“Serangan Bebola Air..Sirap!!!!” beberapa biji bebola air berwarna merah meluru keluar menyerang beruang-beruang di situ.
“Serangan Roti Keras Petir!!!” disusuli pula dengan balingan roti-roti keras yang berelektrik ke arah beruang disitu.
“Tanah Biskut Yaya!!!” timbul beberapa serangan berbentuk biskut Yaya dari bawah menyerang satu beruang di situ.
“Jemari Coklat Bayang!!!” cecair coklat berbentuk jari jemari turut membantu serangan.
Serangan-serangan itu akhirnya berjaya menumpaskan kumpulan beruang yang datang tadi.
“Wei Gopal, kau memang tak boleh tukar benda lain selain makanan ke?” Fang dengan segera meluahkan ras tidak puas hatinya dengan gaya serangan bayangnya tadi. Tak cool langsung dengan coklat.
“Aku punya pedang halilintar dah jadi roti halilintar,” Halilintar turut serta meluahkan tidakpuasan hatinya. Dia mengeluarkan pedang halilintar, namun yang keluar hanya roti panjang yang keras berelektrik.
“Aku lagilah,” Boboiboy Gempa menunduk muram memandang tangan batunya.
“Ala, rilek la. Janji kita boleh lawan. Kan Gopal,” lain pula dengan Boboiboy Air yang kini sedang sedap menghirup air sirap berbentuk bebola air.
Ketiga-tiga Fang, Gempa dan Halilintar memandang tajam ke arah Air.
“Betul tu. Kan korang dah boleh guna kuasa tadi,” sokong Gopal yang turut menghirup air sirap daripada bebola air. Dia berdiri bersebelahan dengan Boboiboy Air.
“Tak apalah korang. Kat sini je jadi macam ni. Nanti kat luar, okay lah balik,” Ochobot bersuara memujuk mereka bertiga.
“Haih… kenapalah kita bersetuju dengan cadangan Air tadi,” keluh Boboiboy Gempa.
IMBAS KEMBALI
“Nak aku tukarkan semua objek kat sini jadi objek yang korang boleh guna untuk berlawan?” Gopal memandang semua rakan-rakannya. Cadangan Boboiboy Air itu memang bernas. Tapi macam susah je.“Yelah Gopal. Kalau kau dapat tukar semua objek kat sini jadi benda yang kami boleh guna, mesti senang kitorang nak lawan nanti,” kata Air bersungguh-sungguh.
“Semangat pulak kau nak lawan kali ini?” Gopal pandang Boboiboy Air dengan pandangan curiga.
Air hanya tersengih.
“Aiya Gopal. Cepatlah, cuma kau seorang saja boleh guna kuasa sekarang,” gesa Ying. Kini dia dan Yaya sedang berusaha membawa penduduk Pulau Rintis berlari ke tempat lebih selamat.
“Cepatlah Gopal!” Yaya turut menggesa.
“Baiklah-baiklah!! Tukaran….”IMBAS KEMBALI TAMAT
“Tapi kenapa kau tukar tanah ni jadi biskut aku?”
Soalan Yaya membuatkan peluh menitik di muka Gopal.“Er…sebab biskut kau kan keras…” takut-takut Gopal menjawabnya.
“Apa!!!!”
“Wahhh… Boboiboy!” seperti biasa, Gopal berlari menyorok belakang Boboiboy Air.
“Hahaha…terbaik,” Boboiboy Gempa menunjukkan ‘thumbs up’ nya melihat situasi itu.
“Weyh..tengok itu,”
Mereka semua jadi tertumpu melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Fang tadi.
Beruang-beruang yang dikalahkan mereka tadi telah menjadi cecair ungu dan bergerak (macam slime) berkumpul ke satu arah. Lama-kelamaan membentuk satu bentuk yang tiga kali ganda besar daripada mereka.
“Apakah…” hanya itu sahaja yang keluar daripada mulut Halilintar melihat cecair itu membentuk satu lembaga yang mereka belum kenalpasti.
“Saya…CeCiRa…” seperti robot, lembaga itu bersuara.
“Weyh, dia bercakaplah,” kata Gempa.
“Apa itu Boboiboy!” Gopal dengan sifat penakutnya menyorok di belakang Boboiboy Air dan menggoncang-goncangkan bahu Air.
