Akhir sekali... (Final part)

682 41 14
                                    

     “Mana dia dah pergi!?”

Keenam-enam mereka berada dalam keadaan siap sedia. Mata masing-masing meliar memandang sekeliling.
     “Jangan risau,”

Satu bola cahaya kecil muncul dan terapung di atas mereka.

     “Suara ni..” Yaya rasa dia mengenali suara itu.

Bola cahaya itu memancarkan satu hologram dan hologram itu membentuk seekor kuda putih yang dikenali oleh mereka.

     “CeCiRa!!” kecuali Boboiboy, rakan-rakannya menjerit memanggil nama kuda itu.

     “CeCiRa?” dahi Boboiboy berkerut melihat hologram itu.

     “Boboiboy, inilah bentuk sebenar CeCiRa,” jelas Yaya.

Boboiboy hanya mengangguk tanda mengerti.

Boboiboy memegang kepalanya. Dia pening tiba-tiba. Disebabkan banyak yang berlaku padanya hari ni, memori dia sedikit berserabut dan tidak tersusun. Dia menjadi sukar untuk mengingati banyak perkara ketika itu.

     “Boboiboy, kau okay?” Ochobot yang terbang disebelahnya menyedari Boboiboy seperti dalam kesakitan.

Melihat kerisauan Ochobot, dia tersenyum. “Cuma pening sikit je,” dia berkata benar, dia hanya merasai pening biasa sahaja. Sekejap lagi, eloklah.

     “Kenapa kau kata jangan risau?” soal Fang. Dia menyilangkan tangannya memeluk tubuh.

     “Sebab saya dan rakan-rakan yang lain sudah uruskan dia. Dengan bantuan kamu semua, kami berjaya melepaskan diri daripada terus menjadi bahan uji kaji dia. Terima kasih saya ucapkan,” tutur CeCiRa sopan.

Dia kemudiannya membuka satu hologram lain yang memperlihatkan Shalala yang masih pengsan terbaring di dalam sebuah penjara.

     “Kau ni apa sebenarnya?” Gopal pula menyoal. Sebenarnya persoalan itu telah lama bermain di fikirannya semenjak mereka berjumpa.

     “Kau pun alien jugak ka?” Ying turut menyoal.

Kuda putih itu dilihat seperti sedang tersenyum.

     “Kami adalah Callisters. Mungkin di dunia kamu, kami lebih dikenali sebagai alien. Kami berasal dari sebuah tempat bernama Praieriie. Sebuah planet yang sangat jauh dari Bumi. Setiap daripada kami hidup menggunakan satu tenaga yang dipanggil Chaos,”

Satu hologram berbentuk kristal merah muncul di hadapan mereka.

     “Itu bukan kristal merah kau ke?”
CeCiRa menangguk mendengar kata-kata Fang.

     “Chaos adalah sumber tenaga kami. Kami akan terua hidup selagi Chaos kami tidak rosak atau pecah atau...hilang cahayanya,” kata-kata terakhir CeCiRa itu lebih ditujukan kepada kristalnya yang sudah hilang cahayanya.

     “Oh,” Yaya dan Ying bersimpati.

     “Jangan risau, selagi Chaos saya masih dalam keadaan elok, saya masih boleh diselamatkan jika ia di bawa pulang ke planet saya,”

Keenam-enam mereka mengeluh lega.
Seterusnya CeCiRa menceritakan bagaimana Shalala datang menyerang planetnya dan menangkap kawan-kawannya untuk mendapatkan tenaga dan pengetahuan mendalam mereka untuk mencipta kuasa yang mampu mencipta dimensi ataupun dunia. Banyak yang sudah terkorban dalam eksperimen Shalala termasuk adik CeCiRa.

Boboiboy dan rakan-rakannya hanya diam mendengar cerita CeCiRa dan tidak mampu menahan diri dari berasa simpati akan nasib alien ini.

     “Jadi, macam mana kitorang nak kembalikan tempat kami seperti asal dan selamatkan semua orang,” soal Yaya sebaik sahaja CeCiRa habis bercerita.

Boboiboy dan Kuasa Dimensi [COMPLETED]Where stories live. Discover now