Assalamualaikum sayangku.
Sayang tengah buat apa? Apalah khabarmu agaknya? Em khabar aku? Aku macam ni la sayang. Masih menjadi perindu sepi. Maybe aku akan tetapkan title perindu sepi tu sampai bila bila kot. Hehe :')
Tak lama lagi hari lahir kau kan sayang? 25 Oktober. Setiap hari adalah hari dalam hitungan kalendar aku. Bukan setakat hari je yang aku hitung, tapi tiap hari tak terhitung rindunya aku pada arwah.
Sayang, ingat lagi kali pertama kita sambut hari lahir sayang sama sama? Waktu tu kita belajar dekat Uitm Machang Kelantan. Aku ni jenis lelaki kayu sikit, tak pandai nak buat surprise yang gempak gempak macam ada sorang mamat ni buat surprise bawak girlfriend dia naik limosin. Aku cuma beli patung bear dengan bawak kau pergi makan je sebagai hadiah hari lahir kau. Maklum la time belajar poket memang selalu rabak. Lagi satu aku jenis tak suka nak mintak duit dengan mama papa, aku lagi rela kerja part time cari duit sendiri. Nak berdikari kononnya, lagipun aku nak ajar diri aku hidup susah. Waktu tu aku cuma bawak kau pergi makan dekat terminal bas kota bharu je kan sayang? Dah la naik motor, dengan anak patung bear yang lebih kurang besar kau dekat tengah tengah. Haha kelakar pulak. Kenapa terminal? Sebab tu jela tempat yang aku tahu dekat kelantan ni. Nasib baik kau tak malu sayang, kau terima je kekurangan aku. Yang aku tak boleh lupa, kau punya excited tu macam aku bawak kau naik limosin makan dekat hotel 5 bintang. Aku bersyukur sangat dapat orang yang tak pandang kesusahan aku. Maafkan aku sayang tak dapat nak taburkan kemewahan pada kau waktu tu.
Lepas je aku habis belajar papa suruh aku bekerja dengan dia, waktu tu barulah aku senang sikit sebab dah bekerja kan, waktu tu barulah aku boleh bagi itu ini dekat kau walaupun kau tak pernah mintak apa apa pun.
Kadang kadang aku terasa amat sunyi dan apa yang boleh aku lakukan adalah sibukkan diri dengan kerja seharian. Saat yang paling aku terasa setiap hari adalah ketika lepas balik dari tempat kerja. Selalunya bila balik kerja, aku akan call kau mengadu segala masalah ditempat kerja pada kau. Kau tetap sabar dan tenang mendengar setiap keluhan ku. Kadang kadang terbayang wajah kau yang amat tenang dan tak pernah tinggikan suara denganku.3 tahun lebih, hampir 4 tahun aku bersama kau, terlalu banyak kenangan aku bersama kau sayang. Terlalu banyak. Setiap kali aku dalam keadaan marah, tak banyak kata yang akan kau kata padaku, hanya....
"sabar, ini kan hanya ujian yang kecil....." masih terngiang setiap kata dari arwah.
Aku amat rindukan suasana seperti itu. Rindu sangat.
Dialah tempat untuk aku meluahkan segala-galanya. Tapi kini, hanya sunyi yang menemaniku.
Allah, walaupun aku lelaki aku tak kuat ya Allah, sakit yang tak terluah aku rasakan sekarang ini. Nak pecah dada aku menahan rindu. Rindu yang tak terungkap. Aku terlalu sayang sampai aku terbayang seperti kau masih ada. Setiap hari aku menanti panggilan dari kau sayang. Aku sentiasa menanti message dari kau, tapi kehampaan cuma yang aku dapat. Allah, kenapa tidak Engkau mengambil nyawaku saja ya Allah.
Hari pertama arwah tiada, sebelum aku balik ke Penang, aku meminta izin family kau untuk masuk dalam bilik kau. Ini memang permintaan aku, mungkin permintaan terakhir aku. Aku memandang sepi bilik kau, suram je tanpa kau sebagai penyerinya. Bilik kau kemas, katil tersusun rapi. Aku sentuh katil tempat kau beradu, satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan menjalar dalam diri aku. Tak semena mena menitis lagi air mata aku. Murah sungguh airmata aku tanpa kau sayang. Aku baring atas katil kau, bau haruman apple yang sentiasa kau pakai menggamit perasaan syahdu aku. Aku menangis dan menangis, tak sedar bila masanya aku terlelap di atas katil kau. Rindu sangat pada kau sayang.
Aku terjaga bila terasa seperti ada bayu menampar lembut wajah aku. Terasa seperti kau ada disisi aku ketika ini. Aku perhati sekeliling, rupanya tingkap bilik kau terbuka dan angin menerobos masuk. Berkibar kibar langsir apabila ditiup angin. Aku bangun menapak ke arah tingkap, lalu aku tutup. Aku tengok jam dah pukul 7.55 malam rupanya. Allah! Dah nak habis waktu maghrib. Aku cepat bangun berwudhuk terus solat. Ku khas kan doa aku hanyalah untuk kau sayang.
Aku kena gerak ke terminal bas dah ni sayang. Aku dah termissed flight ke Penang tengahari tadi, terpaksa balik naik bas. Tapi tak apa, apa saja aku buat hanyalah untuk kau sayang.
Berat rasanya kaki , berat lagi rasa hati ini nak melangkah keluar dari bilik kau. Aku tatap bilik kau buat kali pertama dan juga merupakan kali terakhir, mata aku tertancap pada baju pyjama spongebob berlipat elok atas meja komputer kau. Baju tu kau yang beria ria nak masa kita pergi ke wakaf che yeh, aku yang memang tak berkenan dekat spongebob seluar petak tu abaikan permintaan dia. Sepanjang perjalanan balik kau buat muncung sedepa kalah muncung itik. Comelnya kau sayang :'). Aku yang tak sampai hati tengok muncung kau terus patah balik ke wakaf che yeh semata mata nak beli pyjama spongebob seluar petak kau tu. Gila. Haha memang. Aku gila sebab kau je sayang. Pyjama tu juga merupakan baju yang terakhir kau pakai. Sayu hati aku Allah je yang tahu. Tiada kata yang mampu aku ungkapkan ketika itu. Aku meminta izin family kau untuk menyimpan baju itu sebagai pengubat rindu. Masih terasa baunya.
Tiada kata dapat aku luahkan. Cuma hanya satu kata yang tak mampu aku ubah. Rindu. Aku amat rindukannya.
---TFF♚---
YOU ARE READING
Surat Untuk Farisa Aina
RandomSecebis luahan rindu dari seorang adam buat insan yang dirindui. Semoga kau tenang disana sayang. Rindu yang paling sakit adalah rindu kepada insan yang sudah tiada di dunia ini. Rindu yang tidak terungkap. Al-Fatihah buat sayangku, Farisa Aina.