“Apa ni?” Gopal berjalan menyentuh dinding cahaya yang baru dihasilkan oleh Boboiboy Light.
“Ini adalah kuasa perlindungan Light. Cahaya yang dihasilkan akan memantulkan apa jenis serangan yang datang. Kita selamat selagi kita berada dalam kawasan ini,” terang Ochobot.
“Macam dinding halimunan sebab kita boleh lihat terus apa yang berlaku kat luar,” kata Fang mengagumi kuasa perlindungan Boboiboy Light.
“Dan pihak musuh di luar pula tak akan nampak kita,” sambung Ochobot.
“Wow! Lagi cool!” Gopal dan Fang berkata serentak.
Kali terakhir mereka melihat Boboiboy bertukar menggunakan kuasa Light adalah ketika mereka terperangkap di Planet Atata TIga melawan alien Tottori. Itu pun hanya seketika. Setelah memberikan satu jenis serangan terkuat yang terakhir, Light terus bertukar menjadi Boboiboy yang asal.
Dari dalam kokoon cahaya itu, mereka melihat bagaimana Light bertarung untuk mengawal Dark.
“Hai Dark!” dengan senyuman di bibir, Light menyapa Dark.
Dark hanya mendengus sebelum bergerak ke hadapan untuk menumbuk budak yang serupa dengannya itu.
Dengan pergerakan yang sedikit, Light berjaya mengelakkan tumbukan Dark.
Dark yang terbabas ke hadapan menoleh ke belakang untuk melihat Boboiboy Light tersenyum.
Dengan bunyi ‘tsk’, Boboiboy Dark menggunakan gerakan laju untuk menyerang Light. Dia menyerang Light bertubi-tubi dalam kelajuan yang tidak dapat dilihat oleh orang biasa.
Namun Light dengan tenangnya mengelakan semua serangan Dark.
“Untuk mencederakan seseorang, kita kena bersedia juga untuk dicederakan,” sehabis cakap, Light menolak tangan kanannya ke hadapan.
Tepat mengenai perut Boboiboy Dark.
Tolakan itu dengan senangnya mencampak Boboiboy Dark terjatuh jauh ke belakang sekaligus mengenai bumbung sebuah rumah yang di tergantung terbalik dalam dimensi ini.
Dark yang terhempas ditanah memandang tajam ke arah Light yang masih terapung di udara. Light meletakkan tangannya ke belakang, bergaya senang diri.
Dia terapung menunggu apa lagi serangan yang akan diberikan oleh kembarnya itu.
“Kuatnya Boboiboy Light ni. Dengan senang je dia elak semua serangan Boboiboy Dark. Sekali serang, terus tersembam jatuh Boboiboy Dark,” ulas Gopal dengan mata bersinar.
Dia yakin Boboiboy Light akan berjaya mengawal keadaan. Boboiboy Light mungkin elemen terkuat Boboiboy.
Boboiboy Dark segera berdiri dan kemudiannya dengan laju terbang ke arah Light. Sebelum dia berjaya melepaskan tumbukan kegelapannya. Boboiboy Light terlebih dahulu menangkap lengannya. Bila tangan kanannya telah ditangkap oleh Light, Dark cuba menumbuk Light menggunakan tangan kirinya.
Namun, Light lebih pantas memegang pergelangan tangan kiri Dark.
“Tenang. Dengan ketenangan, kita pasti mendapat jalan,” dengan memegang kedua tangan Dark, Light menaikkan lutut kirinya ke atas, mewujudkan satu daya yang menyerang perut Boboiboy Dark.
Dark mengerang kesakitan. Dengan keadaan kedua tangan ditangkap, Dark kini bertentang mata dengan Light.
Light tersenyum. “Dah tenang? Boleh dengar apa yang aku nak cakap?” ujar Light tenang dengan senyuman.
“Kau adalah jelmaan aku bukan? Datang untuk menghapuskan aku,” Boboiboy Dark bersuara perlahan, tetap kedengaran dingin.
“Kau adalah aku. Tak mungkin aku akan menghapuskan diri sendiri. Kitorang semua cuma mahu kau tenang sahaja dan tak ada siapa pun nak serang kau,” ujar Light. Perlahan-lahan melepaskan pegangannya di tangan Dark.
YOU ARE READING
Boboiboy dan Kuasa Dimensi [COMPLETED]
FanfictionTerselamat daripada turut ditarik ke dimensi lain, Boboiboy Api dan Taufan mesti berusaha untuk menumpaskan musuh sekaligus menyelamatkan rakan- rakan mereka termasuk kembar mereka, Boboiboy Gempa, Halilintar dan Air daripada terus terperangkap d...