Assalamualaikum sayangku .
Tatkala surat ini mula ditulis, sudah sebulan sayang kembali ke pangkuan rahmat ILAHI, meninggalkan keluargamu, meninggalkan aku serta semua di alam fana ini.
15/11/2016:
Its been a month without you my dear. Sebulan dah sayang. Sebulan dah kau pergi tinggalkan aku. Sejujurnya masih aku terasa kehilangan kau sayang. Masih aku rasakan seperti baru semalam aku menyaksikan persemadian kau sayang. Tapi aku harus kuat, bukan harus tapi aku WAJIB kuat kan sayang? :')
Saje la nak tulis sikit, sebab dah sebulan kan sayang. Bukan simpati yang ditagih, tapi hmmm.. tulah.. rindu...
Sayang.. Apa khabar sayang disana? Bahagia disisiNya? Aku mendoakan sayang aman damai dan bahagia disyurgaNya. Tak putus doaku untukmu sayang, begitu juga takkan pernah padam cinta ini terhadapmu sayang. Aku sempat menziarahi pusara sayang sebentar tadi bersama ibu sebelum bertolak balik ke NY. Subhanallah terasa benar ketenangan berada disana :').
Sayang... aku rindu...Aku memohon maaf.. Kerana tatkala aku mula membacakan al-Fatihah, hadiah buat sayang, aku gagal menahan hiba. Terbayang-bayang wajah 'tidur' sayang sewaktu selesai post mortem. Setenang-tenangnya. Allahuakhbar.
Maafkan aku sayang..Setiap hari aku terkenangkan kau sayang, tak pernah sekalipun aku melupakan kau. Walaupun jauh ke barat aku bawa diri, bayangan kau tak pernah lupus dari minda ni. Setiap benda aku pandang, semua buat aku terkenangkan kau. Oh tuhan, rapuhnya hati aku ketika diuji olehMu. Aku tahu kau uji tak lebih dari kemampuan aku. Tapi tika dan saat ini aku masih rapuh, masih mencari dimana hikmahMu buat aku.
Sayang.. hmm.. rindunya..
Dulu pernah aku meratap hiba pemergianmu. Pernah aku menyalahkan tuhan atas takdirNya. Pernah aku persoalkan apa Allah tidak sayangkan aku? Pernah aku persoalkan apa salahkah aku jika masih menangisi pemergianmu?
Kemudian aku sedar betapa berdosanya aku kerana saat ini masih belum redha atas segala yang berlaku. Berdosanya aku kerana telah melebih-lebih tika bersedih. Ampunkan aku Ya Allah. Aku tak kuat aku tak berdaya dan aku tak mampu. Maha hebat dugaanMu ini Ya Allah :'(.
Tapi untukmu sayang.. Aku akan belajar untuk menjadi kuat dari satu rasa iaitu "sakit". Sakitnya perpisahan ini. Perpisahan yang tiada bersatunya. Aku pasrah Ya Allah.
Sayang.. Sayang berehat la dulu okay? Nanti aku pasti akan menyusul.
Ya Allah jika benarlah ia tertunai, makna kata Farisa Aina pergi dahulu. Maka aku redha, ya Allah. Ya Rabb.. Engkau jualah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku.
Farisa Aina sayangku,
Andai sayang bertanya apa perasaan aku ketika merenung wajah sayang buat kali terakhir, aku sendiri tidak pasti akan jawapannya. Aku gagal menyelami perasaan sendiri melainkan Allah.
Ya Allah, Engkau telah memilih untuk mengambil semula Farisa Aina ku ini yang sebenarnya adalah milik mutlak-Mu, maka Engkau ambillah Farisa Ainaku pada usianya 21 tahun. Aku serahkan dengan penuh redha. Aku ampunkan apa jua jika ada kekhilafannya kepadaku. KAU sayangilah dia, KAU berikanlah kehidupan yang jauh lebih baik kepada Farisa Ainaku ini disana, kehidupan yang kekal abadi..
Sayang,
Setelah sayang pergi, memang kerap kali juga di depan Allah S.W.T, aku menangis merindui sayang, merindukan senyuman sayang, rindukan celoteh serta keletah sayang, rindukan pertanyaan-pertanyaan sayang "Awak sihat? Kerja macam mana, okay? Awak dah makan? Dah solat? Awak pergi mana? Awak taknak call saya ke?"Aku akan tetap rindukan waktu-waktu kita bersama, terutama kala waktu pagi sebelum pergi kerja dan sewaktu pulang dari kerja. Banyak yang kita telah kongsikan bersama. Masalah kerjaku, masalah dunia , masalah kehidupan. Haih rindunya sayang. Rindu sifat belas ihsan sayang, tiada sekelumit pun perasaan dendam, serta tertib dan hormat dalam setiap butir bicara mahupun perlakuan serta memelihara perasaan orang lain.
Terlalu banyak yang hendak aku kongsikan disini, namun tidak akan ada kesudahannya. Maka izinkan aku meletakkan noktah pada surat untuk Farisa Aina ini.
Ketahuilah sayangku, bahawa tangisan sebenar aku adalah lebih kepada memikirkan betapa bersyukurnya aku kepada Allah Yang Mencipta dan Memiliki kita juga segalanya. Pada Allah jua sekali lagi aku panjatkan kesyukuran atas ANUGERAH yang tidak ternilai ini. Jika dulu aku sedar bahawa sayang jauh disana, di bumi pantai timur, namun kini aku yakin sayang ada disisi aku sepanjang masa.
Sesungguhnya "rehat" itu tiada dalam kamus kehidupan di alam fana ini melainkan dipanggil kembali kepada ILAHI. Semoga kita bertemu di alam syurgawi yang kekal abadi..
Sekian.. Salam sayang dan penuh kerinduan..
Selamat kembali ke pangkuan ILAHI, wahai kekasih yang aku kasihi..
Al-Fatihah, Farisa Aina :')
---TFF♚---
YOU ARE READING
Surat Untuk Farisa Aina
RandomSecebis luahan rindu dari seorang adam buat insan yang dirindui. Semoga kau tenang disana sayang. Rindu yang paling sakit adalah rindu kepada insan yang sudah tiada di dunia ini. Rindu yang tidak terungkap. Al-Fatihah buat sayangku, Farisa Aina.