“Boboiboy!” Gopal segera menghampiri Boboiboy Gempa yang tiba-tiba terduduk. Dia memegang kepalanya seperti dalam kesakitan.
“Kepala aku tiba-tiba sakit,” tutur Gempa menahan kesakitan yang datang tiba-tiba. Dia mengerling di belakang Gopal memandang Boboiboy Air.
Air hanya diam kaku berdiri sebelum tiba-tiba jatuh ke hadapan. Nasib baik Yaya di sebelah sempat menyambut tubuh Boboiboy Air.
“Boboiboy! Kau okay ke?” Yaya risau melihat Boboiboy Air tiba-tiba menjadi lemah begini.
“Api…aku dapat rasa sesuatu..berlaku pada Api..sebab..aku..paling hampir dengannya….” tutur Boboiboy Air lemah sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri. Mukanya berpeluh.
“Air!” Boboiboy Gempa ingin mendapatkan kembarnya sebelum terduduk kembali dikalahkan kepalanya yang sangat sakit.
“Boboiboy. Kau tak sihat ni,” Gopal memangku tubuh Boboiboy Gempa. Membantunya berdiri.
Yaya menggoncangkan tubuh Boboiboy Air untuk membangunkan dia. Namun tidak berhasil. Tubuhnya hanya terkulai lemah.
“Biar aku bawak dia,” Fang muncul di sebelah Yaya dan mengangkat tubuh Boboiboy Air.
Mereka kemudiannya memandang ke arah Halilintar yang kelihatan masih okay berbanding dua kembarnya ini.
“Mungkin sebab saya yang mengawal tubuh ini. Sebab itu dia tak rasa apa-apa,” CeCiRa menjelaskan.
“Baguslah,” kata Gempa. Dia memaut pada badan Gopal untuk berdiri.
“Aku rasa Boboiboy jadi begini sebab mereka dah terlalu lama berpecah. Kita kena cepat satukan mereka kembali,” ujar Fang. Boboiboy Air didukung di belakangnya.
“Aku rasa betullah. Tengok diorang dah jadi lemah semacam je. Tadi pun kita dengar kan kata-kata Boboiboy Air, tentang Boboiboy Api,” tambah Gopal. Rautnya risau melihat Boboiboy Gempa yang menahan sakit kepala di sebelahnya.
Inilah kali pertama Gopal melihat Boboiboy lemah sebegini. Selalunya Boboiboy adalah kawan yang baik, ceria dan suka bermain.
“Kita kena cepat cari, jika ada apa-apa pintu yang membolehkan kita keluar dari dimensi ni,” kata Yaya itu terus mendapat anggukan dari rakan-rakannya.
“Kalau saya boleh guna kuasa, sudah lama saya perlahankan masa mereka,” Ying memaut lengan Yaya. Matanya kejap-kejap memandang Boboiboy Air, Gempa dan Halilintar. Simpatinya pada ketiga kembar ini melimpah.
-------------------------
“Aku berjaya! Akhirnya…akhirnya aku telah jadi penguasa dimensi yang sebenar! Aku telah berjaya mengubah planet ini menjadi dimensi kegemaran aku.
Akulah yang paling berkuasa!!! Hahahahaha!!!” di ruangan putih yang kosong ini, kelihatan Shalala berdiri dengan megah dengan ketawa yang begitu bongkak.
“Sekarang aku dah berkuasa, tak ada siapa lagi mampu menghalang aku. AKU DAH BERKUASA!!!” sungguh gembira dia dengan kuasa barunya.Sebelum ini dia hanya mampu mencipta dimensi, membuka pintu dimensi dan bergerak antara dimensi. Tapi kini dia mampu mengubah struktur dan bentuk dunia dimensi yang lain. Mengubahnya menjadi satu benda yang diinginkan.
Terlalu gembira, dia terus terlupa dengan tujuan sebenar dia datang ke bumi.
“SHALALA!!!!”
YOU ARE READING
Boboiboy dan Kuasa Dimensi [COMPLETED]
FanficTerselamat daripada turut ditarik ke dimensi lain, Boboiboy Api dan Taufan mesti berusaha untuk menumpaskan musuh sekaligus menyelamatkan rakan- rakan mereka termasuk kembar mereka, Boboiboy Gempa, Halilintar dan Air daripada terus terperangkap d...