PROLOG

261 13 0
                                    

18 Julai 1920...

"AAHH! Tolong! Tolong!" Kedengaran suara wanita menjerit meminta tolong. "Tsub! Tsub!" badan wanita itu ditikam berkali-kali tanpa belas kasihan. Darah mengalir dari tubuh wanita tersebut. Wanita tersebut rebah dan mati di tempat kejadian. "Hahaha" tawa seseorang boleh didengar di tempat kejadian. " Bagus! Kau dah buat kerja kau dengan baik. Esok kau buat benda yang sama. Nah, upah kau" kata satu suara sambil mencampakkan sesuatu seperti bangkai kepada makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. "Kau dah buat kerja kau, pergilah pulang ke tempat asal kau. Akan ku seru nama kau apabila aku perlukan kau. Pergilah" Sambil membaca jampi yang tidak dapat difahami, dia menghantar makhluk tersebut pulang.

                  "Arghh! Arghh!" Suara menakutkan itu datang dari rumah Pak Samad yang sudah lama terlantar sakit akibat faktor usia. Usianya sudah cecah lebih seratus tahun. Kata orang kampung, dia ada saka dan mahu menurunkan saka tersebut kepada anak tunggalnya, Alif. Selepas Alif mengambil saka tersebut, Pak Samad meninggal dunia. Alif mengambil saka tersebut tetapi tidak memberinya makan seperti Pak Samad. Alif berkahwin dan mendapat tiga orang anak, dua orang lelaki dan seorang perempuan. Isterinya meninggal dunia selepas anak bongsunya berumur dua tahun. Hidupnya makin dilanda masalah apabila dia diserang penyakit misteri. Tiap malam dia dengar suara mengatakan keturunannya dan orang sekeliling mereka tidak akan aman. Akhirnya dia mati meninggalkan tiga orang anaknya yang sulung bernama Ihsan, anak keduanya bernama Nazrin dan yang bongsu bernama Aisyah.

12:00Where stories live. Discover now