Dimensi lain

1.1K 41 4
                                    

Boboiboy Api hanya terpaku melihat satu bongkah besar yang tiba-tiba muncul dihadapan dia dan rakan-rakannya. Dalam sesaat yang lalu juga, bongkah itu telah menyerap Ochobot, Yaya, Ying, Gopal, Fang dan tiga kembarnya Gempa, Halilintar dan Air.

Yang tinggal terselamat cumalah dia dan Taufan. Seperti Api, Taufan juga terkejut dengan situasi yang baru berlaku tadi.

Baru sebentar tadi mereka keriangan menyambut kemenangan mengalahkan KalKenot, alien kentot yang datang membuat huru hara di bumi dan ingin merampas kuasa mereka berlima dengan harapan untuk menjadi kuat dan tinggi.

Jelas di ingatan Api, saat dia dan Taufan bersama melarikan diri akibat dikejar oleh Halilintar yang sangat marah ketika itu sebelum satu cahaya yang terang muncul dan menyedut mereka semua satu persatu.

Dia dan Taufan terselamat kerana Halilintar sempat menolak mereka jauh sebelum dia juga disedut sekali ke dalam cahaya itu.

     “Apa itu Api?” Taufan bersuara, matanya tidak lepas memandang bongkah besar yang tidak bergerak dihadapan mereka.

     “Entah, aku pun tak tahu,” seperti Taufan, kewujudan bongkah itu juga satu misteri bagi Api.

     “Kau rasa mereka semua ada dalam itu ke?” kali ini Taufan bertanya sambil memandang ke arah Api di sebelahnya.

Api membalas pandangan Taufan dengan kening yang berkerut diselangi dengan gelengan tanda dia juga tidak tahu.

Kedua Boboiboy itu masih terkejut dan keliru dengan situasi yang baru berlaku tadi.

     “OCHOBOT!! YAYA!! YING!! GOPAL!! FANG!! GEMPA!! HALILINTAR!! AIR!!!!” Taufan menjerit kuat memanggil nama kesemua teman-temannya.

Api memandang sekeliling dengan harapan salah seorang daripada diorang mungkin akan muncul di mana-mana.

     “Tak ada. Diorang semua di mana?” Taufan tertunduk muram menyedari usahanya tadi sia-sia.Dia terduduk di tanah.

Api menghampirinya. Seperti Taufan, dia juga mempamerkan riak sedih.

Keduanya diam memandang bongkah misteri di hadapan mereka sebelum mereka di kejutkan dengan sesuatu.

---------------

     “Aduh!” Air mengusap kepalanya yang terhantuk dengan Gopal sewaktu keduanya mencuba bangun apabila sedar dari pengsan.

     “Ayo Boboiboy, bangun itu tengok-tengoklah depan. Ini aku punya besar pun kau tak nampak ke?” bebel Gopal dengan tangan mengusap-usap kepalanya.

     “Sorilah, aku mana nampak tadi,” Air kini sudah berdiri di hadapan Gopal.

Dia memandang sekeliling.

     “Kita kat mana ni Gopal?” soalnya apabila menyedari mereka kini berada di sebuah tempat asing.

Mereka seperti berada di hutan dengan dikelilingi pokok-pokok yang berbentuk segitiga dan segiempat panjang. Batu-batu kecil berbentuk bulat, air sungai pula berbentuk ombak yang bertindih-tindih.

Air mendongak memandang ke atas, awan berkepul sebiji-sebiji dan ada satu dua yang dilihat seperti dua awan bergabung. Ada satu biji bola berduri-duri berwarna oren kelihatan seperti matahari.

Semua di situ seperti sebuah lukisan budak-budak.

     “Kita dalam lukisan budak-budak ke?” omel Air berjalan menghampiri sebatang pokok segitiga.

Dia menyentuhnya.

     “Aduh!,” bagaikan terkena renjatan elektrik, Air segera menarik tangannya.

     “Kenapa Boboiboy?” Gopal segera merapati Air.

     “Pokok ini macam ada elektrik,” Air memegang jarinya yang terkena renjatan tadi.

Boboiboy dan Kuasa Dimensi [COMPLETED]Where stories live. Discover now