“Satu serangan pun tak kena dia. Ish..geram betul,” Boboiboy Api mengepal penumbuknya. Dari tadi, dia, Probe dan Boboibot bekerjasama berhabis-habisan menyerang Shalala.
Alien itu hanya berdiri di situ sahaja dengan pelbagai pintu dimensi terbuka merata-rata mengelilingi dia. Setiap serangan diorang pasti akan termasuk ke mana-mana pintu dimensi dan hilang begitu sahaja.
Boboibot yang sudah bertukar ke Boboibot Api menghampiri Api. “Kau okay?” soalnya bersuara robot.
Sejak disabotaj oleh Kalkenot hari itu, Boboibot sudah tidak dapat untuk menggunakan kuasa pecah tiga lagi. Dia kini hanya mampu berubah antara lima elemen Boboiboy sahaja.
“Aku okay,” Boboiboy Api berdiri.
“Susahlah lawan dia ni. Nasib baik dia cuma seorang je,” kata Probe yang mendarat di sebelah Boboiboy Api. Terdapat beberapa kesan calar dan terbakar di badan robot Probe.
“Dia mesti ada kelemahan. Kita kena cari kelemahan dia itu,” ujar Api sebelum kembali memulakan serangan.
Saat Boboiboy Api menghujani Shalala dengan beberapa gelung api, gelungan itu sekali lagi disedut dan muncul semula menyerang Boboiboy Api dari belakang.
“Api!!” serta merta satu deruan angin kencang menyahkan serangan itu sebelum mengenai Api.
Api memandang Taufan yang menghampirinya. Pandangannya memberikan isyarat ‘dapat-tak?’
Taufan mengangguk memahami isyarat Api.
“Bagus, sekarang kita boleh mulakan serangan kombo!!!” jerit Boboiboy Api. Jeritannya di dengari Shalala. Shalala hanya tersenyum sinis.
“Kombo macam mana pun, korang tak kan dapat serang aku,” kata Shalala dengan bongkak diselangi dengan ketawa jahatnya.
“Hoi Shalala!!” tawa Shalala terhenti mendengar satu suara yang seakan dia kenali. Dia memandang punca suara itu. Satu alien sespesis dengannya berdiri di bawah. Alien itu pendek dan memakai pakaian kelas bawahan di planetnya.
“Adudu?” katanya tak percaya.
“Ya, aku Adudu. Alien yang pernah kau perkotak-katikkan dulu. Kini aku datang untuk membalas balik perbuatan kau!!” lantang Adudu berkata kepada Shalala. Nadi-nadi kemarahan membuak-buak dalam dirinya.
“Hahahaha!!! Kau alien taraf rendah je. Ada hati nak kenakan aku,” megah Shalala berbicara. Tangannya di angkat ke atas. Dia ingin mengeluarkan sesuatu.
“Jangan harap!!!” jeritan Boboiboy Api menghentikan tindakan Shalala seketika.
“Apa!!?” wajahnya terkejut melihat satu bebola api yang sangat besar dikelilingi angin taufan yang kencang dan percikan kilat yang berketik-ketik di sekeliling ribut itu.
“Rasakan!!!” dengan segera Boboiboy Api membaling bola api terbesar dan terkuat hasil kombo kuasa Taufan dan Boboibot Halilintar.
Riak ketakutan terbit di wajah hijau Shalala. Terkejut melihat bola api besar yang penuh dengan kuasa menghampirinya. Pintu-pintu dimensi yang cuba menyedut bola itu di tolak dengan kuat oleh angin taufan yang mengelilingi bola api tersebut.
“Habislah kau Shalala!!! Mega-Probe serang dia!” kegembiraan Adudu tidak dapat digambarkan lagi untuk melihat kemusnahan Shalala.
Probe dengan segera menujahkan berpuluh-puluh peluru berpandu ke arah musuh bossnya itu.
Tak boleh berbuat apa-apa, Shalala menghentak penumbuk ke tanah. Sebelum sempat bola api Boboiboy dan peluru Mega-Probe sempat mengenai dia, satu bayang hitam keluar dari tumbukan Shalala dan dengan lajunya membesar dan memenuhi ruang kawasan di situ.
YOU ARE READING
Boboiboy dan Kuasa Dimensi [COMPLETED]
FanfictionTerselamat daripada turut ditarik ke dimensi lain, Boboiboy Api dan Taufan mesti berusaha untuk menumpaskan musuh sekaligus menyelamatkan rakan- rakan mereka termasuk kembar mereka, Boboiboy Gempa, Halilintar dan Air daripada terus terperangkap d...