“Apa ni!? Aku tak nampak apa-apa!” hanya suara cemas Gopal kedengaran dalam kegelapan.
“Fang! Gopal! Ying! Ochobot! CeCiRa! Korang kat mana?” kali ini kedengaran suara Yaya.
Tidak dapat melihat apa-apa dalam kegelapan, Yaya menggapai-gapai tangannya untuk merasa sesuatu.
Dia yakin sebelum keadaan menjadi gelap, Ying berada di sebelahnya.
“Yaya! Saya kat sini!!” suara Ying pula menjerit.
“Mana!?” balas Yaya.
“Sini!”
“Tak nampaklah Ying!” Yaya cuba bergerak untuk mencari Ying. Tapi dia tidak dapat merasa apa-apa.
Sedang Yaya meraba-raba, dia tiba-tiba di serang sesuatu. Lebih tepat, seperti dilibas kuat dengan seutas tali menyebabkan Yaya terjatuh ke belakang.
“Ergh..apa itu. Benda apa yang serang aku?” Yaya mengaduh.
Dia tercedera terkena serangan yang dia tak nampak. Dengan kecederaan di bahu, Yaya berusaha untuk berdiri.
“Korang semua tak apa-apa ke!?” jeritan Yaya bergema dalam kegelapan. Namun tiada balasan.“Korang!!!” jeritnya lagi.
“Apa dah jadi ni?” soal Yaya perlahan.
Belum sempat Yaya berbuat apa-apa, dia diserang lagi, kali ini bertalu-talu tanpa sempat dia mengelak atau menyerang balas.
Serangan itu berhenti saat Yaya telah terkulai di atas permukaan lantai (sebab semuanya gelap, mungkin permukaan lantai itu ialah tanah)
“Boboi..boy,” lemah Yaya bersuara. Akibat diserang tanpa henti, tubuh kecil itu menjadi tidak berdaya. Dia terbaring lemah sebelum pandangannya menjadi pudar.
Sesuatu yang pelik tiba-tiba berlaku saat Yaya hampir-hampir hilang kesedaran. Kegelapan yang menyelubungi dia seakan berputar ditarik ke satu arah.
Melihatkan situasi itu, Yaya berusaha mengekalkan kesedarannya.
“Ke..kegelapan semakin hilang?” Yaya mengangkat kepalanya, memerhati setiap saat kegelapan itu disedut sesuatu sehingga hilang dan keadaan menjadi terang semula.
Yaya terpaksa menutup mata kerana terkena cahaya tiba-tiba. Bila dia membuka kembali matanya, orang pertama yang dia lihat adalah Ying yang terbaring lemah disebelahnya. Badan Ying juga dipenuhi luka.
“Ying!” Yaya menghampiri rakannya itu. Ying bergerak sedikit namun masih tidak membuka mata. Menyedari Ying masih hidup, mata Yaya kini menjalar memerhati sekeliling.
Paling hampir dengannya dan Ying adalah Ochobot yang tidak bergerak di atas tanah.
“Ochobot!” Yaya berlari ke arah Ochobot.
Tidak seperti Ying, mata Ochobot terus bernyala biru mendengar panggilan Yaya.
“Yaya,” Ochobot kembali terbang.
“Ochobot, kau tak apa-apa?”
“Aku okay, cuma tadi aku seperti kena renjatan kuasa, sebab itu aku pengsan tadi,” Ochobot menenangkan Yaya.
“Apa yang berlaku tadi?” soalnya pula kepada Yaya.
“Entah. Aku pun tak tahu,” tidak memandang Ochobot, Yaya menoleh ke kiri, kanan dan belakangnya untuk mencari rakannya yang lain.
Tidak jauh dari tempat dia berdiri, Fang dan Gopal juga terlantar di tanah, sama seperti Ying.
“Itu Gopal dan Fang! Jom Ochobot, kita tengok diorang,”
YOU ARE READING
Boboiboy dan Kuasa Dimensi [COMPLETED]
FanfictionTerselamat daripada turut ditarik ke dimensi lain, Boboiboy Api dan Taufan mesti berusaha untuk menumpaskan musuh sekaligus menyelamatkan rakan- rakan mereka termasuk kembar mereka, Boboiboy Gempa, Halilintar dan Air daripada terus terperangkap d...