“Manalah aku tahu…dan berhenti goncang aku,” Air segera melepaskan dirinya dari goncangan Gopal.
“CeCiRa..” Yaya tidak jadi meneruskan kata-kata apabila menyedari sesuatu bergerak laju di atas kepala mereka. Bukan Yaya sahaja, semua orang di situ juga segera menyedarinya.
Dari situ mereka sekali lagi melihat beberapa gelungan api bergerak laju menuju ke satu arah dan terus menembusi cecair tubuh CeCiRa lalu hilang berlalu pergi.
Mereka yang melihatnya hanya ternganga.
“Gegelung api lagi,” mengenali jenis serangan kembarnya itu. Gempa kelihatan seperti berfikir sesuatu.
“Mesti Boboiboy Api tengah berlawan dengan musuh kita sekarang,” ulas Yaya.
“Yala, kalau tak, takkan gegelung api itu boleh lalu sini,” sokong Ying.
“Kalau Api tengah berlawan, kita mesti kena cepat keluar dari sini dan bantu dia,” Halilintar mengetap gigi. Dia berasa geram memikirkan yang kini cuma tinggal Api dan Taufan sahaja untuk melawan musuh yang dia tidak kenali itu.
“Dey Ochobot, bukan kau ada kuasa Teleportasi ke?” Gopal dengan jelas-sejelasnya mengatakan satu perkara yang membuatkan mereka semua di situ ternganga lagi, menyedari fakta itu.
“Eh! Yela,” Ochobot juga seperti baru teringat.
“Gopal, hati-hati!!!” jerit Yaya.
Namun terlambat, saat mereka tersedar, Gopal telah ditangkap oleh cecair berbentuk tangan yang memanjang daripada tubuh CeCiRa. CeCiRa kini lengkap berbentuk seperti seekor labah-labah yang boleh berdiri. Dengan satu mata bercahaya biru. Di tengah-tengah badannya itu terdapat satu biji kristal yang bercahaya merah.
“Gopal!” jerit Gempa.
“Tolong Boboiboy!!!”
“Tanah Biskut!!!” seru Boboiboy Gempa menumbuk kedua penumbuknya ke tanah.Timbul beberapa keeping biskut Yaya cuba menggapai Gopal, namun segera diliputi oleh cecair CeCiRa.
“Tak…bol..eh..pergi..” gagap CeCiRa berkata-kata. Seperti suara robot yang hampir habis bateri..tak..ada tenaga.
“Gerakan Kilat!” Halilintar bergerak pantas dan muncul di tepi CeCiRa.“Roti Panjang Hali…”
CeCiRa terlebih dahulu menangkap Halilintar sebelum sempat Halilintar melakukan serangan.
“Halilintar!!” jerit Gempa. Kali ini CeCiRa mengeluarkan beberapa cecair yang memanjang seperti tali untuk menangkap Boboiboy dan kawan-kawannya yang lain. Gempa, Air dan Fang dengan pantas mengelak namun tidak bagi Yaya dan Ying yang masih tidak boleh menggunakan kuasa mereka.
“Tak guna, dia dah tangkap Yaya dan Ying jugak,” Fang mengomel geram.
“Ochobot! Pergi kat Tok Aba! Guna teleportasi untuk selamatkan penduduk Pulau Rintis!” arah Gempa tiba-tiba.
Ochobot terkejut namun segera faham dan bergerak pergi ke kumpulan penduduk yang berada tidak jauh dari situ.
“Apa kita nak buat ni Boboiboy!?” tanya Fang dengan gaya bersedia untuk berlawan.
“Itu pun nak tanya, kita akan kalahkan benda ini dan selamatkan kawan-kawan kita,” Boboiboy Gempa sudah bersiap sedia untuk menyerang.
Boboiboy Air pula menutup mata dan dengan tenang mengeluarkan bebola air (Sirap) untuk mengapung tubuhnya.
“Jom!”
Dan lepas itu, ketiga-tiganya serentak meluru ke arah CeCiRa.
YOU ARE READING
Boboiboy dan Kuasa Dimensi [COMPLETED]
FanfictionTerselamat daripada turut ditarik ke dimensi lain, Boboiboy Api dan Taufan mesti berusaha untuk menumpaskan musuh sekaligus menyelamatkan rakan- rakan mereka termasuk kembar mereka, Boboiboy Gempa, Halilintar dan Air daripada terus terperangkap d...