"Ana thanks tau.sebab dah tumpangkan aku tidur kat rumah kau." Yana menyarungkan kasut tumit tinggi nya.Ana mengganguk.
"Lain kali kalau ada masa datang lah sini lagi." jawab faris.Yana dan rayyan mengganguk serentak.
"Erm ana,faris kami berdua balik dulu tau.Faris kalau ada masa lepak k."
"Insyaallah." Rayyan dan yana masuk ke dalam kereta.
"Rayyan hati hati drive." Rayyan mengganguk.
"Kami gerak dulu." Ana dan faris melambai lambai kearah yana dan rayyan.Iphone 7 rayyan berdering.
"Tolong jawabkan." Rayyan menghulurkan iphone 7 nya kepada yana.
"Hello assalammualaikum"
"Mana rayyan?"Eh mesti tina ni? yana memandang wajah rayyan.Rayyan menggangkat keningnya.Yana menjauhkan iphone 7 rayyan dan berkata.
"Cik tina." Rayyan terdiam.
"Tak payah.tutup je." Yana mengganguk dan menekan 'end call' .
"Awak tolong call melisa.Bagitahu kat dia yang kita berdua datang lewat.guna handphone saya"
"Password?"
"2211.Awak seorang je yang tahu password tu.jangan bagitahu orang lain." Awal awal lagi rayyan telah memberi amaran kepada yana.
"Baik boss.eh jap birthday boss bila?"
"22 haribulan 11 kenapa?"
"Wah.sama lah"
"Sama dengan siapa?"
"Saya lah boss.Wah ada geng." Yana bersorak riang.
"oh."jawab rayyan sepatah.
"boss tak suka ke?" yana bertukar mood jadi sedih.
"Awak nak saya bersorak macam pasukan sorak ke?" Yana diam dan mendail nombor melisa.
"Hello assalammualaikum."
"Waalaikummussalam."
"Mel yana ni.Boss suruh yana bagitahu kat mel yang harini yana dan boss masuk lambat sikit k."
"kenapa?" Ish mel ni banyak tanya pula.
"Ada hal kecemasan." jerit rayyan.Rayyan dapat tahu bahawa yana bertanya kerana yana membuka loud speaker.
"Oh baik boss" Yana tersenyum.Mesti mel kecut perut dengar suara boss ni.
"Terima kasih mel.Assalammualaikum."
"Waalaikummussalam." Yana menekan butang off dan meletakkan iphone7 rayyan di tempat yang rayyan selalu letak.
"Yana nanti saya jemput awak kat rumah.Takpayah drive."
"Kenapa pulak?"
"Hari ni Daddy ajak lunch sama."
"Baik boss."yana terdiam dan memandang handphone nya
"Nanti awak bagitahu kat daddy tau." Rayyan mengerutkan kening.Bagitahu apa eh? .
"ha lupa lah tu ." Yana duduk menghadap rayyan.Baru je semalam bincang hal bercuti,sekarang dah lupa.Boss aku ni bukan sahaja cerewet tapi pelupa pulak.Kesian lah isteri boss nanti.
"Pasal apa eh?" Aduh penyakit rayyan dah parah ni.
"Encik Tengku Rayyan Danial.Encik dah lupa ke yang faris ajak kita bercuti."
"oh" kenapa lah aku langsung tak teringatkan pasal percutian tu.Tengok,yana dah panggil aku dengan nama panjang,nasib dia tak panggil dengan nama daddy sekali.
"Awak nak saya cerita dari a-z? mana tahu masih lupa?" sindir yana.
"Eh takpayah.saya dah ingat dah."
"Ha baguslah.Saya kesian kat isteri awak nanti mesti sedih sebab dapat suami pelupa."
"ha.tengok tengok menyindir je kerja.baik saya potong je gaji awak." mata yana terbeliak.
"Jangan jangan.penat tau saya kerja.takkan senang senang je awak nak potong gaji saya"
"Saya akan potong juga gaji awak tu."
"Ala.please la.jangan lah.Awak kan handsome,bergaya,segak,macho,sado.
Janganlah potong gaji saya." Yana cuba untuk membodek rayyan.lemah lembut sahaja gaya nya untuk membodek.
"Membodek" jawab rayyan selamba.
"Ala."Yana terdiam sementara dan bersuara lagi.
"Awak tahu tak yang saya kena bayar kereta saya dan beli keperluan asas saya sendiri dengan menggunakan gaji tu."
"Tak tanya pun"
"Walaupun awak tak tanya saya akan bagitahu jugak.Saya nak tunjuk kat papa yang saya dapat menyara hidup saya sendiri.saya taknak orang nampak yang saya ni lemah."Ada ketegasan dalam nada yana.Aku bukan buat alasan ni.memang betul apa yang aku cakap.Rayyan hanya diam,dia tidak tahu untuk membalas apa.
Dia tahu bahawa kali ini yana bukan membodek."Awak jemput saya jam berapa?" Yana berdiri di tepi kereta rayyan.
"Jam 11.30 saya datang jemput.jangan lambat tau." jawab rayyan dari dalam kereta.
"insyaallah.awak jangan drive laju laju tau." Rayyan tersenyum kecil.
"Risau eh?"
"yup saya risau sebab nanti siapa yang bagi gaji kat saya?" senyuman rayyan mati dan yana ketawa mengekek di luar .
"Doa nampak?"
"mana ada.Saya doakan awak yang handsome ni selamat tiba di rumah amin.Saya ikhlas ni."
"Dah dah masuk siap."
"Baik boss." Rayyan mengeleng kan kepalanya dan kereta di pandu meninggalkan hadapan rumah yana.
Yana melambai lambai sehingga kelibat kereta rayyan hilang.Dia mengheret luggage milik ikas kedalam rumah.
"Assalammualaikum." luggage milik ikas di letakkan di tepi sofa dan dia menuju ke ruang makan.Mana semua orang ni?
"Assalammualaikum."kepala menjenguk ke ruang makan tetapi hanya kelibat mak temah yang kelihatan.
"Waalaikummussalam.Yana nak sarapan?" yana mengeleng
"Mama dan papa mana?"
"Masih berkemas kot."
"Oh.yana naik dulu.nanti yana turun sarapan." Mak temah mengganguk dan mengambil beberapa bahan dari dalam peti sejuk.
YOU ARE READING
Sayang Awak!! Encik Cerewet!! [ SLOW UPDATE!]
RandomTengku Rayyan Danial Seorang yang cerewet dan suka hasil kerja yang sempurna.Oleh itu beberapa P.A nya telah berhenti kerja kerana tidak tahan atas sikap cerewet nya itu Tengku Adryana Aqaisyan Seorang yang baik dan lemah lembut. P.A kepada rayyan,s...