Part 17

5K 173 3
                                    

"Bangg!" Raisya masuk ke dalam bilik rayyan.

"Hmm." Rayyan masih menyemak beberapa fail.

"Abang busy tak harini?" Raisya duduk di atas katil milik rayyan.

"Tak kenapa?"

"Nak tak abang temankan raisya dengan kak yana shopping" Raisya berdiri di sebelah meja kerja rayyan.Rayyan berhenti menyemak laporan dan memandang wajah raisya dengan dahi yang berkerut.

"eh taknak lah.Perempuan kalau shopping mesti tak ingat dunia." Rayyan mengeleng geleng kan kepala nya beberapa kali.

"Ala abang.abang ikut la"Raisya memeluk lengan rayyan.Rayyan masih tidak mahu mengalah.Dia masih tidak berganjak dari tempat duduk nya.

"abg.Please lah.."

"Hm okla okla."Rayyan terus melangkah ke arah bilik pakaian.

"thanks abang.Cepat tau."Raisya keluar dari bilik rayyan dan terus menelefon yana.

"Hello assalammualaikum kak yana.?"

"Waalaikummussalam.ya raisya ada apa?"

"Nanti kak yana tak payah jemput raisya eh-"

"Kenapa? plan cancel ke?"

"Hish akak ni.Raisya belum habis cakap lagi lah."

"Oh sorry raisya."Yana tergelak kecil.

"Nanti raisya dengan abang rayyan jemput akak dekat rumah.Akak tak payah jemput raisya."

"Oh ok .kalau raisya dah sampai nanti,call akak tau."

"Ok.assalammualaikum akak."

"Waalaikummussalam."Raisya meletakkan iphone 6 nya di atas meja.Dia mengetuk pintu bilik milik rayyan.

"Abang!? dah siap ke belum?"

"Sekejap lagi."Jawab rayyan dari dalam biliknya.

"Cepatlah."

"Ish.jom" Rayyan mengenakan t-shirt berwarna merah dan seluar jeans berwarna hitam.

"Wah.handsome nyer abang"puji raisya sambil matanya memandang dari atas hingga bawah.

"Eh baru tahu ke?"

"menyesal puji.dah jom nanti lambat pula."Raisya menarik lengan rayyan dan turun ke bawah dengan menggunakan lift.

"Mummy?!" jerit raisya di ruang tamu.

"Mummmyyy mummy kat mana?!"

"Kat luar ni ha."

"Mummy raisya dengan abang rayyan pergi dulu tau."Puan fatimah mengganguk sambil tangannya menyiram bunga.Selesai mereka berdua bersalaman dengan puan fatimah,mereka masuk ke kereta dan kereta milik rayyan meluncur perlahan di jalan raya.Setelah bayangan kereta rayyan hilang dari pandangan puan fatimah masuk ke dalam rumah.

..........................

Yana membelek belek baju nya di hadapan cermin.Setelah puas,dia mencapai handbag dan iphone 6s nya.Dia cuma mengenakan secalit lipstick pada bibirnya.Dia menuruni tangga dengan berhati hati.Pintu bilik kasutnya di buka perlahan dan memilih kasut tumit tinggi yang hendak digunakan.Dia mengambil sepasang dan di sarung ke kaki.

"Eh yana dah nak pergi ke?" soal mama nya yang baru sahaja keluar dari dapur.

"Ha'a ma.yana tunggu mereka jemput yana lagi ni."

Pin!! pin!!

"Tu mereka berdua dah sampai tu ha.Yana pergi dulu ye ma."Yana bersalaman dengan mama nya dan pergi ke arah kereta rayyan.
Raisya keluar dan menyuruh yana duduk di sebelah rayyan.Raisya tersengih memandang wajah yana.

"Akak duduk depan k.Raisya nak duduk belakang."raisya membuka pintu belakang dan masuk kedalam kereta.Yana masuk ke dalam kereta tanpa banyak soal.kereta rayyan bergerak keluar dari laman rumah yana.

"Kak nanti kita pergi ka kedai handbag yang ada kat tingkat atas sekali.Raisya dengar ada handbag baru kat situ" Raisya memecah kesunyian di dalam kereta.

"ok."Yana berpaling ke belakang dan melontarkan senyuman kepada raisya.
Tanpa yana sedari rayyan sedan memandang wajah yana dari jarak dekat.

"Bang! Tengok depan!"Raisya memukul bahu rayyan dengan kuat.

"Hish raisya ni buat abang terkejut je" mata rayyan kembali di fokuskan di hadapan sahaja.

"Abang tak baik tau tenung anak dara orang lama lama.kalau nak tenung lama lama,abang kahwin lah dengan kak yana." raisya ketawa bsar setelah mengusik rayyan.Rayyan hanya menjeling raisya dengan tajam.

"Raisya.Tak habis habis nak bergurau."Yana menegur raisya dan mukanya terasa membahang apabila raisya menyebut tentang berkahwin.

"Ala akak takpayah nak bela abang ni sangat."

"Biar lah yana nak bela abang,yang raisya ni sibuk kenapa? Yana ni kan PA abang bukannya PA raisya pun kan?"Rayyan tersenyum kemenangan.

"Alah abang ni org just gurau je.Kalau taknak bergurau,baikmasuk hutan je."raisya mencebik.

Rayyan memakirkan kereta di tempat letak kereta yang disediakan.Mereka terus pergi ke tingkat atas.

"Abang.Abang tunggu sini tau.Raisya dan kak yana nak masuk kat dalam kedai tu sekejap."Rayyan mengganguk..

"Hm ok jangan lama lama."Ujar rayyan sambil berpeluk tubuh dan menyandarkan badan nya dinding yang berdekatan dengan kedai itu.

"Baik boss."Yana dan raisya masuk kedalam kedai itu.Rayyan menghantar yana dan raisya dengan pandangan nya.

"sayang?" Rayyan tersentak apabila seorang wanita memaut lengan nya.

Rayyan memandang muka wanita yang memaut lengan nya dengan perasaan yang membuak buak untuk memarahi wanita itu.

-TBC

Sayang Awak!! Encik Cerewet!! [ SLOW UPDATE!]Where stories live. Discover now