"Apa ni?!"kuat suara Dato Ismail menengking rayyan.Rayyan mengambil sampul tersebut dan membuka dengan perlahan.
"Daddy-" Rayyan cuba menjelaskan tetapi percakapan nya di potong.
"Apa lagi yang rayyan nak jelaskan?! hah?!" Rayyan hanya menunduk memandang lantai.
"Kenapa rayyan sanggup buat macam ni?!"
"Daddy ni bukan rayyan."
"Dah terang terang ni rayyan kan?!"
"Cuba daddy tengok tarikh dan masa ni"
Dato ismail menyambut gambar dari rayyan.
"time ni rayyan dengan raisya pergi rumah yana sebab ada kerja yang belum siap" rayyan masih membuktikan bahawa dia tak bersalah.
"Mana bukti nya?" Rayyan terdiam sejenak dan cepat cepat keluar dari bilik nya.Dato Ismail terkejut dengan tindakan rayyan."Yana awak masih simpan gambar yang awak tangkap masa kita main game kat rumah awak tu tak?" Yana terkejut apabila rayyan bercakap dengannya.
"Masih ada boss.kenapa eh?"
"Mana gambar tu?" yana dengan cepat keluarkan iphone6s nya dari dalam handbag dan mencari gambar lalu menghulurkan iphone6s kepada rayyan.
"Dah jom masuk" mata yana terbeliak dan mengikut langkah rayyan masuk ke dalam bilik rayyan.
"Daddy gambar ni kami tangkap pada pukul 4.30 petang" rayyan menyerahkan iphone6s milik yana kepada Dato ismail.
"Jadi siapa ni?" Dato ismail menayangkan gambar di hadapan yana dan rayyan.Yana mengambil gambar yan berada di atas meja dan meneliti gambar tersebut.
"Daddy yana pasti ini bukan boss rayyan masa dekat sini 4.31 petang.time tu kami masih main game.takkan boss tiba tiba menghilang lepas tu datang balik." yana masih merenung gambar.Ahh ini mesti ada orang dengki dekat mamat cerewet ni.Kesian kat orang ni kalau nak kenakan orang lain otak tu pastikan guna dengan baik.
"Betul daddy.Rayyan pasti ini mesti orang edit muka rayyan." Rayyan berharap agar daddy nya percaya bahawa dia tidak bersalah.
"Daddy akan cari siapa yang buat angkara ni." dia meletakkan semula gambar gambar tersebut di dalam sampul.Rayyan dan yana hanya mengganguk.
"Dah dah kamu berdua boleh buat kerja semula."
"Oh ya daddy nak coffee?"
"It's okay yana.Daddy masih ada kerja yang nak di buat.next time okay?" Yana tersenyum manis.
"Okay daddy." Dato Ismail keluar dari bilik rayyan.
"Huh! siapa yang kenakan aku ni" rayyan duduk di atas sofa yang berdekatan dengan meja nya.Yana masih berdiri di hadapan nya.
"Em boss?"
"hm kenapa?" rayyan memicit dahi nya perlahan.
"Boss ada musuh eh?" Rayyan diam sejenak.
"tak ada pulak.oh ya yana duduk dulu ada benda yang saya nak tanya." Yana mengganguk dan duduk menghadap rayyan.
"Ada apa apa masalah ke boss?"
"Awak rasa siapa yang kenakan saya ni?"
"Em boss ada musuh eh?" tanya yana sekali lagi.
"entah"
"Ha boss ex girlfriend boss kot?" Mata rayyan terbuka dan terus memandang yana.
"Ex girlfriend?"
"Hmm contoh nya cik tina?"
"Tina? Tapi dia bukannya pernah jadi girlfriend saya."
"Boss kalau saya tanya ni boss jangan marah eh?"
"Tanya lah."
"Jangan marah tau.Boss ni pernah tidur dengan cik tina ke?"Mata rayyan terbeliak.Dia menarik nafas untuk mengawal kemarahan nya.
"Yana.Walaupun perangai saya macam ni,saya takkan sesekali pergi sejauh tu." Yana menelan air liur.
"Jadi kenapa boss nak sangat minum air kencing syaitan ?" Yana mula berani memberi pendapat.Rayyan hanya memandang wajah yana.
