Bulan Oktober datang lagi. Aku ingat aku dah cukup kuat. Tapi entah kenapa air mata aku ni tak berhenti-henti mengalir. Biarpun dah hampir setahun kejadian tu berlaku. Tapi masih segar di ingatan aku. Aku rasa macam baru semalam kejadian tu berlaku.
"Hek eleh kau lelaki takkan menangis kot!"
Ya aku lelaki. Dan. Ya aku menangis. Kau takkan rasa sakit yang aku rasa.
Kau takkan rasa kehilangan yang aku rasa.
Kau takkan rasa kerinduan yang aku tanggung.
Kau takkan rasa sepinya seorang perindu.Biarlah beribu kali aku kata aku kuat aku tabah aku mampu harunginya tapi jauh disudut hati aku, aku masih lagi aku. Aku masih lagi Farish yg lama. Yang masih melukut di tepi gantang.
Cepat sungguh waktu berlalu. Hampir setahun sudah kau pergi dan aku masih disini dengan rasa tidak percaya. Hal paling sedih saat ini adalah aku masih rasakan seperti kau masih ada. Hal yang membuat hati aku hancur adalah ketika aku mula sedar bahawa kau sudah pergi. Ketika aku sangat ingin memanggil namamu, kau tidak ada disana.
"Gurindam dan irama
Tidak lagi ku hiraukan
Setelah api cinta terpadam
Apa yang tinggal kini
Hanya sisa kesal kelmarin
Menjadi simfoni mendayu
Pada setiap malam mingguSetahun sudah berlalu
Oktober muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa ku sedari
Ku petik mawar merah
Ku tulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapa kan ku beriKesepian memaksa
Ku lihat wajah di cermin
Terpandang parut di muka ku
Bekas cinta yang lama
Apakah tidakkan hilang
Kesan cinta yang terus mendatang
Bermain di jiwa ini"Sayang...
Aku sangat menyayangimu. Aku sangat mencintaimu sejak pertama kali aku memandang wajah kau. Dan rasa cinta itu tidak akan mungkin hilang sampai hari dimana aku pergi menyusul kau kelak.Kau tahu sayang? Aku memang tidak pernah mengatakan "aku mencintai kau" secara berdepan dengan kau. Dan itu adalah satu hal yang sangat aku sesalkan dalam hidup aku. Tapi aku yakin, kau tahu itu. Kau sungguh tahu bahawa aku sangat mencintai kau.
Hampir setahun yang lalu dihari kau pergi, aku tak pernah berhenti menangis. Dari pagi sampai malam hari hingga rasanya sudah habis semua air mata aku. Tolong jangan kata aku cengeng sayang. Aku memang cengeng ketika aku kecil. Tapi tidak sekarang. Aku menangis kerana aku sedih untuk tahu yang kau tidak lagi milikku. Aku menangis kerana aku sangat takut kau pergi meninggalkan aku.
Setelah kau pergi hari itu, rasa sepi kian memuncak memenuhi hati aku. Walaupun banyak orang yang hadir disekeliling aku, aku tetap berasa sangat-sangat sepi.
Aku rasa sangat kehilangan, kehilangan cahaya yang selalu menemani aku. Aku sungguh kehilangan cahaya yang selalu menerangi gelap aku.
Setiap malam sebelum aku tidur, hanya kau yang selalu aku fikirkan. Hanya wajah kau yang selalu hadir dibenak aku. Tak pernah hal itu membuat aku tak bersedih. "Aku rindukan kau" itu yang selalu aku katakan pada diri aku sendiri.
Aku tidak ingin rasa sedih aku ini membebankan kau. Aku sudah benar-benar rela kau pergi. Aku hanya merindukan kau. Aku hanya rindu suara kau. Aku rindu cara kau memanggil nama aku.
Banyak hal berubah semenjak kau pergi. Tapi kenangan kau dan rasa cinta aku pada kau tidak akan pernah berubah. From the day I see the world, till the end of my day. I will always love you no matter what. No one can takes your place. You really mean the world to me.
Selamat tidur kekasih ku, Farisa Aina.
YOU ARE READING
Surat Untuk Farisa Aina
AléatoireSecebis luahan rindu dari seorang adam buat insan yang dirindui. Semoga kau tenang disana sayang. Rindu yang paling sakit adalah rindu kepada insan yang sudah tiada di dunia ini. Rindu yang tidak terungkap. Al-Fatihah buat sayangku, Farisa Aina.