"Betul ke jalan yg awak tunjuk ni Yana?" soal Rayyan sambil kepalanya terjenguk jenguk memandang keluar.
"haaa betul lah ni" Yana menghulurkan handphone nya kepada Rayyan.
"jangan jangan kita berdua tersesat eh"
"eh taklah, kalau saya yang tunjukkan jalan takkan sesat punya" Rayyan diam sambil matanya masih melilau
"haaaa tu tu" Yana ternampak papan tanda persis macam dalam kad yang diberikan oleh Hana. Dengan segera Rayyan mencari parking yang kosong. Mereka berdua jalan beriringan menuju tempat itu.
"Awak masuklah saya tunggu di luar ni"
"Masuklah sekali, bukannya ada limit nak masuk." Yana mengikut tanpa banyak bicara.
"Hai assalammualaikum boleh saya berjumpa dengan Hana?" Yana tersenyum apabila Rayyan sudah membiasakan diri bertutur sopan dengan org lain.
"Tunggu sekejap ya encik." perempuan yang berada di kaunter itu terus mendail no dan bercakap dengan seseorang, Hana lah kan? takkan org lain pulak.
"Encik, puan boleh ikut saya." Yana mengangkat kening memandang Rayyan apabila digelar PUAN. Rayyan ketawa kecil sambil menjungkit bahu. Yana menjeling Rayyan dan mengikut langkah perempuan tadi.
"Encik masuklah, Puan Hana ada di dalam. Saya balik ke meja saya dulu, kalau ada apa apa boleh cari saya ye, Encik , Puan." Rayyan mengganguk.
" Panggil je saya ni cik Yana"
" oh maafkan saya"
" Eh takpe takpe, thankyou Syira" Sempat Yana membaca tag nama perempuan tersebut. Syira mengganguk sambil tersenyum dan meninggalkan mereka berdua di hadapan bilik Hana. Rayyan memberi isyarat supaya Yana dulu masuk. Yana mengelengkan kepalanya dan mengetuk pintu.
"Assalammualaikum, Hana" Yana menguak pintu bilik Hana.
"Waalaikummussalam hai Yana, jemput masuk" Hana menjemput Rayyan dan Yana untuk duduk pada sofa yang memang sedia ada di biliknya itu. Sempat Hana menelefon Syira untuk menghidangkan air buat Yana dan Rayyan.
" Eh sekejap" Hana membuka almarinya dan mengambil sebuah kotak sederhana besar.
"I nak pulangkan semua barang yang u pernah bagi kat i"
"Its okay Hana, u ambik je, i ikhlaskan, kalau u still taknak simpan, u boleh jual.
"tapi.."
"atau u boleh je buang."
" ahh kalau itu yang u nak." Rayyan mengangguk dan tersenyum ikhlas. Yana memandang wajah Rayyan dah terus mengalihkan pandangannya. Yana tidak mahu mencampuri urusan Rayyan dan Hana jadi dia cuma menjadi pemerhati sahaja.
" Ni korang masih lama ke stay sini? "
" Esok dah nak balik dh" Yana menjawab
Syira menghidangkan air dan beberapa kuih muih di atas meja.
"Thankyou Syira"
"Sekejap nye, ni terus balik Kl ke?"
"belum lagi, kami stay sebulan dkat Sarawak."
"Wah lamak juga eh. Oh ya, Awak kerja mana eh? boss tak marah ke cuti lama lama?" Yana mengeleng
"Boss saya takkan marah sebab boss saya pun bercuti juga." Yana memandang Rayyan sekilas dan ketawa kecil.
"Ah so boss awak ni Da.. Eh Rayyan lah eh?" Hana seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Yana. Yana mengganguk.
"Saya PA Rayyan."
"ahhh dah lama ke kerja dengan Rayyan?"
"hmmm kira kira 5 bulan ? or 6 bulan?" Yana memandang Rayyan tapi Rayyan cuma membalas dengan menjungkit bahu.
"haaa kira macam tu juga lah." Rayyan menjawab sambil dan menghirup air yang dihidang oleh Syira tadi.
Yana dan Hana berbual tanpa menghiraukan Rayyan.
Rayyan cuma sibuk melayan dunia nya dan hp nya.
"Eh dh akhir dh ni, rasanya baik kmi berdua balik dulu, ganggu waktu bekerja awak pulak."
Yana segera memotong percakapan kerana Rayyan kelihatan tak sabar nak balik.
"Dah nak balik dh?" Hana bertanya.
"Ha'a malam kami berdua ada candle light dinner, takut akhir pulak bersiap nanti, Yana ni kalau bersiap tak cukup sejam." Yana mengangkat keningnya sebelah dan memandang ke arah Rayyan.
"Oh ya betul juga" Yana faham isyarat yang ditunjukkan oleh Rayyan.
Hana ketawa yang di buat buat
"Eh biasalah perempuan bukannya sekejap nak bersiap kan Yana?" Yana tersengih sambil mengganguk.
Mereka berdua keluar dari tempat kerja Hana ditemani oleh Hana.
" Hati Hati ye" Hana tersenyum sambil melambai ke arah Yana.
Yana tersenyum dan terus mengikut langkah Rayyan yang laju itu.
"ish, awak janganlah jalan cepat sangat," Rayyan tidak menghiraukan kata kata Yana dan terus masuk ke dalam kereta.
"Seronok berbual, penat tau tunggu" Yana menjeling
"Kalau penat kenapa tak potong dari awal awal?"
" Kalau saya potong nanti awak cakap yang saya ni tak sopan" Yana terus tersenyum
"Goodboyyyy" Yana tersenyum dengan lebar kerana Rayyan mendengar setiap nasihat dan cuba mengubah kata kata yang keluar dari mulutnya. Jika dibandingkan dengan dulu, Rayyan menunjukkan perubahan yang baik.
" Lame dah" jawab Rayyan selamaba sambil memandang belakang kereta bagi memastikan tidak ada kereta yang mahu melintas. Yana masih tersenyum kerana dia malas nak berdebat dengan Rayyan.
" Eh awak cakap yang malam ni ada candle light dinner? sekali lagi ke?" Yana bertanya dengan muka yang teruja. Rayyan memandang Yana sekilas dan kembali melihat dihadapan.Hey im back! im so so sorry sbb dah lama tak publish part baru. Author sekarang ni still busy dengan study tambah lagi dengan assignment yang melambak. Jadi author baru ada masa nak publish and memerah otak untuk part ini dan seterusnya hehe🤭❤️ Lepas baca jangan lupa vote okeisss❤️ rajin rajin kan lah follow acc author ni tau ❤️ Lots of love 💕
YOU ARE READING
Sayang Awak!! Encik Cerewet!! [ SLOW UPDATE!]
CasualeTengku Rayyan Danial Seorang yang cerewet dan suka hasil kerja yang sempurna.Oleh itu beberapa P.A nya telah berhenti kerja kerana tidak tahan atas sikap cerewet nya itu Tengku Adryana Aqaisyan Seorang yang baik dan lemah lembut. P.A kepada rayyan,s...