Markas kotak

497 32 2
                                    

     “Kenapa kau halang aku tadi Taufan!” jerkah Api kepada Taufan.

     “Situasi tadi tak sesuai untuk kita bertarung,” ujar Taufan memegang bahu Api. Cuba menenangkan Api.

     “Habis, kau tak nak ke selamatkan kawan-kawan kita?” suara Api masih lagi kuat. Dengan Taufan sahaja, dia tak mampu untuk tenangkan Api.

     “Aku pun nak. Tapi dengan kuasa kita berdua je, aku tak rasa kita boleh menentang Shalala. Kita kena buat rancangan,” pujuk Taufan.

Api mendengus. Dia melangkah menjauhkan diri daripada Taufan. Cuba mengawal amarahnya.

     “Kita kena mintak tolong seseorang,”

     “Siapa?”

     “Er…Adudu?”

Api terus buat facepalm.

--------------------

     “Incik Boss tak bangun lagi la,” di hadapan Boboiboy Api dan Taufan kini adalah Probe, Robot Tempur pengikut setia alien Adudu, musuh tradisi abadi Boboiboy.

     “Adudu tak sembuh lagi?” Taufan berkata kecewa. Dia dan Api kini berada di markas kotak Adudu.

Taufan jadi teringat peristiwa Adudu diserang dan dikenakan oleh KalKenot dulu. Sehingga kini, Adudu masih belum sedarkan diri.

Nampaknya harapan terakhir dia macam tinggal harapan.

     “Macam mana ni Api?” soal Taufan ke arah Api yang sedang duduk mencangkung memandang sesuatu di satu sudut markas Adudu.

     “Apa?” soal Api.

Soalan Api itu membuatkan kening Taufan berkerut.

     “Rancangan untuk kalahkan Shalala dan selamatkan kawan-kawan kita,” jantung Taufan berdebar-debar apabila dia melihat Api seakan lupa tentang apa yang perlu mereka buat sekarang dan sedang seronok bermain bola apinya di markas ini.

     “Hah!?Shalala? Itu lagu apa?”
Alamak! Keadaan itu membuatkan Taufan teringat. Mereka sudah lama berpecah dan jika keadaan ini berlarutan, dia dan kembar-kembarnya semua pasti akan hilang ingatan.

     “Korang nak jumpa Incik Boss untuk apa?” Probe, robot ungu yang tidak bersuara robot dan mempunyai emosi mengalih tumpuan Taufan. Api dibiarkan bermain di situ.

     “Kau kenal tak alien nama Shalala?”soal Taufan.

     “Shalala? Yang mana ye? Mak cik sebelah rumah yang jual DongDong Goreng tu ke?” Probe dilihat mencuba mengingati sesuatu.

     “DongDong Goreng? Apa tu?” perkataan DongDong Goreng itu menarik perhatian Taufan.

Probe mengekek “Sedap tau DongDong Goreng, rasa macam Pizza,”kata Probe berbisik di telinga Taufan.

     “Pizza? Mesti sedap kan? Kau boleh buatkan tak?” Taufan sudah mula membayangkan bentuk DongDong Goreng seperti Pizza dan rasanya yang lazat.

     “Hurm…boleh kot… tapi kena mintak resepi dengan makcik…hurm..siapa nama dia tadi? Lala?”

     “Ala,” Taufan buat muka kecewa.

Tak dapat la dia nak rasa DongDong Goreng itu. Nak kena mintak resepi makcik…eh? Siapa eh?

     “Taufan!!! Tengok ni!” jeritan Api yang seronok bermain bola api menarik perhatian Taufan.

Taufan dan Probe melihat Api sedang seronok melambung-lambung bola api seperti ahli sarkas.

     “Huwah!!! Hebatnya kau Api!” Taufan teruja melihat persembahan Api.

Boboiboy dan Kuasa Dimensi [COMPLETED]Where stories live. Discover now