"Boss tahu tak perbuatan tu haram? Boss saya cuma nasihat kan je tapi kalau boss masih juga tak dengar saya tetap akan nasihat kan boss hingga boss sedar."
"Yana-"
"Jap boss saya belum habis cakap lagi.Boss saya harap boss sedar dan menjauhkan diri dari perbuatan haram tu.Saya berharap sangat boss dapat berubah.Boss tak kesiankan daddy dan mummy boss ke?"
"Jadi awak nak saya buat apa?"Yana terdiam sekejap dan dengan berani nya dia memandang wajah rayyan.
"Saya cabar boss jauhkan diri dari perbuatan tu.kalau boss masih juga tak jauhkan dari perbuatan tu saya akan kerjakan boss cukup cukup.kalau boss dapat jauhkan diri saya dengan sukarela nya meletakkan jawatan."
"Kenapa awak kena sukarela letakkan jawatan? Habis siapa yang jadi P.A saya nanti?"
"Boss cari lah P.A baru."jawab yana dengan tenang.
"Tapi.tapi saya dan selesa dengan awak."
"Wah terharu nya saya"Yana bercakap dengan gaya mengejek.
"Yana i'm serious"
"Yalah yalah.saya percaya.Takkan nak bergurau dengan boss pun tak boleh?"
"so,Awak tukar kan lah syarat awak tu."
"ermm" yana meletakkan jari nya pada dagu.Rayyan tersenyum dengan gelagat yana.
"Hah kalau boss dapat jauhkan diri.boss bagi semua harta boss kat saya." Yana ketawa kerana dapat mengenakan rayyan.
"Awak nak saya bagi semua harta saya kat awak?" Yana mengganguk dan ketawa sekali lagi.
"Awak kahwin lah dengan saya" kali ini rayyan pula yang mengusik yana.
"Okey.bila boss nak kahwin dengan saya?" mereka berdua ketawa serentak.
"Sekarang.jom jumpa tok kadi"
"jom"jawab mereka serentak.mereka tiba tiba terdiam.Perut yana berbunyi dan tersengih memandang rayyan.
"Awak belum makan lagi?" tanya rayyan dengan riak wajah yang risau.yana mengangguk dan menunduk memandang lantai
"Kenapa tak makan ni? nanti sakit macam mana?" tanya rayyan dengan lembut.Sejak bertemu dgn yana,perangai rayyan telah berubah 100 peratus.
"Kan daddy boss cari boss tadi takkan saya nak biarkan daddy boss sorang kat dalam ni." yana memberi alasan kepada rayyan.
"Daddy kan dah besar biarkanlah daddy tu." Yana mencebik.
"Saya takda meeting kan sepanjang hari ni?"
"hari ini takda tapi esok boss ada empat meeting."
"Yang esok tu awak bagitahu esok.sekarang ni jom makan."
"Tapi waktu lunch dah habis"
"Saya boss kan? Jadi awak ikut je arahan saya."
"Baik boss" yana tabik hormat kepada rayyan.mereka berdua keluar dari pejabat dan menuju ke salah satu restoran kegemaran rayyan."Boss-"
"Pembetulan.Rayyan bukan boss."
"Sorry.awak tak makan? seganlah saya kalau makan sorang sorang."
"ermm tak kot."
"Ala makan lah." yana memujuk rayyan kerana dia tidak mahu rayyan hanya memerhatikan dia makan.
"okay okay."
"awak nak makan apa?"
"Sama macam yang awak order.Jap saya nak pergi toilet sekejap" yana mengganguk.Beberapa minit kemudian~
"Dah order?" Rayyan menarik kerusi dan duduk di hadapan yana.
"Dah." Yana mengambil iphone6s di dalam handbag nya dan mereka berdua hanya melayan dunia sendiri sambil menunggu makanan yang di order.Pelayan meletakkan makanan rayyan dan yana di atas meja.
"Selamat menjamu selera" ucap pelayan dan pergi meninggalkan mereka berdua.
"Yana hujung minggu ni awak free?" Haish ada apa lagi ni? Taknak tengok aku senang sikit ke?
"Kenapa?" Oh ya lupa pulak yang ana ada buat majlis tahlil kat rumah.
