"Prang! Prang! Prang!" Bunyi seperti kaca dibaling tanpa henti. "Apa benda tu? Bunyi macam benda pecah je." Haziq mula menegur. "Oi. Jangan tegurlah." Fauzan membisik. Suasana senja menambah lagi ketakutan mereka. Bunyi tersebut tidak lagi kedengaran. Suasana menjadi sunyi. "Bang! Bang!" Dari atas kedengaran seperti pintu dihempas dengan kuat dan dibuka semula dan dihempas kembali. Mereka bertiga mula rasa ada yang tidak kena. Suasana kembali sunyi.
"Dah pergi kut." Haziq menegur kembali. "Diamlah." Fauzan membisik tetapi jelas dia bengang dengan sikap Haziq. "Shh! Shh! Gruum!!" Macam-macam bunyi pelik mereka dengar. Bunyi seperti makhluk tersebut puas apabila melihat mereka berada dalam ketakutan. Nazrin tetap mendiamkan diri. Suasana sunyi semula. "12:00 kau akan mati!!" Satu suara garau memberi amaran. "12:00? Mati?" Nazrin gumam sendiri. Suara tadi hilang selepas memberi amaran. Suasana kembali tenang. Mereka tergamam. "Apa benda tadi tu?" Fauzan mula membuka mulut. "Mana la aku tahu." Haziq menjawab. "Dahlah. Jom masuk bilik. Lepas solat kita makan." Nazrin memberi arahan. Mereka masuk ke dalam bilik dan tunaikan kewajipan mereka.Ihsan masuk semula ke dalam bilik rahsia yang ditemuinya tempoh hari. Kalau nak diikutkan, dia tidak mahu masuk ke dalam bilik itu lagi selepas peristiwa yang berlaku. Tetapi hatinya seperti tertarik-tarik untuk masuk. Jam menunjukkan 11:45 p.m. Selepas memastikan keadaan bilik tersebut, dia melangkah masuk. "Dum!" Pintu dihempas kuat sebaik sahaja dia masuk. "Bukalah! Lepaskan aku! Apa kau nak?" Ihsan menjerit dari dalam bilik. "Sekarang kau mati!" Suara garau dan menakutkan itu bergema di dalam bilik tersebut. Secara tiba-tiba satu lembaga muncul. Senyuman dapat dilihat dengan jelas pada wajah lembaga tersebut. 'Dia' menyerang Ihsan. Ihsan tidak dapat mengelak dan mati ditusuk dengan kuku lembaga yang tajam itu.
Keesokkan pagi, mayat Ihsan ditemui di belakang semak di belakang rumahnya. Anis menangis tanpa henti. Pemergian Ihsan amat memilukan hatinya. Air matanya tidak berhenti mengalir. Jasad Ihsan ditemui dalam keadaan yang mengerikan. Kepalanya hampir putus, ususnya terkeluar. Baunya yang menusuk hidung amat meloyakan. Dia tidak sanggup melihat jasad suaminya. Nazrin dan Aisyah baru sahaja sampai selepas mendapat berita bahawa abang mereka telah meninggal dunia. Sedang yang lain sedang melayan perasaan, Nazrin bermundar-mandir di kawasan berhampiran. Sedang dia berjalan-jalan berhampiran kawasan abangnya ditemui, Nazrin terlihat kesan darah membentuk '12' di atas tanah. Bulu romanya meremang. Dia pasti ada sesuatu memerhatikannya dari jauh.
"Aisyah, kau ok ke? Macam mana abang kau boleh meninggal?" Aida menghubungi rakannya melalui telefon bimbit. "Aku ok je. Tapi kak ipar aku la. Kesian kat dia. Dia ni tengah mengandung. Dah nak dekat sebulan. Aku risau la juga. Kalau tak silap polis kata dia kena serang ngan binatang buas." Aisyah menjelaskan. "Oo.. jaga diri baik-baik. Kalau kau nak duduk sana jaga akak ipar kau buat sementara waktu ni pun, boleh." Aida kata. "Ok. Kau pun jaga diri baik-baik. Assalamualaikum." Talian dimatikan.
"Mana pula abang ni?" Gumam Aisyah. Dia mencari kelibat abangnya. Lepas beberapa minit mencari dia berjumpa dengan Nazrin. Nazrin tidak sedar kehadiran Aisyah. "Abang, abang buat apa kat sini?" Aisyah menyoal. "Terkejut abang. Bila Aisyah sampai?" Nazrin mula berbual dengan adiknya. "Baru je. Abang buat apa kat sini?" Aisyah menyoal semula pertanyaan tadi. "Tak ada apa. Saja jalan-jalan ambil angin." Nazrin menjawab. "Yeke? Tadi waktu Sya panggil abang, abang macam terkejut sangat. Macam Sya ni hantu." Aisyah berkata. "Eh, mana ada. Abang cuma terkejut je sebab Sya datang dari belakang. Dah la. Jom kita pergi tengok kak Anis. Kesian dia." Nazrin mengajak Aisyah. Sebenarnya dia dapat rasa ada sesuatu sedang melihat setiap gerak geri mereka. Matanya meliar mencari mata-mata yang melihat mereka. "Yela. Jom" Aisyah menuruti langkah abangnya.
Mereka masuk ke dalam rumah. Aisyah menemani Anis manakala Nazrin bersiap untuk memandikan jenazah abangnya. Selepas semua selesai, mereka mendirikan solat jenazah dan bawa ke tapak perkuburan. Sewaktu Nazrin mengusung jenazah Ihsan, dia terlihat satu lembaga sedang memerhatikan mereka dari atas pokok. Matanya yang merah merenung tepat ke arah Nazrin. "Macam dalam mimpi aku haritu." Gumam Nazrin. Dia tidak mengendahkan lembaga tersebut dan meneruskan tugasannya. Selepas semua selesai, semua bersurai. Hanya tinggal Anis, Nazrin dan Aisyah. Selepas puas dipujuk, Anis, Nazrin dan Aisyah pulang pulang ke rumah Anis. Mereka akan bermalam buat beberapa hari sebelum pulang ke rumah mereka.
YOU ARE READING
12:00
HorrorMengisahkan kehidupan adik beradik, Muhammad Ihsan, Muhammad Nazrin dan Siti Aisyah yang seringkali ditimpa malang tanpa putus. Orang di sekeliling mereka juga ditimpa musibah yang sama. Apakah sebab mereka ditimpa musibah? Siapakah dalang di sebali...