Part 45

1.2K 65 6
                                    

"Hello assalammualaikum Yana.."
"Waalaikummussalam. eh belum tidur lagi? " soal Yana
"Tak boleh nak lelap"
"saya kan dah tegur jangan minum kopi tapi awak tak dengar, see sekarang dah tak boleh nak lelap" Rayyan mendengar sambil menutup matanya. Entah kenapa dia cuma ingin mendengar suara Yana supaya dia dapat tidur.
"awak ni dah kenapa belum tidur? " soal Rayyan.
"hm tadi PA daddy call.."
"kenapa nak call pulak, awak kan masih cuti. Malam malam pulak tu."
"Rayyannnnn... please jangan mencelah bila saya bercakap"
"Oh sorry sorry."
"PA daddy call tanya mana fail yang dia pernah suruh saya bagi kat dia tapi saya lupa. Jadi saya suruh dia ambil dalam laci meja saya esok. Tu je haaaa"
"Ohh ingatkan nak kacau mood cuti awak."
"Eh takde lah. ni awak bila nak tidur?"
"Entah" Jawab Rayyan.
" Ok sekarang tadah tangan"
"kenapa pulak?" soal Rayyan sambil baring mengiring.
"Tadah je lah"
"Haa dah" Rayyan menadah cuma sebelah tangan nya kerana sebelah lagi memegang handphone nya.
"Dua belah tangan Rayyan" Rayyan terkejut dari mana pulak dia tahu aku tadah sebelah tangan je ni. Rayyan memerhati setiap sudut bilik dan menadah kedua belah tangan.
"Baca doa tidur." arah Yana. Rayyan mencebik. Ingat aku tak tahu baca doa tidur ke. Rayyan membaca doa tidur.
Yana tersenyum kerana apabila Rayyan membaca doa tidur.
"Hm dah"
"Ok sekarang try tutup mata."
"Tak boleh lelap Yana"
"Tutup je last last confirm awak tidur." Rayyan tutup mata.
"Awak try tidur ok. Nanti kalau tak dapat tidur awak ajak je saya berbual."
Yana menyandarkan badan nya pada katil kerana dia pun masih belum mengantuk. Dia memasang earphone. 5 minit selepas itu, kedengaran dengkur halus Rayyan pada telinga Yana. Tidur pun , tadi bukan main cakap takleh lelap. Yana masih belum lelap kerana masih ingin menghabiskan bacaannya. Yana pun layan wattpad tau.
Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi dan  Yana pun cuma melelapkan dirinya. Dia memandang skrin handphone nya masih ada nama Rayyan tertera pada skrin. Jadi malam ini dia tidur bertemankan dengkuran halus Rayyan.
Lampu sebelah katil di tutup dan Yana terus menyelimuti badannya. Goodnight Rayyan ✨

"Rayyan thankyou tau sebab dah sediakan dinner semalam" Ana mengucapkan terima kasih kepada Rayyan. Mia pun mengganguk.
"Ha saya pun say thankyou sangat sangat sangat"
"Amboi bnyk sangat sangat tu" Yana mencelah.
"Hehe" Mia menyambung menyuap makanan kedalam mulut nya.
Mereka berenam sarapan bersama sama dan tengah merancang aktiviti apa yang ingin mereka lakukan pada hari ini.
Rayyan memandang sekeliling dan matanya tertancap kepada seorang perempuan. HANA
Dengan segera dia mengalihkan pandangan, dia memandang Yana sambil memberi isyarat. Yana seperti faham dengan apa yang Rayyan maksudkan dan terus melihat ke arah yang ditunjuk oleh Rayyan. Yana mengeleng kepala sambil berkata makan tetapi suaranya tidak keluar. Rayyan mengangguk dan terus sambung makan. Yana berpura pura memandang sekeliling dan melihat ke arah Hana. Pada masa yang sama,  Hana juga memandang Yana. Yana mengganguk sambil tersenyum, Hana cuma tersenyum kelat. Eleh senyum pun tak ikhlas, dasar sombong, astagfirullahalazim apa yg kau merepek ni Yana. Tak baik tau.
Yana memandang ke arah Mia apabila namanya di panggil. Dia malas ingin mengambil tahu apa yang di lakukan oleh Hana di situ. Sudah tentu beli makanan kan takkan nak memancing pula.

" So jumpa petang nanti eh?" ujar Faris sambil memeluk bahu isterinya.
"Ok nanti inform je pukul berapa nak keluar" Rayyan menjawab
"kalau takde apa apa kami masuk bilik dulu lah ye"
"Nak tidur lah tu" usik Yana pada Mia
"Aku ni pantang makan sikit terus mata nak lelap"
"Kau jgn malas sangat Ana takut takut perangai anak kau pun malas juga nanti"
"kau ni suka sangat nak usik orang eh"
"hehe dah dah rest sana mak buyung"
Mak buyung dan suami mereka dan masuk ke dalam bilik masing masing.
"Awak tak masuk bilik ke?" soal Rayyan
"belum, baik saya pergi jalan jalan, dalam bilik bosan lah"
"Jom saya teman." Yana mengganguk sambil berjalan di sebelah Rayyan.
Mereka berdua duduk dibuaian yang telah disediakan di pantai itu. Cuaca disitu tidaklah terlalu panas kerana jam masih pagi.
"Yana saya nak pergi sana jap. Awak ada nak pesan apa apa ke? " Yana berfikir sejenak dan mengeleng lalu dia kembali memandang ke arah pantai.
"Awak tunggu sini tau" pesan Rayyan
Yana mengganguk dan Rayyan berjalan  meninggalkan Yana seorang di situ.
"Hai." Yana menoleh kearah suara yang menegurnya itu.

vote tau❤️✨ Rajin rajin lah follow acc author juga yeee❤️😘 nanti author followback heeee😁🤭 Stay safe everyone ❤️✨

Sayang Awak!! Encik Cerewet!! [ SLOW UPDATE!]Where stories live. Discover now