"Saya nak ajak awak pergi rumah kawan saya.Dia ada buat majlis kesyukuran.
"Maaf rayyan.Sebenarnya saya pun ada hal jugak.Kawan saya pun ada buat majlis tahlil kat rumah dia." eh kebetulan jugak.
"Perempuan ke lelaki?" Tanya rayyan.
"Perempuan lah"
"Dah kahwin?"
"Saya? saya belum kahwin."
"Saya tahu lah yang awak belum kahwin.Saya tanya kawan awak tu dah kahwin ke?"
"Erm dah."
"Nama?"
"Awak kenapa tanya banyak sangat?"
"Jawab je lah"
"Hish busybody" yana menjawab perlahan.
"Awak fikir saya pekak ke?" rayyan memandang yana dengan pandangan tajam
"hish..Nur Anatasia." yana menyambung makan semula.Macam macam lah boss ni.semua benda dia nak tahu.
"Nama suami dia Faris Amsyar?"soal rayyan.Tak silap aku nama isteri faris ana.Yana berhenti makan.
"Macam mana awak tahu?"
"Faris tu kawan saya."
"Tapi kenapa saya tak nampak awak masa dorang kahwin.?"
"Takkan tak nampak saya.Saya jadi pengapit pun awak tak nampak?"Yana tersedak apabila rayyan menyebut pengapit.
"Pengapit?"
"ha'a lah."Yana mengigit bawah bibir nya.Rayyan? pengapit? Ya Allah kenapa lah aku tak perasan sedangkan aku pengapit ana.
"Awak nampak tak muka pengapit ana?"
"Tak jelas sangat.Jangan jangan pengapit tu awak eh?" Yana tersengih dan mengganguk.
"serious?" tanya rayyan untuk kepastian.
"Betul lah"
"Tapi kenapa masa tu awak nampak sombong eh?"
"Sombong? Eh taklah time tu saya marah kan ana.Tiba tiba dia suruh saya jadi pengapit sedangkan sebenarnya saya bukan pengapit dia."
"Oh Patutlah masam mencuka je masa tu."Yana menjeling rayyan.
"Jadi sebelum ni kita pernah jumpa lah ya?"tanya yana
"Yup.Jodoh lah ni?" Rayyan ketawa
"Alhamdulilah.Kalau dah ditakdirkan saya ni jodoh boss" Mereka berdua ketawa serentak dan menyambung makan"Yana hujung minggu ni saya jemput awak kat rumah."Rayyan menolak pintu Utama syarikat dan menahan supaya yana masuk dulu sebelum nya.
"Boss nak bawa saya pergi mana?"Yana menekan punat lift .
"Ya Allah takkan awak lupa yang kawan awak dan kawan saya ada buat majlis tahlil?"Rayyan menepuk dahi nya sendiri.
"Hehe sorry." Yana masuk ke dalam lift tersengih manakala rayyan hanya mengelengkan kepala nya.
"Ish macam macam lah awak ni." Yana tersenyum dan lift berhenti pada tingkat 15 iaitu pejabat rayyan.
"Oh ya boss" Rayyan baru sahaja memegang tombol pintu.
"Fighting!" Yana memberi kata kata semangat kepada rayyan.
"Fighting?"
"Fighting lah takkan tak pernah tengok cerita korea?"
"Maaf saya tak minat korea." jawab rayyan selamba.
"Rugi nya boss ni.Cerita korea best tau."
"Nanti awak kahwin dengan saya kita tengok sama sama eh?" rayyan ketawa kecil.
"Baik boss" Yana juga ketawa dengan usikan rayyan.Ketawa rayyan masih bersisa dan terus masuk ke dalam bilik nya.Yana ni makin di layan makin jadi.
-TBC
Vote vote vote💕✌
![](https://img.wattpad.com/cover/83601111-288-k800083.jpg)
YOU ARE READING
Sayang Awak!! Encik Cerewet!! [ SLOW UPDATE!]
RandomTengku Rayyan Danial Seorang yang cerewet dan suka hasil kerja yang sempurna.Oleh itu beberapa P.A nya telah berhenti kerja kerana tidak tahan atas sikap cerewet nya itu Tengku Adryana Aqaisyan Seorang yang baik dan lemah lembut. P.A kepada rayyan,s...