar. Aku menyesal bila kau suruh aku call, tapi aku tak call. Aku buat kau ternanti nanti panggilan aku. Aku menyesal bluetick kan kau sayang. Aku menyesal bila abaikan panggilan kau kerana terlampau sibuk. Sibuk melepak dengan kawan kawan. Aku menyesal bila kau perlukan aku, aku tiada disisi. Aku menyesal bila kau warded dekat pahang, aku di Penang pergi buang masa tengok bola, futsal, melepak, tengok wayang, karaoke dengan kawan kawan. Aku menyesal. Sumpah aku menyesal.

Aku rindu nak tengok ada missed call dari kau. Sekarang aku ternanti nanti panggilan dari kau. Sekarang aku yang beria ria chat kau itu ini. Tapi kau tetap diam membisu. Baru aku tahu apa perasaan kau sayang bila tiap kali kau call aku abaikan, tiap kali kau chat aku bluetick kan.

Betul lah kata orang, bila orang itu dah tiada baru kita tahu apa itu erti menghargai. Apa guna menghargai insan yang telah tiada? Aku sebagai lelaki aku rendahkan ego aku memohon kepada manusia diluar sana tolong, TOLONG lah hargai orang yang kau sayang. Jangan jadi macam aku, menyesal dikemudian hari. Allah. Aku rindu dia :(.

---TFF---

Surat Untuk Farisa AinaWhere stories live. Discover now